Posts

Showing posts with the label omega guard

Amal Omega 3 untuk Kesihatan Sendi

Image
Salam sayang 



Kerap kali bila usia dah menginjak ke lewat 40an, mulalah terasa sengal di sana sini, sakit di sana sini. Kerapkali juga sukar nak bangun setelah duduk lama, atau lenguh sendi bila duduk bersila.

Tapi sebenarnya perkara di atas ni, boleh dihindari jika kita mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ini kerana, diet yang sihat dan seimbang pasti mengandungi nutrien seperti Omega 3 yang memang sangat diperlukan oleh sendi kita.

Bagaimana Omega 3 ni boleh membantu menyihatkan sendi?

Pada setiap sendi kita (malah seluruh tubuh kita) mempunyai enzim tertentu yang bertindakbalas. Untuk masalah sendi yang sakit ini, apabila enzim tertentu bertindak dengan kartilaj dan menyebabkan kartilaj pada sendi menjadi haus. Jadi sendi bergeser dan menyebabkan keradangan. EPA dan DHA di dalam Omega 3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan menurunkan kadar penghasilan enzim tersebut.

Jika kita yang sihat ni, mengambil Omega 3, ia sangat bagus kerana Omega 3 ini akan diserap ke dalam…

Kesihatan Otak vs Omega 3

Image
Salam sayang 


Korang tahu tak yang sebenarnya otak kita ni komposisinya 60% adalah lemak.  Dan sebenarnya kebanyakan sistem saraf adalah dihasilkan dari lemak. Mesti tak sangka kan. Selama ni ingat lemak banyak di perut je ye...hihi jangan marah tau, cepat tua.

Okay, kita teruskan lagi.

Dalam otak kita ni, ada bahagian yang diberi nama CEREBRAL CORTEX. Cerebral Cortex ni berfungsi untuk daya ingatan dan perhatian. Dan bahagian ini mempunyai kandungan asid lemak DHA sekitar 20%.

Seperti dalam entri sebelum ini, kak long ada bagitahu yang Omega 3 ni antara kandungan asid lemaknya adalah DHA dan EPA kan. Jadi apa kaitan dengan otak? Jom teruskan baca.


EPA dan DHA ni menurut kajian bertanggungjawab dalam:

i) memastikan transmisi maklumat antara saraf (sinaps) dilakukan dengan baik
ii) mempunyai kesan positif terhadap mood, kognitif, memori dan pembelajaran manusia
iii) memberi kesan anti-penuaan terhadap otak. Yang mana ia memperlahankan proses penuaan otak yang menjadi penyebab kepada Alzhe…

Omega 3 dan KESIHATAN JANTUNG

Image
Salam sayang 

OMEGA 3 dan JANTUNG??? Ada kaitan ke? Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca ye :)


Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak yang sihat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia diperlukan sebagai sokongan terhadap sistem tubuh.

Sememangnya Omega 3 telah dikenali sebagai agen anti-radang atau anti-inflamasi. Radang boleh menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah yang mana ia menjadi punca kepada penyakit jantung.

Kandungan EPA dan DHA di dalam Omega 3 secara kajiannya telah menunjukkan pelbagai manfaat yang mana ia mampu merendahkan risiko serangan penyakit jantung:

i) Meregulasi tahap trigliserida (kolesterol jahat) di dalam darah sekaligus menormalkan tekanan darah

ii) Melancarkan perjalanan darah

iii) Memastikan jantung berdegup/ berdenyut pada kadar yang normal.

Dah dapatkan Omega 3 anda hari ni?

Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com

OMEGA GUARD SHAKLEE - GRED FARMASI!

Image
Salam sayang 

Ramai yang tahu kebaikan pengambilan Omega 3 dalam diet harian mereka. Memang banyak di pasaran, syarikat makanan tambahan yang menjual produk Omega 3 ini. Namun, kenapa Omega 3 Shaklee yang kak long pilih?


