Posts

Showing posts with the label kesihatan

Indeks Glisemik - Pengedar Shaklee Manjung

Image
Salam sayang 

Korang tau tak apa sebenarnya INDEKS GLISEMIK?

Indeks Glisemik ni diperkenalkan oleh Dr Jenkins seorang saintis pada tahun 1981.

Indeks Glisemik digunakan untuk menilai jenis karbohidrat serta kesannya pada paras glukosa dalam darah.
Indek Glisemik bermula dari angka 0 hingga maksimum angka 100. Angka 0 menunjukkan yang makanan tersebut langsung tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah manakala angka 100 menunjukkan makanan yang paling banyak meningkatkan paras glukosa dalam darah

Rajah di bawah menunjukkan perkaitan tahap Indeks Glisemik dengan pembebasan glukosa dalam darah

Indeks Glisemik boleh dikategorikan kepada 3 kategori
i) Kategori Indeks Glisemik (GI) Tinggi  Makanan di bawah kategori ini adalah makanan yang mudah dan cepat dihadam. Ini mempercepatkan peningkatan gula dalam darah. Lazimnya ia adalah makanan diproses. Bacaan GI adalah pada 70 dan ke atas
ii) Kategori Indeks Glisemik (GI) Sederhana Makanan yang mempunyai GI sederhana terletak pada GI 55-69
iii…

Persediaan Untuk Hamil

Image
Bila kita bercakap pasal kehamilan, kadang-kala ia tidak dirancang ala orang kata accident gitu. Tetapi sebaik-baiknya seseorang ibu yang ingin mengandung (kali pertama mahupun yang berikutnya) haruslah membuat persediaan awal terutama dari segi kesihatan tubuh badan ibu sendiri.

Wanita yang ingin hamil harus memastikan tubuh badannya cukup dengan nutrien. Darahnya cukup kandungan zat besi dan hemoglobin. Tiada masalah kesihatan seperti kencing manis mahupun darah tinggi. Kesemua ini penting untuk memastikan si ibu tadi sihat dan selamat untuk mengandung serta janin yang dikandung sihat dan sempurna.

Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum sesuatu kehamilan dirancang, seseorang yang bergelar ibu perlu mengambil vitamin di bawah dengan secukupnya.

👶 Asid folik

Asid folik penting kerana ia membantu pembentukan sistem saraf serta melindungi bayi daripada kecacatan tiub neural seperti spina bifida
Sebaiknya pengambilan asid folik sebanyak 400 mikrogram diperlukan ketika kehamilan dirancang dan dit…

NUTRIFERON & HERBAL CREAM - USAHA UNTUK CHICKEN POX

Image
Salam sayang 

2 minggu lepas, Anas telah dijangkiti "cengkering" atau biasanya orang panggil chicken pox. Risau lah juga kak long ni memandangkan banyak acara bakal berlangsung pada hujung bulan 4.

Seperti biasa, kak long ke klinik dahulu untuk mengambil cuti sakit Anas. Dapat 10 hari tu, maknanya 10 hari lah dia di rumah bersama adik-adiknya yang lain (berpotensi besar untuk dijangkiti). Doktor sekadar memberi ubat demam jika Anas demam kemudian. Tiada ubat sapu mahupun ubat gatal.

Mengikut petua ibu kak long, kalau ada anak-anak yang dijangkiti campak atau cengkering ini, minumkan dengan air kelapa supaya semua biji-biji merah ini keluar. Jadi misi pertama adalah mencari air kelapa muda terlebih dahulu. Alhamdulillah, memang mudah untuk mencari air kelapa muda dan dapat penggerai yang faham untuk tujuan perubatan, maka sebungkus air kelapa tulen (tanpa gula dan ais) kami beli untuk Anas.


Balik sahaja ke rumah, kak long minta Anas minum air kelapa itu tadi dan kak long sap…

Mengidam ketika hamil, FAKTA atau AUTA?

