Showing posts with label meal shakes. Show all posts
Showing posts with label meal shakes. Show all posts
,

MEALSHAKES PILIHAN ANAK - Pengedar Shaklee Manjung



Hari-hari ayam. Hari ni pun request lauk ayam juga.

Ibu ayah naik jemu. Maka menu hari ni ikan pari asam pedas.

Tumis sayur dan gorengkan telur dadar. Tempe goreng kalau ada penambah selera. Percikkan kicap manis dan masin berselang seli.

Yang request ayam tadi pun dah lupa perihal ayam. Maka jomlah makan berjemaah di dalam talam.

Selalu tak korang, ibu-ibu kat luar sana berhadapan dilema ni. Kalau ye, meh kita sep sikit hehehe.

Kaklong pun sama. Di rumah ni 2 item ni wajib ada, AYAM dan TELUR. 2 ni memang favourite anak-anak. Tapi sebenarnya cukup ke nutrien anak-anak kita kalau diorang ni jenis pemilih makan?

Tak cukup sebenarnya. Tapi mujurlah juga kaklong top up nutrien diorang ni dengan pengambilan MEALSHAKES SHAKLEE.

Mealshake ni biasanya diorang akan bancuh sendiri sebagai sarapan ataupun minum petang. Kekadang tu, saje je nak buat smoothies maka tambahlah ESP dan buah-buahan yang diorang suka.

Setakat ni, Alhamdulillah nampaknya diorang ni serasi dengan Mealshakes Shaklee. 

Kat rumah memang kena standby siap-siap 1 canister untuk diorang.

Ibu-ibu kat luar sana biasanya beri suplemen apa untuk anak-anak permata hati?

Berminat menjadi ahli Shaklee atau mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, ,

Indeks Glisemik - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Korang tau tak apa sebenarnya INDEKS GLISEMIK?

Indeks Glisemik ni diperkenalkan oleh Dr Jenkins seorang saintis pada tahun 1981.

Indeks Glisemik digunakan untuk menilai jenis karbohidrat serta kesannya pada paras glukosa dalam darah.

Indek Glisemik bermula dari angka 0 hingga maksimum angka 100. Angka 0 menunjukkan yang makanan tersebut langsung tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah manakala angka 100 menunjukkan makanan yang paling banyak meningkatkan paras glukosa dalam darah

Rajah di bawah menunjukkan perkaitan tahap Indeks Glisemik dengan pembebasan glukosa dalam darah

Image result for makanan glisemik rendah

Indeks Glisemik boleh dikategorikan kepada 3 kategori

i) Kategori Indeks Glisemik (GI) Tinggi 
Makanan di bawah kategori ini adalah makanan yang mudah dan cepat dihadam. Ini mempercepatkan peningkatan gula dalam darah. Lazimnya ia adalah makanan diproses.
Bacaan GI adalah pada 70 dan ke atas

ii) Kategori Indeks Glisemik (GI) Sederhana
Makanan yang mempunyai GI sederhana terletak pada GI 55-69

iii) Kategori Indeks Glisemik (GI) Rendah
Makanan dalam kategori ini akan membebaskan gula ke dalam darah secara perlahan-lahan. Lazimnya ia adalah makanan yang kompleks seperti beras perang, ubi keledek.
Kadar GI adalah pada tahap 55 dan ke bawah.

Jadual di bawah adalah contoh 
Makanan mengikut Indeks Glisemik sebagai panduan

Image result for makanan glisemik rendah


Untuk kesihatan yang berterusan, sebaiknya kita mengamalkan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Ini membantu sistem tubuh badan kita agar dapat memproses makanan dengan lebih baik dan mengelakkan kecelaruan dalam sistem tubuh kita.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More
, , ,

Masalah Sembelit selesai dengan Mealshake - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Meal shake Shaklee merupakan minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa

Mealshake adalah sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.