Sebab utama kak long memilih OMEGA GUARD SHAKLEE adalah kerana

Ia telah diproses melalui proses penyulingan berperingkat sehingga ke peringkat keTIGA (Triple Molecullar Distillation). Sebelum ni korang perasan tak, ada iklan minyak sawit yang tagline nya berbunyi pemeringkatan 2 kali...

Begitu juga Omega Guard Shaklee. Ia telah melalui proses pemeringkatan 3 kali (lebih banyak kan). Dengan proses penyulingan berperingkat inilah yang membezakan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain di luar sana. Ia menjadikan Omega Guard Shaklee berGRED FARMASEUTIKAL.

Proses penyulingan ini sebenarnya bertujuan untuk:
i) memastikan hanya OMEGA 3 sahaja yang diambil dari sumber ikan. Tiada bahan asing seperti logam berat (merkuri, plumbum) dan bahan cemaran lain.
ii) mengelakkan proses …

Nak turunkan dan kawal KOLESTEROL

Image
Salam sayang 

Hai semua 😄

Kak long harap korang semua sihat dan ceria-ceria selalu ye.

Kebelakangan ini, kak long sering menerima berita tentang sahabat seumur yang menderita akibat strok. Dalam usia yang tidak berapa nak remaja lagi ni, memang kak long rasa sangat bimbang. Kadangkala kita dah jaga gaya hidup namun mungkin disebabkan tekanan sama ada di tempat kerja mahupun persekitaran rumah, ia juga menjadi faktor penyumbang.

Hari ini kak long nak kongsikan lebih kepada menjaga cara pemakanan yang betul yang boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya serangan jantung atau angin ahmar yang berpunca dari KOLESTEROL TINGGI.

Kolesterol yang tinggi memang sangat berbahaya kepada kesihatan kita secara amnya. Ini kerana ia boleh menyebabkan salur darah tersumbat. Yang menjadi kerisauan apabila salur darah yang tersumbat adalah salur darah di organ jantung.

Shaklee telah menyediakan 2 rumusan khusus untuk masalah kolesterol ini.

i) Phytocol-ST



   🍀 Dihasilkan dari gabungan 2 bahan ia…

Cari Vitamin Untuk Anak?

Image
Salam sayang 

Dah masuk bulan Mac ni... Sekejap je rasa kan. Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma... Korang dah siap ganti ke? Jangan ganti lewat-lewat ye

Bulan lepas, boleh dikatakan bulan sakit untuk kami sekeluarga. Bermula dari anak-anak bawak ke ibu dan ayah dan kemudian pusing ke anak-anak semula dan hujung-hujungnya baby yang kecil pula demam, batuk dan selsema.

Mungkin kerana perubahan cuaca dan suasana tempat tinggal kot. Kak long baru je berpindah dari Sitiawan ke Manjung masuk bulan kedua. Walaupun jarak tak jauh namun banyak beza dari segi cuaca. Sitiawan lebih panas dan kering berbanding Manjung yang lebih banyak hujan. Jadi mungkin sistem badan sedang beradaptasi :)

Anak-anak dari yang sulung (10 tahun) hingga yang nombor 3 (4 tahun) memang kak long pastikan mereka mengambil vitamin yang sepatutnya. Tapi kena tengok kesesuaian ye. Shaklee sememangnya menyediakan formulasi khusus untuk kanak-kanak mengikut umur mereka.

Gambarajah di bawah adalah set lengkap vitami…

Nak kurus kena makan lemak?

Salam sayang 

MAKAN LEMAK UNTUK BAKAR LEMAK 😱

"Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can’t make them."

Bagaimana Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

1. Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis)

2. Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan

3. Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda)

4. Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga

5. Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Lepti…

HANIS dan HFMD

Image
Beberapa hari yang lepas, kak long ada memuatnaik status di FB kak long berkaitan si comel HANIS


Ada yang pm bertanyakan apa itu HFMD dan bagaimana kak long menanganinya.

