Posts

Showing posts with the label kesihatan

ANAK TAK NAK MAKAN - ORAL OVER SENSITIVE?

Image
Korang mak-mak ada tak masalah anak yang tak nak makan ni. Terutama bila dah naik umur 1 tahun ke atas? Masalah ni dipanggil masalah anak oral over sensitive. 


Kaklong kongsikan sedikit perkongsian dari Dr Ain Zul berkaitan masalah ini.

Mummy nak sharing sikit jawapan kepada problem kawan lama mummy ni. Mummy rasa perlu kongsi dengan ibu-ibu lain jugak sebab maybe ada yang anak problem macam ni kan.

Ade dua isu aje yang nak sentuh dalam kes ni:
1) Anak 1 tahun 9 bulan tak nak makan makanan tekstur kasar, sepatutnya dah boleh makan macam-macam.

2) Frekuensi susu untuk anak umur 1 tahun ke atas.

Hari ni kita fokus sebab Nombor 1 sahaja.

Anak yang tolak makanan bertekstur macam nasi bijik-bijik, ayam ketul-ketul atau apa sahaja yang kasar berkemungkinan ada masalah oral yang over sensitive. Kenapa kita panggil over sensitive, sebab dia tak boleh nak hadap dengan makanan yang bertekstur kasar sikit. Ada kes yang sampai boleh muntah atau gagging reflex. 
Macam anak kawan mummy ni, nak berus gig…

AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL

Image
Biasanya masa hamil ni, ibu hamil memang mudah diserang dengan demam, selsema dan batuk. Ibu hamil adalah antara mereka yang dikategorikan sebagai golongan berimuniti rendah. Oleh sebab itu, mereka ni mudah diserang dengan pelbagai penyakit berjangkit.
Antara yang biasa diberikan oleh doktor kepada ibu hamil yang batuk adalah pemberian LOZENGES. Namun adakah ia sesuai sebenarnya diambil oleh ibu yang hamil?
Meh kita baca sedikit kupasan dari Dr Zubaidi Ahmad berhubung perkara ini.
Lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.
Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.

Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah selamat digunakan untuk wanita yang hamil, namun saya mencadangkan agar mengambilnya secara berhati-hati kerana belum belum ada kajian klini…

TANDA SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BAGI IBU HAMIL

Image
Selesema biasanya disebabkan oleh alahan. Ia hanya setakat selsema dan mungkin batuk saja.

Selsema yang disebabkan oleh virus selalunya lebih teruk. Ia bermula dengan demam, sakit badan, keletihan, kemudian diikuti dengan bersin, selesema, termasuk hidung berair dan tersumbat, sakit tekak, batuk, demam dan rasa seram sejuk.

Apa yang penting ialah selsema yang disebabkan oleh virus menyebabkan seorang wanita hamil itu menjadi lemah dan mengalami demam.


Mereka mungkin mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.

Antaranya:

1. Kesukaran bernafas, dan sesak nafas

2. Lendir / hingus berdarah

3.Rasa sakit di dada atau abdomen

4. Rasa pening, dan sakit kepala

5. Merasa pergerakan bayi dalam rahem sangat kurang

6. Demam panas yang tinggi dan tidak turun dengan ubat paracetamol
Jika mengalami gejala di bawah, harus dapatkan pemeriksaan yang cepat.

10 FAKTA TENTANG TULANG SIHAT DAN KUAT

Image
Salam sayang 

Kak long nak berkongsi mengenai TULANG pula hari ini dengan korang.



Fakta-fakta Mengejutkan Tentang Tulang Sihat
Kebanyakan mereka yang dah berusia 40an ke atas mudah didiagnos dengan masalah kurangnya ketumpatan tulang di usia. Tapi ada beberapa kejutan yang tersembunyi di dalam tulang dan sebenarnya apa yang kita amalkan di masa muda dapat mempengaruhi keadaan tulang kita apabila berusia kelak.

10 fakta tentang tulang sihat 1. Tulang itu hidup Tulang mungkin nampak keras seperti batu, tetapi sebenarnya tulang itu hidup. Sekelompok sel yang disebut osteoblas, terus-menerus membuat tulang baru. Selain itu juga ada sekelompok sel yang disebut osteoklas, yang berfungsi memusnahkan tulang.

Proses pemusnahan dan penghasilan tulang baru disebut sebagai remodeling tulang. Tulang boleh merosot disebabkan ketidakseimbangan antara kemusnahan dan penghasilan tulang baru ketika usia semakin meningkat.

2. Menabung pembentukan tulang dari usia muda Bermain, olahraga, mengangkat beba…

MENCEGAH ANAK DEHIDRASI KETIKA CIRIT-BIRIT

Image
Biasanya kalau anak yang cirit birit. Mesti dia keletihan dan nampak lemah je. Punca utama adalah kerana dehidrasi. Bila cirit-birit berlaku, banyak air yang dikeluarkan dari badan. Selera makan dan minum juga berkurang.

Boleh ke kalau kita nak berikan air tenaga atau air glukosa pada si kecil yang sedang cirit-birit. Ni kaklong kongsikan apa pendapat seorang doktor muda yang mempunyai seorang anak perempuan comel.

Jemput baca ye.




Rasa perlu share dengan mommies semua pasal, kebetulan air glucose yang sepupu beli ni, sebab di suggest oleh adik yang bekerja di kedai farmasi untuk merawat cirit birit baby yang berumur setahun.