Serat yang terdapat di dalam Mealshake Shaklee banyak membantu masalah sembelit terutamanya kanak-kanak.

Di bawah adalah testimoni ibu-ibu yang telah mencuba Mealshake untuk anak mereka. 
Jemput baca ye :)

Image result for mealshakes untuk sembelit

Image result for mealshakes untuk sembelit

Image result for mealshakes untuk sembelit

Selain sembelit, ia juga membantu masalah kurang selera makan anak-anak. Ini kerana ia kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan. Zink juga membantu menaikkan selera makan anak-anak ini.

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More
, ,

Vitalea for Kids sebagai Perisai Kanak-kanak - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Kanak-kanak antara golongan yang mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

Kak long amat memahami keadaan ini. Apatah lagi jika kita menghantar anak-anak ke nurseri kan. Kitaran sakit seakan tak berhenti. Ini merupakan antara perkara yang amat merunsingkan kita sebagai ibu bapa.

Sebagai salah satu perlindungan atau perisai untuk menentang jangkitan penyakit adalah dengan memastikan anak-anak kita mendapat nutrien yang mencukupi. Namun, anak-anak dari usia 4-10 tahun lazimnya sangat memilih makan. Jadi apa yang kita sebagai ibu dan ayah boleh lakukan untuk mereka?

Jangan risau ye, Shaklee menyediakan rumusan khusus buat kanak-kanak yang berusia 4-12 tahun.


Si manja yang sedang membesar memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kesihatan dan tumbesaran optimum mereka tetapi kebanyakan kanak-kanak sangat memilih makanan. Usah risau, Vita-Lea® for Children dicipta khas dengan mikronutrien berspektrum luas untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja.

Keistimewaan Shaklee

Vita-Lea® for Children dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif.

Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat.

Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semula jadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi.

Bebas gluten dan berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja


Jika ada yang berminat nak dapatkan SET PROMO ESP
 cepat-cepat contact kak long tau

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, ,

Air koko ASLI dan berkhasiat

Salam sayang

Sarapan apa pagi ni?

Hari ni anak-anak nak minum Milo tapi kat rumah ni memang tak pernah beli stok Milo. Masa kak long kerja, anak-anak biasa minum Milo di rumah pengasuh. Kat rumah biasanya diorang minum air kosong sejuk atau sirap.

Kak long memang banyak membaca tentang minuman tenaga ni dan memang maklum akan kandungannya. Bila dah sepenuh masa di rumah, maka inilah masa yang boleh kak long gunakan untuk mengurangkan makanan terproses ini.

Sebelum ini semasa lelas GFKC pun kami diajar untuk memilih bahan atau sumber makanan asli berbanding makanan terproses ni.

Jadi pagi ni kak long cuba resipi air koko asli untuk hidangan sarapan anak-anak


Inilah bahan yang kak long gunakan.

1 sudu kecil - Serbuk koko
2 scoop - Mealshake
1 scoop - ESP
3 sudu kecil - Organic raw cane sugar
Air sejuk
Ais

Kisarkan bahan-bahan kecuali ais untuk sebatikan. Masukkan dalam jag dan boleh tambah ais untuk lebih sejuk 😘

Rasa air koko ni lebih sedap. Yang tiada Mealshake dan ESP boleh gunakan susu segar ye. Memang lemak-lemak manis rasa air koko ni. 

Jika nak mencuba ESP dan Mealshake yang ada di resipi ni,
 boleh hubungi


 Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , , , ,

Cari Vitamin Untuk Anak?

Salam sayang 

Dah masuk bulan Mac ni... Sekejap je rasa kan. Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma... Korang dah siap ganti ke? Jangan ganti lewat-lewat ye

Bulan lepas, boleh dikatakan bulan sakit untuk kami sekeluarga. Bermula dari anak-anak bawak ke ibu dan ayah dan kemudian pusing ke anak-anak semula dan hujung-hujungnya baby yang kecil pula demam, batuk dan selsema.