Jadi petang ni akk long nak kongsikan dengan kalian apa itu HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot & Mouth disease (penyakit Kaki, tangan dan mulut)

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).  Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.  Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.  Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabk…

OMEGA vs LECITHIN

Image
Salam sayang 

Antara LECITHIN & OMEGA, kak long lebih menyukai OMEGA... Kenapa?


Omega guard Shaklee yang lengkap dengan omega 3 membantu meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu badan membakar lemak secara semula jadi

Ini adalah kerana LEPTIN iaitu hormon yang dihasilkan oleh tisu lemak yang memberi isyarat kepada otak untuk mengawal pengambilan makanan dan pengawalan berat badan. Omega 3 yang terdapat di dalam Omega guard Shaklee berfungsi merangsang penghasilan hormon leptin di mana secara tidak langsung ia mengurangkan selera makan.

Selain itu, omega 3 turut menghalang penghasilan hormon kortisol yang menggalakkan penyimpanan lemak di samping menambah kadar serotonin iaitu bahan kimia di dalam otak yang sentiasa membuatkan kita merasa kenyang. Satu lagi yang kak long suka, Omega ni membantu pembakaran lemak yang sedia ada pada badan kita (lemak termendap)

Berbanding dengan LECITHIN, Lecithin bertindak dengan memecahkan lemak kepada molekul yang kecil dan membenarkan m…

Omega pencegah Gout

Hai semua


Apa lunch korang ya tengahari ni? Ada yang amik makanan laut atau daging?


Malam semalam kak long dinner dengan meatball IKEA yang sangat famous tu. Maklumlah bila berada di Kota Damansara ni, IKEA antara tempat wajib pergi


Dan mencuba Swedish Meatball memang aim kak long malam tadi. Memang sedap dan sangat mengenyangkan. Tapi kena beringat sebab pengambilan daging merah yang banyak sangat mengundang risiko penyakit seperti gout, darah tinggi dan sakit jantung.


Sebagai langkah pencegahan, terutama jika kita mempunyai keturunan yang mempunyai penyakit kardiovaskular seperti yang kak long sebutkan tadi, pengambilan vitamin tambahan memang sangat membantu selain daripada memperbaiki cara pemakanan seharian.


Shaklee ada produk pencegah Gout? Omega guard dan alfalfa serta performance drink adalah set gout yang kak long cadangkan untuk mereka yang nak mencegah mahupun yang sudah ada gout.


Omega guard
kandungan DHA dan EPA iaitu asid lemak dipercayai bertindak untuk mengurangkan rad…

Ambil Omega ketika letih?

Salam sayang




Sihat semua pagi ni? Alhamdulillah kak long masih diberi keizinannya untuk terus berkongsi kebaikan Shaklee dengan korang semua.


Semalam antara hari yang agak meletihkan buat kak long. Bertolak dari Sitiawan kira-kira jam 10 pagi dan terus bermesyuarat dan lawatan kilang hingga jam 6. Merempuh pula kesesakan sebelum tiba di hotel kak long menginap. Rasa bersyukur sangat sebab tinggal di Sitiawan, kak long tidak perlu menempuh jammed langsung.




Sebelum ni kak long hanya mengambil ostematrix 4 biji sebelum tidur. Namun sejak mengetahui bahawa B complex dan Omega guard juga membantu dalam mendapatkan tidur yang berkualiti, maka kak long mengubah sedikit jadual pemakanan vitamin kak long.




Bila badan kita penat, sebenarnya otot-otot kita membengkak. Tisu-tisu yang membentuk otot mengalami radang dan seterusnya menyebabkan kita rasa sakit-sakit badan. Omega membantu dalam meredakan radang dan dengan sinerginya bersama ostematrix dan b complex, otot yang membengkak dan badan yang …

Omega & kanak-kanak

Salam sayang


Pagi tadi kak long kongsikan testimoni ibu kak long mengenai asma dan tindakan Omega terhadap pesakit asma.