Image
Sudah menjadi kebiasaan kita, sebaik sahaja disahkan hamil, pasti akan diikuti dengan sindrom MENGIDAM. Lazimnya, apabila MENGIDAM ia berkait rapat dengan makanan. 

Keinginan yang membuak-buak tanpa dapat ditahan terhadap sesuatu makanan sama ada yang biasa dimakan atau yang luar biasa mungkin definisi yang agak tepat untuk maksud MENGIDAM ini.
Kak long sendiri ketika hamil anak kedua, Muaz, boleh dikatakan 3-4 kali dalam seminggu akan pekena Char Koay Teow. Rasanya itulah menu yang sangat sedap dan tidak boleh digantikan dengan yang lain. 
Tetapi adakah MENGIDAM KETIKA HAMIL ini suatu FAKTA atau AUTA ye? Kak long kongsikan sedikit artikel yang diperolehi dari www.majalahpama.my untuk rujukan kalian

1. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

2. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahi…

Minum Teh untuk Tenaga dan Kurus?

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Shaklee Malaysia


Alhamdulillah. Baru sahaja selesai makan tengah hari. Perut sudah kenyang, mata pun mulalah mengantuk kan. Ish ish ish mana boleh jadi macam ni. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat

Teringat tentang Cinch Teamix. Kak long pun ambil 1 sachet cinch tea dan bancuh bersama air sejuk dan jus lemon. Nyaman sungguh rasa tekak. Mata pun bolehlah dibuka seluas-luasnya ye.

Cinch Teamix ini adalah sejenis serbuk hasil campuran proprietari 3 jenis teh iaitu teh merah, teh putih dan teh hijau matcha. Cinch Teamix ini mengandungi unsur TAURINA yang:

 Tinggi antioksidan
 Meningkatkan tenaga
 Meningkatkan metabolisme

Sangat digalakkan pada mereka yang ingin mendapat tubuh badan yang langsing dan sihat. Yang penting Cinch Teamix ini tanpa perasa, pemanis dan pewarna tiruan.
Cinch Tea ini boleh diambil sejuk atau panas. Tidak perlu ditambah dengan gula. Jika inginkan sedikit kemanisan (sebab rasa teh ini memang agak tawar) boleh ditambah dengan mad…

Alahan Protein Susu Lembu

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google


Sekarang ini, banyak iklan di televisyen yang mempromosikan susu yang berasaskan soya. Kenapa? Kerana ada di antara bayi dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU. Ingin tahu lebih lanjut mengenai alahan ini? Jemput baca perkongsian di bawah ye.

Apa itu ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

Alahan protein susu lembu merupakan alahaan yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah tindakbalas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan lalu ia mencetuskan tindak balas alergi/ alahan.

Terdapat 5-8% kanak-kanak di seluruh dunia yang mengalami alahan protein susu lembu. Masalah ini berterusan sehingga mereka melalui peringkat remaja. Statistik menunjukkan 1.0-17.5% kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak prasekolah dan 1.0-13.5% adalah kanak-kanak berusia 5-16 tahun.

Bagaimana kita boleh men…

VIVIX - PREMIUM & EKSKLUSIF

Image
Salam sayang 


VIVIX Shaklee
Ramai peminat Vivix ni. Kitorang SID ni selalu gelarkan Vivix ni Sirap Ajaib Shaklee :)
Vivix ni adalah minuman kesihatan berunsurkan tumbuhan. Yang membezakan Vivix ni dengan minuman jus kesihatan di pasaran adalah kerana ia dihasilkan dari bahan premium tau.
Vivix Shaklee merupakan satu kejayaan dalam revolusi anti penuaan selular. Vivix ini premium dan eksklusif kerana menggunakan tumbuhan yang sangat berkualiti. Kesemua bahan yang digunakan dalam penghasilan Vivix telahpun diuji terlebih dahulu di makmal oleh Saintis Shaklee. Vivix mengandungi resveratrol dan yang lebih menarik ia lengkap dengan polifenol tumbuhan menjadikan ia 10x lebih baik dari resveratrolsahaja dalam melambatkan proses penuaan sel.