Mungkin kerana perubahan cuaca dan suasana tempat tinggal kot. Kak long baru je berpindah dari Sitiawan ke Manjung masuk bulan kedua. Walaupun jarak tak jauh namun banyak beza dari segi cuaca. Sitiawan lebih panas dan kering berbanding Manjung yang lebih banyak hujan. Jadi mungkin sistem badan sedang beradaptasi :)

Anak-anak dari yang sulung (10 tahun) hingga yang nombor 3 (4 tahun) memang kak long pastikan mereka mengambil vitamin yang sepatutnya. Tapi kena tengok kesesuaian ye. Shaklee sememangnya menyediakan formulasi khusus untuk kanak-kanak mengikut umur mereka.

Gambarajah di bawah adalah set lengkap vitamin Shaklee yang boleh diambil dari usia 4-12 tahun. 
Image result for set kanak-kanak shaklee

Bagaimana pula untuk anak-anak yang 1-3 tahun?

Untuk mereka yang di antara 1-3 tahun, boleh mengambil set ini pula


Di bawah ni penerangan terperinci bagi setiap vitamin dalam set kanak-kanak ini

Meal Shakes

Merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan serta kaya dengan fiber/serat. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA

Chewable vitamin C

Senang dikunyah oleh kanak-kanak yang sukar menelan pil. Hanya perlu hisap kunyah atau kemam sahaja dalam mulut. Juga boleh di ambil oleh orang dewasa.
Chewable vitamin c telah mengalami revolusi formula baru yang ditingkatkan dengan tambahan bioflavonoid complex dan merupakan vitamin c paling lengkap di pasaran.


Berminat untuk dapatkan VITAMIN ANAK-ANAK?

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

Vitamin untuk Anak-anak

Salam sayang 


Anak-anak saya akan bersarapan bancuhan Meal Shake, ESP dan Performance sebelum mereka ke sekolah. Minuman ini juga saya berikan kalau tiada minum petang seperti goreng pisang atau roti.

Mereka dah biasa dengan campuran 3 ini yang kami panggil Tripple Gems.So kalau travel ni la penyelamat kami kalau makanan lambat atau sedang tercari-cari tempat makan.

Tahukah kita anak-anak yang makan tak berhenti-henti dikatakan kerana badan mereka tidak mendapat zat vitamin dan nutrien sebenar yang diperlukan oleh badan. Maka kanak-kanak ini boleh diberikan Meal Shake dalam minuman harian mereka. InsyaALLAH selera mereka akan terkawal.

Berminat untuk dapatkan set vitamin ini?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , , ,

MEALSHAKES & SEMBELIT

Salam sayang

Antara perkara yang sering menjadi kerisauan ibu-ibu adalah apabila anak mengalami sembelit. Bagaimana sembelit boleh berlaku? Salah satu sebabnya adalah kekurangan air dan fiber dalam menu harian anak-anak kita

Jadi solusinya yang kak long buat adalah dengan menyediakan botol air masak khusus untuk anak-anak dan sediakan buah-buahan untuk mereka ambil setiap hari.

Namun begitu, kak long pasti ada juga anak-anak yang tidak suka buah (macam Anas)... Sayur jauh sekali.. maka alternatif kak long adalah dengan memberikan Anas MEAL SHAKES


Setiap pagi sebelum ke sekolah, kak long akan bancuhkan Anas segelas MEAL SHAKES bersama-sama susu berperisa atau Tamar Cocoa.

Alhamdulillah, Anas lebih cergas dan tiada masalah sembelit dengan MEAL SHAKES.

Bagaimana MEAL SHAKES membantu mengelakkan sembelit?
MEAL SHAKES mengandungi dietary fiber dan fiber terlarut yang membantu memastikan sistem pelawasan dalam keadaan baik.

Nak tahu lebih lanjut tentang fiber... Jumpa di entry selanjutnya...