Ada yang bertanya jika kanak-kanak boleh ke nak ambil Omega ni?


Sebenarnya pengambilan Omega guard boleh dimulakan seawal bayi berusia 1 tahun.


Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk memberi omega kepada bayi 1 tahun ke atas. Macam kak long, mula-mula kak long berikan sebiji terus untuk melihat sama ada dia boleh mengunyah terus atau tidak. Jika boleh, ibu boleh teruskan pemberian omega sebiji terus kepada anak anda.
Namun ada kanak-kanak yang tidak boleh mengunyah omega tu terus, ibu atau ayah boleh menebuk omega dan memicit terus ke dalam mulut anak anda. Jika mereka menolak, omega tersebut boleh dicampur sekali ke dalam makanan dan minuman mereka.


Omega sangat bagus dalam membina sistem pertahanan tubuh yang baik selain daripada membekalkan DHA kepada otak bayi.


Ibu-ibu yang nak mencuba boleh gunakan teknik yang kak long kongsikan di atas.




Nur Adha @ Kak Long
P…

Testimoni IBU - OMEGA dan SERANGAN ASMA

Image
Salam sayang

Alhamdulillah promo OMEGA masuk HARI KELIMA

Yang menariknya promo kali ini ada TWIN PACK dengan DISKAUN 5%. Jadi pada siapa yang memang dah jatuh cinta atau berniat nak berikan hadiah buat ibu dan ayah... TWIN PACK ni memang sangat sesuai



Pagi ni kak long nak sharekan dengan semua satu testimoni sejak ibu kak long mengambil OMEGA GUARD Shaklee
Sebelum ini, ibu kak long agak gempal dan mempunyai asma.. Beliau mengikuti satu program diet dari syarikat yang agak ternama. Alhamdulillah program tersebut berhasil namun ia hanya mengurangkan berat badan ibu sahaja. Buat pengetahuan semua, ibu kak long ni ada penyakit diabetes dan darah tinggi jadi memang perlu sangat-sangat untuk ibu mengurangkan berat beliau.
Namun apa yang pasti, masalah asma ibu masih berterusan. Boleh dikatakan agak kerap ibu diserang asma. Jadi sebaik sahaja ibu selesai program diet tersebut, kak long terus memberi ibu OMEGA GUARD untuk dicuba. Ia lebih untuk kesihatan ibu. Setiap hari kak long akan pastika…

Testimoni PERUT BUNCIT

Image
Salam sayang 

Hari ni kak long nak kongsikan satu testimoni hebat dari seorang sahabat Shaklee kak long iaitu Mariana




Mantap kan... Selepas 3 bulan mengamalkan OMEGA GUARD secara konsisten, perut suami beliau dari tahap ke-2 buncit telah kembali flat seperti asal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum kita mengetahui bagaimana OMEGA GUARD membantu, jom kita kenal dengan lemak di bahagian perut. Lemak yang terdapat di bahagian perut dipanggil lemak visceral (boleh rujuk gambar di bawah)



Lemak visceral adalah lemak yang berbahaya kerana ia merupakan salah satu penyebab kepada sakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar serta diabetes jenis 2.

Lemak visceral ada tahap-tahap tertentu iaitu:
1- 4 ~ Bagus 5-8 ~ Sihat 9-12 ~ Buruk 13 - 59 ~ Berjaga-jaga
Kenapa penting untuk kita tahu tahap lemak visceral kita?

Semakin rendah tahap lemak visceral kita, semakin stabil pengeluaran hormon insulin dan sekaligus mengurangkan risiko kencing manis (Diabetes j…

KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Image
Salam sayang 

Kak long sangat jatuh cinta dengan minyak ikan...dari kecik dah dibiasakan dengan Scotts' Emulsion, masa belajar, farmasi universiti boleh dikatakan tempat wajib lawat setiap hari dan sebelum mengambil Shaklee pun kak long pastikan minyak ikan tidak terlepas dari senarai barang wajib beli.

