Posts

Showing posts with the label kesihatan

Indeks Glisemik - Pengedar Shaklee Manjung

Image
Salam sayang 

Korang tau tak apa sebenarnya INDEKS GLISEMIK?

Indeks Glisemik ni diperkenalkan oleh Dr Jenkins seorang saintis pada tahun 1981.

Indeks Glisemik digunakan untuk menilai jenis karbohidrat serta kesannya pada paras glukosa dalam darah.
Indek Glisemik bermula dari angka 0 hingga maksimum angka 100. Angka 0 menunjukkan yang makanan tersebut langsung tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah manakala angka 100 menunjukkan makanan yang paling banyak meningkatkan paras glukosa dalam darah

Rajah di bawah menunjukkan perkaitan tahap Indeks Glisemik dengan pembebasan glukosa dalam darah

Indeks Glisemik boleh dikategorikan kepada 3 kategori
i) Kategori Indeks Glisemik (GI) Tinggi  Makanan di bawah kategori ini adalah makanan yang mudah dan cepat dihadam. Ini mempercepatkan peningkatan gula dalam darah. Lazimnya ia adalah makanan diproses. Bacaan GI adalah pada 70 dan ke atas
ii) Kategori Indeks Glisemik (GI) Sederhana Makanan yang mempunyai GI sederhana terletak pada GI 55-69
iii…

Persediaan Untuk Hamil

Image
Bila kita bercakap pasal kehamilan, kadang-kala ia tidak dirancang ala orang kata accident gitu. Tetapi sebaik-baiknya seseorang ibu yang ingin mengandung (kali pertama mahupun yang berikutnya) haruslah membuat persediaan awal terutama dari segi kesihatan tubuh badan ibu sendiri.

Wanita yang ingin hamil harus memastikan tubuh badannya cukup dengan nutrien. Darahnya cukup kandungan zat besi dan hemoglobin. Tiada masalah kesihatan seperti kencing manis mahupun darah tinggi. Kesemua ini penting untuk memastikan si ibu tadi sihat dan selamat untuk mengandung serta janin yang dikandung sihat dan sempurna.

Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum sesuatu kehamilan dirancang, seseorang yang bergelar ibu perlu mengambil vitamin di bawah dengan secukupnya.

👶 Asid folik

Asid folik penting kerana ia membantu pembentukan sistem saraf serta melindungi bayi daripada kecacatan tiub neural seperti spina bifida
Sebaiknya pengambilan asid folik sebanyak 400 mikrogram diperlukan ketika kehamilan dirancang dan dit…

NUTRIFERON & HERBAL CREAM - USAHA UNTUK CHICKEN POX

Image
Salam sayang 

2 minggu lepas, Anas telah dijangkiti "cengkering" atau biasanya orang panggil chicken pox. Risau lah juga kak long ni memandangkan banyak acara bakal berlangsung pada hujung bulan 4.

Seperti biasa, kak long ke klinik dahulu untuk mengambil cuti sakit Anas. Dapat 10 hari tu, maknanya 10 hari lah dia di rumah bersama adik-adiknya yang lain (berpotensi besar untuk dijangkiti). Doktor sekadar memberi ubat demam jika Anas demam kemudian. Tiada ubat sapu mahupun ubat gatal.

Mengikut petua ibu kak long, kalau ada anak-anak yang dijangkiti campak atau cengkering ini, minumkan dengan air kelapa supaya semua biji-biji merah ini keluar. Jadi misi pertama adalah mencari air kelapa muda terlebih dahulu. Alhamdulillah, memang mudah untuk mencari air kelapa muda dan dapat penggerai yang faham untuk tujuan perubatan, maka sebungkus air kelapa tulen (tanpa gula dan ais) kami beli untuk Anas.


Balik sahaja ke rumah, kak long minta Anas minum air kelapa itu tadi dan kak long sap…

Mengidam ketika hamil, FAKTA atau AUTA?

Image
Sudah menjadi kebiasaan kita, sebaik sahaja disahkan hamil, pasti akan diikuti dengan sindrom MENGIDAM. Lazimnya, apabila MENGIDAM ia berkait rapat dengan makanan. 

Keinginan yang membuak-buak tanpa dapat ditahan terhadap sesuatu makanan sama ada yang biasa dimakan atau yang luar biasa mungkin definisi yang agak tepat untuk maksud MENGIDAM ini.
Kak long sendiri ketika hamil anak kedua, Muaz, boleh dikatakan 3-4 kali dalam seminggu akan pekena Char Koay Teow. Rasanya itulah menu yang sangat sedap dan tidak boleh digantikan dengan yang lain. 
Tetapi adakah MENGIDAM KETIKA HAMIL ini suatu FAKTA atau AUTA ye? Kak long kongsikan sedikit artikel yang diperolehi dari www.majalahpama.my untuk rujukan kalian

1. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

2. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahi…

Minum Teh untuk Tenaga dan Kurus?

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Shaklee Malaysia


Alhamdulillah. Baru sahaja selesai makan tengah hari. Perut sudah kenyang, mata pun mulalah mengantuk kan. Ish ish ish mana boleh jadi macam ni. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat

Teringat tentang Cinch Teamix. Kak long pun ambil 1 sachet cinch tea dan bancuh bersama air sejuk dan jus lemon. Nyaman sungguh rasa tekak. Mata pun bolehlah dibuka seluas-luasnya ye.

Cinch Teamix ini adalah sejenis serbuk hasil campuran proprietari 3 jenis teh iaitu teh merah, teh putih dan teh hijau matcha. Cinch Teamix ini mengandungi unsur TAURINA yang:

 Tinggi antioksidan
 Meningkatkan tenaga
 Meningkatkan metabolisme

Sangat digalakkan pada mereka yang ingin mendapat tubuh badan yang langsing dan sihat. Yang penting Cinch Teamix ini tanpa perasa, pemanis dan pewarna tiruan.
Cinch Tea ini boleh diambil sejuk atau panas. Tidak perlu ditambah dengan gula. Jika inginkan sedikit kemanisan (sebab rasa teh ini memang agak tawar) boleh ditambah dengan mad…

Lega sungguh apabila dapat membuang air besar

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google


Dalam seminggu berapa kerap agaknya kalian membuang air besar? Setiap hari? Jika jawapannya setiap hari maka kalian boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai usus yang sihat.
Setiap hari kita pasti akan makan sekurangnya 3 kali sehari dan minum air sekurangnya 2 liter. Makanan dan minuman ini akan diproses dan dicernakan di dalam usus kecil kita. Fungsi usus besar pula ialah menyerap semua bahan yang ada di dalam usus terutama air. Dalam sehari, usus besar menyerap kira-kira sembilan hingga 10 liter air bersama makanan pepejal dan sebagainya yang sudah dicernakan.

Daripada jumlah keseluruhan makanan dan minuman yang diambil, 90 hingga 95 peratus air diserap oleh usus besar dan yang tinggal akan keluar sebagai najis iaitu kira-kira 100 hingga 200 gram setiap hari. Najis biasanya terdiri dari serat atau fiber yang tidak boleh diproses serta bahan-bahan asing lain yang tidak dapat diserap oleh badan.

Menurut Pakar Runding Perubat…

Alahan Protein Susu Lembu

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google


Sekarang ini, banyak iklan di televisyen yang mempromosikan susu yang berasaskan soya. Kenapa? Kerana ada di antara bayi dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU. Ingin tahu lebih lanjut mengenai alahan ini? Jemput baca perkongsian di bawah ye.

Apa itu ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

Alahan protein susu lembu merupakan alahaan yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah tindakbalas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan lalu ia mencetuskan tindak balas alergi/ alahan.

Terdapat 5-8% kanak-kanak di seluruh dunia yang mengalami alahan protein susu lembu. Masalah ini berterusan sehingga mereka melalui peringkat remaja. Statistik menunjukkan 1.0-17.5% kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak prasekolah dan 1.0-13.5% adalah kanak-kanak berusia 5-16 tahun.

Bagaimana kita boleh men…

Bila Anak Tak Sihat

Salam sayang 

Pagi Jumaat lepas, masa kak long bawa si kecil Hana ke klinik ( demam selsema) ramai sungguh ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Dari sekecil bayi hinggalah yang berusia 12 tahun. Kebanyakan daripada mereka menghidapi demam, batuk dan selesema.

Kak long suka nak kongsikan apa yang boleh kita ibu bapa lakukan ketika anak-anak kita sakit selain dari berjumpa doktor.

i) Antara petua atau pesanan yang pernah guru kak long berikan adalah dengan bersedekah atas nama si anak yang sakit itu. Hikmah bersedekah ni kan salah satunya adalah membentengkan diri dari segala macam kecelakaan, jadi semoga dengan niat sedekah itu, kesihatan anak kita bertambah baik

ii) Membaca dan mensedekahkan Surah Yaasiin serta Al-Waqiah buat mereka. Dengan bacaan surah-surah ini, ia membantu meniupkan semangat yang positif kepada roh kita sekaligus ia membantu dalam menentang/ melawan sakit yang mereka hadapi

iii) Membuat solat hajat untuk mereka. Doa ibu dan ayah terutamanya ibu adalah doa yang…

VIVIX - PREMIUM & EKSKLUSIF

Image
Salam sayang 


VIVIX Shaklee
Ramai peminat Vivix ni. Kitorang SID ni selalu gelarkan Vivix ni Sirap Ajaib Shaklee :)
Vivix ni adalah minuman kesihatan berunsurkan tumbuhan. Yang membezakan Vivix ni dengan minuman jus kesihatan di pasaran adalah kerana ia dihasilkan dari bahan premium tau.
Vivix Shaklee merupakan satu kejayaan dalam revolusi anti penuaan selular. Vivix ini premium dan eksklusif kerana menggunakan tumbuhan yang sangat berkualiti. Kesemua bahan yang digunakan dalam penghasilan Vivix telahpun diuji terlebih dahulu di makmal oleh Saintis Shaklee. Vivix mengandungi resveratrol dan yang lebih menarik ia lengkap dengan polifenol tumbuhan menjadikan ia 10x lebih baik dari resveratrolsahaja dalam melambatkan proses penuaan sel.


Vivix bertindak melalui 4 mekanisma seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Apakah kebaikan RESVERATROL?
Jika ada yang nak mencuba?
Boleh hubungi 
Nur Adha @ Kak Long  Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut  019-7987970

Air Dan Kita

Image
Salam sayang