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, ,

SHAKLEE DOUBLE PROMOTION


Dah masuk bulan baru tentu ramai nak tahu apa promosi terbaru dari Shaklee. 
Kak long dah upkan cover profile kak long yang baru di FB jadi jika anda pengikut setia kak long rasanya dah tahu apa prmosi bulan ni

Buat yang masih belum tahu... September bulan yang sangat mengujakan... Kenapa?
Sebab SEPTEMBER 2014 ni Shaklee umumkan 
2 PROMOSI BERJALAN SERENTAK

Apa PRODUK PROMOSI tu? 



Nak tambah keterujaan korang... 
Untuk PROMOSI MEALSHAKES... ia akan berlangsung 2 bulan berturut-turut... Maksudnya PROMOSI MEALSHAKES berlangsung pada SEPTEMBER & OKTOBER 2014.

Seronok kan...

Jadi tunggu apa lagi... Moh le kome cepat ngorder nye...

Share:
Read More
,

MEALSHAKES kegemaran ANAS ZIKRY

Salam sayang

Bulan ni merupakan BULAN MEALSHAKES... Maka promo macam ni sangat-sangat dinantikan oleh ibu-ibu terutamanya... masa inilah pun nak memborong Mealshakes buat simanja mereka.

Anak-anak kak long terutamanya Anas sangat menggemari Mealshakes... Rasanya yang lemak berkrim ala ala aiskrim vanila memang menjadi kesukaan Anas. Pernah juga dia tertangkap ketika meratah Mealshakes hehehe...

Anas bukannya seorang yang mudah untuk makan vitamin mahupun ubat (walaupun ketika sakit) namun sejak kak long memperkenalkan Omega dan Mealshakes dalam diet hariannya, Anas tak pernah culas mengambil Mealshakes walau sehari... Semenjak bersekolah ni, Anas semakin rajin membancuh Mealshakes sendiri...

Resipi mudah buat Anas... 

Susu Dutch Lady atau Magnolia (Susu Segar atau berperisa)
+
1 sudu besar Mealshakes
Dan shake shake shake 

Alhamdulillah Anas nampak ceria dan bertenaga untuk ke sekolah setiap pagi...


Jadi ibu-ibu di luar sana, jom bertukar ke Mealshake... Minuman kesihatan terbaik untuk si manja anda

Nota: Mealshake hanya sesuai diambil untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. 


   
Pengedar Sah Shaklee Manjung
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , , ,

Suplemen Ketika Berpuasa

Syaaban berbaki 14 hari sahaja... Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah..

Apa persiapan anda semua di luar sana? Hutang puasa dah habis bayar ke  hehehehe..

Bagaimana pula dengan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang dah mula nak belajar berpuasa ye.. Tentu sibuk mencari resipi yang boleh membantu si anak untuk terus bertahan sepanjang hari berpuasa.. Atau ibu-ibu di luar sana mencari suplemen yang sesuai ketika berpuasa?

Pilihan kak long tentulah TIGA BERADIK "TRIPPLE GEM"...

Apa yang ada dalam TRIPPLE GEM?


ESP ~ Isolated Protein Soy

Kelebihan:

Membekalkan tenaga yang berterusan
Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah
Dihasilkan dari soya non-GMO

** Sangat sesuai ketika berpuasa sebab ia membantu kita melaksanakan tugasan seharian dengan lebih baik... berpuasa tak bermaksud perlu kelihatan letih sepanjang hari kan... Ia juga membantu masalah Gastrik/ pedih ulu hati yang sentiasa melanda ketika musim-musim puasa**

PD ~ Performance Drink

Kelebihan:

Menstabilkan kandungan glukosa dan air di dalam badan
Memberi tenaga kerana mengandungi formula opticarb 
Membantu badan dari terhidrat sepanjang berpuasa