Namun setelah mengenali Shaklee, kak long memang benar-benar jatuh cinta dengan OMEGA GUARD, produk berasaskan minyak ikan yang dikeluarkan oleh Shaklee.

Apa yang membuatkan OMEGA GUARD Shaklee ni ISTIMEWA?

Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 s…

OMEGA - PROMO NOVEMBER 2014

Image
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Kesihatan Wanita ~ KEPENTINGANNYA!

Image
Kebanyakan dari wanita di luar sana sering mendahulukan individu yang mereka sayang terlebih dahulu berbanding dengan diri mereka sendiri, betul tak? Sedangkan hakikatnya, WANITA perlu mengekalkan kesihatan mereka sama sahaja dengan insan tersayang...

Wanita secara umumnya melalui pelbagai fasa perubahan hormon sepanjang kehidupan mereka bermula dari baligh, kehamilan, penyusuan dan putus haid. Perubahan yang berlaku menjadikan wanita sangat istimewa dan pastinya mereka memerlukan penjagaan kesihatan yang istimewa.

Di Shaklee, terdapat set khusus untuk para WANITA di luar sana yang mementingkan kesihatan mereka.

Apa yang terkandung dalam SET WANITA?
Omega Guard ~ mengandungi docosahexanoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA) yang merupakan asid lemak omega 3 yan dikenalpasti dapat memberikan sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolesterol yang baik sekaligus menjadikan jantun lebih sihat
GLA Complex ~ Gamma Linolenic Acid (GLA) telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan…

Bila Ayah Sukakan Omega

Image
Sebelum balik ke batu pahat hari tu, kak long menerima panggilan dari ibu tersayang... Seperti biasa sembang-sembang kami berakhir selepas setengah jam..kalau tiap-tiap hari telefon pun paling sekejap tetap setengah jam

Kalau biasanya ibu akan mengakhiri panggilannya dengan memberi nasihat...tapi hari tu, pesanannya berbeza

"Long, nanti balik bawakan Omega, Alfalfa dan Ostematrix, papa awak makan omega hari-hari ni nampak kurang resdung dan lenguh-lenguh badan..." ~ Wah!!! Satu perkembangan baru... biasanya memang kak long akan berikan bekalan vitamin buat ibu dan ayah sebelum sempat vitamin tu habis...tapi dek kesibukan kak long agak culas pula kali ni...yang buat saya terkejut tu..biasanya Omega bukanlah favourite ayah..namun kali ni ayah pula mengingatkan ibu supaya saya membawa Omega...



Dan ketika kak long pulang, ayah terus memberitahu, " seja papa makan omega ni, rasa sesak kat dada, batuk dan selsema cepat je hilang... buncit kat perut ni pun macam turun je long.…

Kelebihan OMEGA GUARD SHAKLEE

Apa Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan 3. Mencegah salur darah dari tersumbat 4. Omega 3 dapat mengelakkan strok 5. Mengekalkan tekanan normal darah 6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 7. Mengurangkan sakit kepala 8. Merendahkan kolestrol 9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 11. Mengawal masalah obesiti 12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin 14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 16. Membantu menyihatkan paru-paru 17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll 18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 19. Ome…

PROMO FEBRUARI 2013 ~ OMEGA GUARD SHAKLEE

Image
Sempena promo Februari 2013 yang sedang berlangsung ni iaitu OMEGA GUARD, kak long nak bercerita sikit tentang OMEGA ni.. Macaman nak jatuh cinta kalau kita tak kenal kan... Jadi hari ni sesi perkanalan awal u olls dengan EnOmega Guard ni ye.


Apa itu Omega Guard Shaklee?
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Mengapa Omega Guard Shaklee?
Omega Guard Shaklee melindungi jantung anda kerana ia membekalkanasid lemak omega 3 berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Omega Guard Shaklee mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.  Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetap…