Showing posts with label kolagen. Show all posts
Showing posts with label kolagen. Show all posts
, ,

Rahsia Bahan Kolagen Shaklee - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Korang semua mesti dah kenal kolagen kan. Berlambak dah produk kolagen yang ada kat luar sana tu. Tapi hari ni kak long nak cerita sikit Rahsia Bahan dalam Kolagen Shaklee ni. Nak tau tak, kalau nak teruskan baca ye.

Image result for kolagen shaklee dan sendi

Rahsia Bahan1

Bahan utama Kolagen Shaklee adalah SISIK IKAN MERAH

Sisik ikan merah adalah yang premium.
Ia kurang pencemaran dan kebolehserapan lebih tinggi berbanding kolagen haiwan lain

Rahsia Bahan 2

Ekstrak Biji Camelia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri daripada asid oleik. Asid oleik merupakan sejenis emolient dan bahan pelembap kulit yang hebat. Asid oleik mengandungi isoflavon (sejenis antioksidan semulajadi) yang boleh menentang radikal bebas

Rahsia Bahan 3

Ekstrak Pfafia

Pfafia juga dikenali sebagai Ginseng Brazil. Kombinasi Pfafia dan biji Camellia Japonica membantu penghasilan kolagen dan asid hyaluronic. Asid hyaluronic berperanan dalam dalam menghidratkan tisu tubuh sekaligus menghasilkan kulit yang lembut, lembap dan licin.

Rahsia Bahan 4

Elastin dari Kolagen Ikan

Elastin menjadikan kulit lebih fleksibel. Tegang tetapi boleh melantun semula. Gabungan elastin dan kolagen menjadikan kulit tegang, anjal dan elastik

Rahsia Bahan 5

Vitamin C dan B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B turut serta dalam aktiviti metabolisme karbohidrat, protein dan lemak yang membekalkan tenaga untuk menghasilkan kolagen dalam kulit

Rahsia Bahan 6

Ekstrak kerangan

Glukosamine dari ekstrak kerangan membantu proses sintesi bendalir sinovial. Bendalir sinovial ini membekalkan pelincir pada sendi-sendi. Ia juga membantu penghidratan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Rahsia Bahan 7

Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus. Ia juga membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


Jika ada yang berminat untuk mencuba SET VITAMIN SHAKLEE, 
 boleh hubungi nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , ,

Soalan Lazim Shaklee Collagen Powder (SCP) - RahsiaSihat.com

Salam sayang 


Dalam entri yang lepas, kak long ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai produk Shaklee Collagen Powder (SCP).

Hari ni kak long nak kongsikan beberapa SOALAN LAZIM (FAQ) yang sering ditanyakan mengenai SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) ini

1.Collagen Shaklee ini di hasilkan daripada apa ?

Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam. Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung. Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder bertindak dalam 3 cara

2. Mengapa Sisik Ikan Merah Laut Dalam ?

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.

Related image

3. Apakah Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder ?

SCP mengandungi molekul collagen yang ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja. Ini memudahkan untuk diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton. 
Sebagai perbandingan cuba kita ambil 1kg gula dan larutkan dalam 10lt air. Lebih mudah larut berbanding 300kg gula dalam 10Lt air. Mungkin sahaja ia terbuang dan tidak larut langsung.

Collagen Shaklee juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary” menjadikan kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat

Image result for kolagen shaklee

4. Sekotak ada berapa ? Tahan berapa lama?

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika betul betul inginkan kesan yang bagus, ambil satu sachet setiap hari. Tapi jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari selama sebulan

Image result for kolagen shaklee


5. Macam Mana Cara Nak Makan Collagen Shaklee ni ?

Ia dalam bentuk serbuk yang didatangkan didalam sachet (uncang) . Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum. Boleh juga dilarutkan dalam kordial mahupun jus. Sedap diminum sejuk sejuk.

6. Berapa Harga Sekotak ?

Harga runcit sekotak ialah RM316 (dengan GST). Jika ingin mendapatkan dengan harga lebih murah, bolehlah mendaftar sebagai ahli. Memang confirm murah

7. Kenapa Mahal Harganya ?

Mahal kerana collagen powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan merah (red snapper)yang sememangnya dikenali sebagai sumber kolagen berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kebanyakan collagen di pasaran hanya menggunakan kolagen dari ikan salmon dan sumber lain. Harga pasaran juga untuk collagen ikan merah ini boleh mencecah ke rm400-500. Tapi di Shaklee tidak sampai RM300 pun!

Tambahan pula ia diadun dengan bahan bahan semulajadi lain yang telah di uji keberkesanannya pada kulit kita. Memang confirm SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN! Itu jaminan SHAKLEE !

8. Berapa lama nampak Kesan ?

Kesan Shaklee collagen powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.

Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.

Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu !

Image result for kolagen shaklee


9. Bolehkah Shaklee Collagen Powder untuk ibu Hamil / Menyusu?

Buat masa ini, belum ada kajian khusus akan kesan Collagen Powder Shaklee jika diambil oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Jadi golongan ini tidak digalakkan untuk mengambilnya sebagai minuman. Namun, jika ibu yang breastfeed masih mahu juga mencuba, ia atas risiko sendiri.

10. Ada yang trial pack tak ?

Tiada. Kalau ada pun anda tak kan rasa kesannya kalau hanya makan setakat 1,2 sachet. Ini kerana badan kita memerlukan masa 90 hari untuk memperbaiki sel selnya sendiri. Jadi kalau 1,2 sachet memang tidak mencukupi untuk dapat kesannya.

11. Macam Mana Nak Beli Collagen Powder Shaklee ?

Boleh emelkan kepada nuradhamansor@yahoo.com atau sms/whatsapp/telegram ke 019-7987970. Kak long akan berikan arahan ringkas untuk urusan pembelian. Penghantaran hanya ambil masa 2-3 hari bekerja sahaja


Share:
Read More
, , ,

Fungsi Shaklee Collagen Powder (SCP) dalam Set The Radiant 4? - RahsiaSihat.com

Salam sayang 

Hari ni kak long nak berkongsi mengenai Shaklee Collagen Powder (SCP). Dalam set The Radiant 4, SCP adalah salah satu produk yang terdapat di dalamnya. Jadi apakah kepentingan SCP dalam set The Radiant 4 ni kan.




Apa fungsi KOLAGEN yang sebenar?
  • Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh. 
  • Kolagen ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit
  • Kolagen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit seperti
    • menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, 
    • mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus
    • merangsang kulit yang lebih cerah dan licin
    • kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.
Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur meningkat. Ini menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk

Malah sebenarnya kekurangan kolagen menyebabkan  rawan pada sendi menjadi lemah. Sebab itulah kenapa ibu dan ayah kita sering mengeluh sakit dan lenguh sendi-sendi. 

Keistimewaan SCP (Shaklee Collagen Powder)

Shaklee Collagen Powder menyediakan 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.

Ia bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Berat molekul yang rendah memberikan kadar penyerapan yang tinggi. Yang ni memang best kan. Kita ambil kolagen untuk ia diserap seoptimum mungkin. Rugi besar kalau makan kolagen tapi rupanya tak mampu diserap oleh badan.

Selain itu, SCP juga dipek secara individu. Ini memudahkan ia diambil dan sangat mesra untuk dibawa berjalan.

Jadi korang dah nampak kan apa PERANAN SCP dalam set The Radiant 4 ni.


Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More