** Dalam cuaca yang panas berterusan dan keadaan berjerebu, pengambilan PD sememangnya membantu memastikan badan mengandungi air yang cukup... simptom2 seperti sakit tekak yang sering melanda ketika cuaca panas dan berpuasa berpunca daripada kekurangan air dalam badan... Ambillah PD supaya anda terus terhidrat**

Mealshake

Kelebihan:

1 rumusan yang lengkap dengan multivitamin dan mineral
Mempunyai rasa vanila yang pasti disukai kanak-kanak
Snek berkhasiat yang ringkas dan mudah disediakan

** Kandungan fiber yang tinggi dalam mealshakes membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama... Ia juga membantu masalah pencernaan terutamanya ketika berpuasa..**


Jadi ibu-ibu di luar sana... Jom cepat order SET TRIPPLE GEM khusus untuk mereka yang berpuasa, mencegah dari keletihan melampau dan yang pastinya rasa yang sedap, lemak dan berkrim...

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

Resipi Meal Shakes Shaklee

Hari ni kak long nak berkongsi denga u olls kat luar sana Resipi Meal Shakes yang memang marvellous... Mungkin ada yg dah bosan dengan bancuhan yang biasa... jadi jom kita cuba resipi yang enak-enak ni...




Berminat nak mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

~MEAL SHAKE SHAKLEE~

Mungkin ada ibu-ibu di luar sana yang ingin mencari suplemen atau minuman kesihatan yang berkhasiat untuk keseimbangan nutrisi anak-anak mereka...
Dan mungkin juga ada antara anda yang mempunyai anak yang mengalami masalah berat badan yang semakin menurun...
Atau anak-anak anda seorang yang 'memilih makan'..hanya inginkan ayam goreng atau lebih gemarkan makanan terproses seperti sosej dan nuget berbanding makanan segar...
Sayur-sayuran atau buah-buahan tidak diendahkan langsung?

Jadi adakah Shaklee mempunyai solusi? Hehehe... Untuk ibu-ibu di luar sana, kak long pasti yang MEALSHAKES SHAKLEE  adalah solusi buat anda...


Meal Shakes Shaklee

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. 

Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda 



Setiap bancuhan Meal Shakes memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..

Gambar di bawah menunjukkan kandungan nutrisi di dalam Meal Shakes

Siapa yang perlukan Meal Shakes


Basically,ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. 
Juga sesuai utk sesiapa sahaja (
Ibu hamil,menyusu,mereka yang dalam proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik,
 ingin kekal sihat
Mereka yang tidak gemarkan suplemen dalam bentuk tablet..inilah yang terbaik buat mereka kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh menjadi minuman berperisa vanilla yang lazat (ala2 makan eskrim vanila gitu)
MealShake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan.

Buat ibu-ibu yang menyusukan di luar sana, Meal Shakes adalah alternatif buat anda selain ESP.



Berminat nak mencuba produk Shaklee?
Hubungi saya
 ~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , ,

6 Sebab Mealshake terbaik untuk Anak Anda..

sumber: mamafaiz.com

jom baca 6 fakta tentang Mealshake ni..


Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.


•Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.


•Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.


•Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.


•Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.


•Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar

Itu dia 6 sebab kenapa Mealshake menjadi hot sale ibu bapa untuk anak-anak mereka...actually mealshake bukan sekadar untuk kanak-kanak tetapi ia juga sesuai untuk orang dewasa...Dengan rasa vanilla...ia pasti digemari oleh setiap lapisan...
Share:
Read More
, , ,

Mealshakes bantu kurangkan asma

Apabila anak sakit...yang paling susah hati dan tak lena tidur..pastinya IBU...begitu juga dengan Pn Rafaliah...Ummi Irfan ini memang sangat gelisah nak-nak bila little Irfan diserang dengan asma...Ini kisah Pn Lia menangani masalah asma Little Irfan...


"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil Mealshake. Tak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..

Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cubaproduk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake, bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu ..AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..

Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..


Ini rangkaian supplemen yang saya beri pada Irfan - Chewable Vit C, Mealshake dan Omega


Terima kasih pada Lia atas perkongsian yang sangat berharga....Semoga Little Irfan semakin sihat...InsyaAllah..


Jadi kawan-kawan di luar sana...demi kesihatan usahlah kita berkira....ia sangat MAHAL ketika kita SIHAT..namun setelah SAKIT...ia sangat MURAH namun kenapa kita nak ubati kalau kita tahu kita boleh mencegahnya???


Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu 
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease*
Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , ,

Pengalaman dengan anak yang Ekzema

Anak kak long yang sulung, Anas zikry..memang ada eczema sejak dari bayi..bermula dari pipi yang kononnya ruam susu..lama kelamaan..kawasan pipinya yang montel semakin kemerah-merahan dan kering dan menggelupas...

Macam-macam petua yang kak long dah buat..letak gincu kat pipi yang ruam tu (terpaksa beli gincu sebab kak long tak pakai...), sapu tepung ubi, letak bedak ammens dan pelbagai lagi..

Selain tu, ada juga doktor-doktor yang meminta kak long cuba menukar jenis susu untuk Anas...buat pengetahuan semua, anak sulung kak long memang tidak menyusu badan secara eksklusif..masa tu kak long memang agak jahil tentang penyusuan susu ibu..(suatu masa dulu..kini tidak lagi..)...Kalau ikutkan dari semahal-mahal susu hinggalah ke semurah-murah susu..dari hypoallergenic formula milk...lactose free...susu kambing...hampir kesemua jenama susu formula kak long dah cuba tapi hasilnya tetap sama..

Kak long kemudian, berjumpa dengan seorang pediatrik..dan menurutnya..ekzema terjadi mungkin kerana ada keturunan yang mempunyai athma..atau alahan...ye kak long akui..kak long memang ada alahan dan ibu kak long ,memang ada athma...sebab itulah Anas mempunyai ekzema..

Doktor tersebut mengatakan Anas tiada alahan dengan apa-apa jenis susu maka kak long boleh meneruskan dengan jenama yang sedang kak long gunakan...Doktor tersebut memberi sejenis krim iaitu elomet untuk dipakaikan kepada Anas..Alhamdulillah ada perubahan yang positif..

Ekzema Anas tetap ada mengikut keadaan...yang membuat kak long susah hati ialah apabila Anas sudah mula memilih makan..maka untuk mengatasi masalah ini, kak long mencuba Mealshakes Shaklee kebetulan kak long pun sedang mencuba Set penyusuan...Nampak perubahan yang sangat baik..Selera makan Anas semakin bagus dan yang paling best..ekzema Anas nampak perubahan setelah mencuba sehingga 3 canister Mealshakes..ye, kak long cukup faham dengan fungsi suplemen yang memperbaiki sel dari dalam maka perlukan masa dan tempoh yang berbeza untuk setiap individu..Anas semakin pulih dari ekzema....

Untuk rawatan luaran pula, kini kak long beralih ke Herbal Blend Cream Shaklee...sejuk je rasa krim ni...tidak mengakis kulit dan serasi dengan Anas...

Sejak memulakan persekolahan, kak long perasan yang emosi Anas turut berubah-ubah..(macam kita juga kan...) dan apabila mood Anas berubah, ekzema Anas akan bermula...dan sejak itu, selain menambahkan lagi bilangan Mealshakes dari 1 kali ke 2 kali sehari, kak long turut memberi Anas sesuatu yang disukai seperti minum yogurt drink, makan buah-buahan atau mebuat aktiviti yang boleh membuatkan Anas happy..Ye, ekzema sememangnya boleh dirawat dengan belaian kasih sayang...