.
Air glucose ni memang famous, ada jual kat mana-mana tapi tak sesuai untuk diberikan waktu cirit birit, lebih lagi jika anak yang cirit berumur bawah 3 tahun. Jadi, parents kena bijak pilih mana yang sesuai untuk anak. Kalau tak pasti, boleh bertanyakan pada pegawai farmasi di farmasi berkenaan jika ada.



.
Kalau kita ke klinik/hospital, kebanyakan pesakit akan d…

JIGSAW PUZZLE - AKTIVITI ANAK KECIL

Image
Biasanya kita buntu kan apa permainan yang boleh dibelikan untuk si kecil kita.
Kekadang tu rasa macam membazir pun ada. Tapi sebenarnya dalam bermain, anak-anak sedang belajar sesuatu juga. Antara permainan yang kita boleh hadiahkan buat anak kecil kita adalah JIGSAW PUZZLE. 

Kaklong nak kongsikan 5 kebaikan bermain permainan JIGSAW PUZZLE ni
5 manfaat permainan jigsaw puzzle. 1. Penyelesaian masalah. Sepanjang tempoh menyiapkan jigsaw puzzle, anak-anak akan belajar berfikir dan menyusun strategi untuk menyelesaikan set tersebut. Proses ini melibatkan proses penyelesaian masalah. Bagaimana nak letakkan kepingan demi kepingan yang sesuai dan tersusun. Latihan sebegini secara tak langsung boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.


2. Koordinasi tangan dan mata. Ketika memegang setiap kepingan. Mata memerhati bentuk kepingan puzzle dan tangan cuba meletak pada tempat yang betul. Proses 'trial and error' yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak pergerakan tangan…

BALM CF RUB - ALTERNATIF UBAT BATUK & SELSEMA TERBAIK

Image
Hingus mengalir tak henti-henti? Merengek-rengek sepanjang hari? Ibu ayah tak cukup tidur bila anak selesema? Itulah yang pernah kaklong alami suatu ketika. Mujurlah ada kawan belajar yang bagitau pasal BALM CF RUB dari TASNEEM NATUREL ni.

Cuba beli 1 bekas dan sapukan pada anak yang kecil. Ye lah kita dok dengar tapi tak cuba, mana nak tau kan. Alhamdulillah selepas beberapa kali sapuan, nampak perbezaan yang ketara pada si kecil. Selesema yang berhari-hari dah berkurang, lebih mudah lena sebab hidung dah tak tersumbat lagi. Syukur sangat sebab ditemukan dengan balm ni.


Antara fungsi balm CF Rub ini adalah untuk: Membantu mengurangkan selesemaMembantu mengurangkan kepanasan demamMembantu mengurangkan kahak serta mencairkan kahak yang pekatMembantu melegakan masalah batukMembantu mengurangkan simptom asma
Dalam CF Rub ada gabungan beberapa jenis minyak pati tumbuhan (Essential Oil- EO) seperti Lavender, Tea Tree, Eucalyptus, Frankincense, Cypress. Di bawah adalah penerangan serba ring…

BALM SKEENZ - PENAWAR PENYAKIT KULIT

Image
Wowwieee NEW BALM in the house. Si biru muda yang menarik perhatian para agen dan ds sejak beberapa minggu yang lalu. Kali ni si biru muda buat penampilan khas pulak. 
Khusus buat anak-anak kecil yang comel tapi ada masalah penyakit kulit. Kasihan kan. Bila nampak si comel tergaru-garu. Kekadang sampai melecet. Lagi teruk sampai berdarah. Sebab tu kali ni cik SKEENZ membuat penampilan hebat. Masa promosi haritu pun dah terjual lebih 1000 bekas tau cik SKEENZ ni.

Balm Skeenz dihasilkan dari minyak tumbuhan yang khusus untuk menyembuhkan penyakit kulit, Ia juga membantu memperbaiki keadaan kulit. Antara minyak tumbuhan yang digunakan adalah seperti minyak Argan, minyak biji anggur , minyak rosemary. Balm Skeenz diformulasi dengan bahan yang mesra bayi. Mempunyai bahan seperti shear butter dan vitamin E yang kaya dengan tokoferol membantu menyelesaikan masalah kelembapan kulit.

Balm Skeenz turut disahkan penggunaannya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh digunakan oleh ba…

9 TIPS POTTY TRAINING WAKTU MALAM

Image
Hai korang.

Harini kaklong nak kongsikan 9 tips POTTY TRAINING WAKTU MALAM. Kaklong perolehi TIPS ini dari buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna karya Adlil Rajiah dan Najmi Haniffah


TIPS 1
Perhatikan rutin anak tidur waktu malam
Pemerhatian perlu dilakukan dengan melihat kekerapan anak kencing di diapers, waktu yang dia kerap kencing, apa faktor yang mendorong dia kencing di diapers.
Contohnya, mungkin jika minum susu 2 botol, anak akan kencing tengah malam. Atau jika pakai baju lengan panjang dan tak menyusu malam dia tak kencing. Atau buka kipas tak kencing tapi buka aircond akan kencing.
Ni semua kena diperhatikan sekurangnya 2 minggu. Nak kenalpasti ni mak ayah kenalah bangun dan periksa anak tu.
TIPS 2 
Persediaan alas tilam kalis air.
Terlajak kencing di atas tilam memang lumrah. Jadi sebelum mak ayah naik menyinga nak menyental tilam, apa kata sediakan dulu alas/ lapik tilam yang kalis air. 
Lebih mudah dibersihkan bukan?

TIPS 3
Galakkan anak membuang sebelum tidur.
Ni perkara u…