Posts

Showing posts with the label parenting

Personaliti Ibu Bapa Cemerlang

Image
Salam sayang 


Kat bawah ni kak long kongsikan bagaimana kita nak membina Personaliti Ibu Bapa Cemerlang.Moga dapat kita praktikkan, In shaa Allah.

Berketrampilan dalam pelbagai bidang - Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan. Yakin terhadap diri sendiri - Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Konsisten dalam melakukan sesuatu - Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengen…

Tips Menangani Anak-anak Nakal

Image
Salam sayang 


Biasakan dengan "ANAK NAKAL".

Pada kak long, kanak-kanak yang nakal adalah mereka yang kreatif dan bijak. Tapi adakala kenakalan mereka menyebabkan ibu atau ayah mula "naik angin". Jadi Kak long nak kongsikan beberapa tips untuk menangani anak-anak yang nakal ni

Sumber

Tips 1 ~ Pergi ke arah mereka

Biasanya kita cenderung untuk menjerit jika kita ternampak mereka melakukan perkara yang salah. Apa kata kita ubah dengan bergerak ke arah mereka, bercakap-cakap dengan lembut dan memberitahu perkara yang mereka lakukan adalah satu kesalaha

Tips 2 ~ Selalu mengulang nasihat

Lazimnya kita beri nasihat jika dah buat salah... Bila jadi macam ni, ia disalah anggap sebagai membebel. Jadi selepas ini, sentiasa menasihati mereka walaupun ketika mereka sedang bergembira. Malah ia lebih baik kerana lebih mudah diterima dan dipatuhi

Tips 3 ~ Bercerita

Selalu bercerita dengan anak-anak, terutamanya kisah-kisah teladan mampu membuat mereka berfikir dan mengurangkan darjah…

Ciri-ciri Anak Tertekan

Image
Salam sayang buat semua
Hari ni kak long nak sharekan bagaimana kita nak tau yang anak kita ni sedang stress atau tertekan atau tak... Biasanya kita dengar pasal orang-orang dewasa macam kita ni je yang stress kan, tapi sebenarnya kanak-kanak pun mengalami stress juga.
Orang dewasa mempunyai pelbagai cara untuk melegakan tekanan mereka namun bagaimana pula dengan kanak-kanak. Mungkin tindakan mereka menghentak-hentak kaki atau membaling barang juga salah satu tanda yang mereka stress.
So untuk menambahkan lagi ilmu keibubapaan kita... jom kita baca artikel yang kak long petik dari pa&ma ni.. Semoga bermanfaat :)



Jom kita semak cirri-ciri kanak-kanak yang sedang stres:
Susah tidur Petunjuk awal kanak-kanak mengalami stres adalah mereka tergolong dalam kelompok anak yang sukar tidur. Waktu tidur yang tidak menentu, sering tidur lewat malam bahkan ada yang menjelang pagi, sentaisa resah dan jika tidur hanya seketika. Sepatutnya pada usia kanak-kanak, mereka perlu tidur seawal pukul 9 ma…