Kini Anas masih mengambil Mealshakes sebagai menu sarapan yang sihat dan kak long sebagai ibu, semakin gembira dengan perubahan Anas...tiada lagi tergaru-garu..calar balar kulit ..(parut masih ada dan semakin berkurang)...Hati ibu mana yang tak gembira jika anaknya sihat kan..

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , ,

Kenapa Berkira? Kesihatan Anak Lebih Utama...

Kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terkira...kita hanya menghargainya apabila kita sakit...Sebab tu antara salah satu peringatan yang diberi adalah...INGAT SIHAT SEBELUM SAKIT...

Begitu juga dengan kesihatan anak-anak kita....tidak salah jika kita melaburkan sedikit untuk kesihatan mereka..apatah lagi..baru-baru ini kita dikejutkan dengan penularan penyakit AGE gastroenteritis..

Jadi..apa kata kalau korang cuba SET PERMATA HATI yang kak long sediakan khas buat anak-anak yang berusia 1 tahun ke atas...

Apa istimewanya SET PERMATA HATI ni...set ini mengandungi MEALSHAKES SHAKLEE dan OMEGA GUARD...

Mealshakes ~ campuran 19 vitamin dan mineral serta protein dan kalsium yang lengkap buat kanak-kanak....sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi ataupun pengganti snek yang berkhasiat...Ibu bapa yang menghadapi masalah dengan anak-anak yang memilih makan...maka Mealshakes adalah alternatif terbaik...


Omega Guard ~ merupakan minyak ikan terbaik dunia...Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak..


Kak long nak kongsikan satu testimoni dari seorang pengguna shaklee yang telah memilih SET PERMATA HATI untuk anak beliau...





Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

 Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , ,

Alternatif Ibu untuk Anak....

Seminggu ni kak long agak slow dalam berblog....hehehe bukan apa...melayan kehendak anak-anak dan diri sendiri yang kurang sihat...Alhamdulillah...setelah diberi rehat secukupnya dan anak-anak diberi Mealshakes dan Omega...ia menampakkan hasil yang positif...kalau boleh kak long tak nak bergantung lai dengan UBAT....sebab yang kita semua tahu kebanyakan ubat ni memberi kesan jangka masa panjang yang agak kurang elok...apatah lagi ia turut memberi kesan kepada sesetengah organ dalam badan jika diambil dengan kerap...

Sejak mengenali Shaklee....kak long sekeluarga mula menggunakan suplemen dalam menangkis permasalahan kesihatan seperti demam, selsema dan batuk....

Untuk anak-anak....selain Mealshakes dan Omega..penggunaan Basic H turut memainkan peranan jika anak demam....

Antara langkah-langkah yang kak long ambil ketika anak-anak demam:

i) Terus memberikan Mealshakes setiap hari - kenapa? Mealshakes adalah satu ramuan yang lengkap dengan 19 vitamin dan mineral...biasanya kan bila kanak-kanak demam, selera makan turut berkurang, jadi pengambilan mealshakes ni membantu memastikan yang mereka memperolehi nutrien yang cukup

ii) Mandikan mereka dengan kerap - dalam hal ini, kak long menggunakan beberapa titik Basic H dalam air mandian mereka....Basic H adalah double concentrated jading cukup dengan hanya beberapa titik sahaja....ia membantu menurunkan suhu badan dengan lebih cepat...kak long akan mandikan anak 3 kali sehari dan turut menggunakan campuran Basic H untuk spongin mereka....

iii) Amalkan bersedekah - Amalan bersedekah ni sangat baik dalam kehidupan seharian kita sebenarnya...ia menjadi benteng diri kita dan keluarga dari hasad dengki manusia, membersihkan jiwa, membersihkan harta dan juga pembuka rezeki...bukankah kesihatan juga rezeki...jadi jika ada antara anda yang sering sakit atau mempunyai anak yang sering sakit...apa kata kita jadikan sedekah ni sebagai salah satu amalan kita...InsyaAllah...berkat keikhlasan kita...kesihatan diri dan keluarga dapat diperolehi...