Vivix bertindak melalui 4 mekanisma seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Apakah kebaikan RESVERATROL?
Jika ada yang nak mencuba?
Boleh hubungi 
Nur Adha @ Kak Long  Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut  019-7987970

Air Dan Kita

Image
Salam sayang

Nak kurus kena makan lemak?

Salam sayang 

MAKAN LEMAK UNTUK BAKAR LEMAK 😱

"Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can’t make them."

Bagaimana Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

1. Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis)

2. Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan

3. Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda)

4. Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga

5. Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Lepti…

Kebah Demam Lebih Cepat?

Salam sayang 

Kebiasaannya orang akan mengaitkan GLA Complex Shaklee dengan kecantikan dan kesuburan. Tapi ada satu perkongsian dari upline kak long yang menyatakan pengambilan GLA Complex turun membantu demam lebih cepat kebah.

Jom baca perkongsian beliau:

Ni cerita saya :-

Kalau rasa badan lemah dan ada tanda nak demam, saya akan standby GLA Complex siap2. Baru ni masa raya, suami bagi tahu badan dia dah mula panas nak demam... So saya terus ambilkan air dan bagi 2 biji GLA Complex Shaklee.

Alhamdulillah malam tu tak jadi demam dengan izin Allah.

Mengapa saya berikan GLA? Kerana GLA menstabilkan prostagladin dalam tubuh.

Apa pula prostaglandin?

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpa…

Keputihan - Penyelesaian dengan Shaklee

Image
Salam sayang 

Masalah keputihan selalu menyerabutkan kepala dan fikiran kita orang perempuan ni kan..

Dah macam-macam cara digunakan...

Minum air masak banyak = Dah buat
Gunakan pencuci mengikut pH = Dah buat
Makan alfalfa = Dah juga

Tapi kenapa masih ada keputihan? Kak long suka nak kongsikan pengalaman seorang customer yang dah mencuba perkara-perkara di atas tetapi hasilnya menghampakan.

Namun selepas beliau mencuba amalan pengambilan GLA Complex 2 biji sehari. Alhamdulillah tiada lagi keputihan dan tak perlu lagi panty liners seperti sebelum ini!

Alhamdulillah seronok dengar!

Mengapa GLA Complex? Ia menstabilkan hormon dalam badan kita. Sebab itu wanita perlu ambil terutama mereka yang melalui pre monopause atau yang dah monopause supaya hormon kita stabil.

Ada adik beradik, kakak, adik atau kawan yang mengalami keputihan boleh cuba GLA Complex Shaklee!


Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970

Aneurysm - Bengkak Salur Darah

Image
Salam sayang 

Beberapa ketika dahulu, heboh seketika di media sosial dan blog mengenai kematian seorang pelajar KKSB yang dikatakan mengambil beberapa suplemen serentak. Malangnya salah satu suplemen yang diambil adalah Shaklee

Namun Alhamdulillah, kebenaran terbongkar... Suplemen bukanlah penyebabnya... Penyebab utama kematian beliau adalah kerana ANEURYSM. (Al-Fatihah buat Allahyarhamah... Moga diletakkan di kalangan mereka yang beriman)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi hari ni kak long nak kongsikan dengan korang berkaitan ANEURYSM ni...

ANEURYSM adalah satu keadaan di mana terdapat pebezaan pada salur darah sama ada ia mengalami pembengkakan atau menggelembung. Lazimnya ia terjadi sejak dari lahir lagi.  Aneurysm boleh terjadi pada satu salur dara (single aneurysm) atau banyak salur darah (multiple aneurysm).
Aneurysm boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan namun lazimnya di kepala dan dada. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja.
Pembengkakan s…