Jika anda di luar sana ingin mencuba vitamin untuk anak-anak....kak long ada menyediakan 2 set kesihatan...





Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, ,

SHAKLEE MEAL SHAKES PENAWAR BRONCHITIS & ATHMA KANAK-KANAK

Ikuti pengalaman ibu ini, tentang bagaimana Shaklee Meal Shakes membantu mengurangkan bronchitis pada anaknya, seterusnya membantu anaknya kembali aktif dan berselera untuk makan.

Well, yes, finally we met the 'one' product that suits us best. Shaklee it is. Kawan-kawan yang baca blog saya ni tentu tahu anak saya Irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan Irfan. So, saya bagi Irfan try Mealshake. Mula-mula tu Irfan nampak ada selera makan balik. Sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar sharp kol 8mlm dah. If not tak sempat nak main2 dengan Irfan dah dia nak tidur.

Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bg Mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau..! Sekarang ni, Irfan makan pun dah start with those contain cow's milk. AlhamduLILLAH.

Mealshake ni senang je nak bagi Irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haaa.. ni diaaa...
Shaklee Meal Shakes - French Vanilla

Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.

AlhamduLILLAH, Irfan makin sihat dan saya SANGAT bersyukur atas perubahannya.

So, untuk saya, saya cuba Set F consists of 30 tabs of Vitamin E and 90 tabs of Alfalfa. Before this saya ada masalah lenguh2 leher sebab duduk lama depan pc kat ofis tu and bila malam kadang2 saya cepat rasa sejuk (tak kiralar suhu malam tu panas ke ape ke..) dan tidur mesti selimut dan pakai socks. Kadang2 rasa lenguh sangat especially dari pinggang ke kaki (maybe ni sebab saya lahirkan Irfan secara Csect). Bila dah lenguh2 tu mulalar badan pun cepat letih. Kalau Irfan tidur kol 8mlm, setengah jam lepas tu saya pun tidur. As if like rehat panjang tapi rasa macam tak cukup je.

Lepas tu bila dah baca segala testimoni and recommendation kat blog Cery, tu yang beli set F ni. AlhamduLILLAH, lepas a week consume those two vitamins, hilang dah lenguh2 kat leher ni, badan rasa ringan, mood pun tak swing (eheks..!), dan yang paling best malam takde rasa sejuk2 lagi. Sekarang ni time tidur socks tah ke mana, selimut dah tak guna dah. Tidur pun dalam kol 10 ke atas. So, ada masa lebih nak buat keja2 rumah. Lepas ni ingat nak continue Set F tu and add-on VitaLea laks.

Pada saya harga vitamin2 ni murah. Sangat berbaloi sebab boleh beli online, payment online dan tunggu je barang2 tu sampai. Sangat mudah dan jimat masa, tenaga dan duit. So, this is the beginning of our healthy and happy life .. InshaALLAH.

*Credit To Cery & Genkimomma



Share:
Read More
, , ,

ApA Itu TRIPPLE GEM...(1)

Tripple Gem terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink (PD) dan Meal Shake (MS).


Tripple Gem ini disarankan pengambilannya kepada mereka yang tidak sukakan vitamin dalam bentuk pil dan kapsulIanya didatangkan dalam bentuk serbuk yang mudah larut dan mudah diserap oleh badan. Ini kerana ia bersifat cecair selepas dibancuh. Oleh itu, Tripple Gem juga membantu menambahkan keperluan air dalam tubuh kita.


Antara golongan yang disyorkan mengambil Tripple Gem ini ialah ibu mengandung (in case tak tahan dengan ESP), ibu yang menyusukan anak dan kanak-kanak. 


saya akan cerita kan kelebihan setiap produk ni dalam entry seterusnya..

sumber

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Boleh sms kan kepada kak long 019-7987970. Salam mesra dari kak long
Share:
Read More