Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts
, , , ,

JOM KENALI PROTEIN AGE - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang 

Apakah AGE Protein

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation End Products, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti

Stress
Penyakit
Kesakitan
Tidur yang tidak cukup
Gaya hidup yang tidak sihat (merokok)
Sinar matahari berlebihan

Selain itu, AGE berlebihan juga menjadi punca beberapa penyakit kronik

AGE Protein dan Penyakit

AGE Protein masih memerlukan banyak penyelidikan. Namun yang pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula. Oleh kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat.

Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE. Ini kerana protein jenis ini berinteraksi secara semula jadi dengan lebih banyak gula dan untuk tempoh yang lebih lama menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani proses glycation.

Image result for age protein


Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. 

Kesan protein AGE berlebihan menyebabkan penyakit seperti berikut:

i) Protein AGE berlebihan menyekat saluran jantung >>>  menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok

ii) Protein AGE berlebihan merencatkan fungsi pancreas >>> peningkatan kadar gula dalam darah >>> kesannya menyebabkan diabetes

iii) Protein AGE berlebihan mempercepatkan penuaan kulit >>> menyebabkan kulit berkedut dan kendur

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. 
Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.


Berikut adalah beberapa kesan AGE berlebihan:
Diabetes jenis II

Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manis mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku
Kerosakan kolagen kulit

Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.
Kerosakan kepada sendi

Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

Penyakit kardiovaskular

AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya ebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.

Penyakit alzheimer

Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

Sistem saraf

Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Jadi kita dah tahu apa kesan kehadiran Protein AGE yang berlebihan kan. Dalam next entri, kaklong nak sharekan bagaimana Shaklee boleh membantu menghalang PROSES PENGHASILAN PROTEIN AGE ni. 

Teruskan membaca ye

Berminat menjadi ahli Shaklee atau/dan mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 

nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
,

Vitamin untuk Anak yang Tonsil

Salam sayang 

Beberapa hari ni kerap kak long dapat kiriman sms dan whatsapp dari ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengidap penyakit tonsilitis. Ada yang baru pertama kali kena dan ada yang berulang-ulang.

Image result for tonsillitis

Sebelum kita tengok apa vitamin yang boleh membantu, jom kita baca sikit tentang tonsilitis ni.

Pertama sekali APA ITU TONSILITIS?

Tonsillitis adalah jangkitan dan keradangan pada tonsil
Tonsil pula adalah kelenjar yang terdapat di sebelah belakang tekak dan di belakang lidah. Tonsil merupakan barisan pertama pertahanan badan kita terhadap serangan penyakit. Mereka adalah sebahagian daripada sistem imuniti dan membantu memerangkap kuman sebelum serangan yang lebih kuat merebak ke seluruh tubuh badan.

Tonsillitis adalah jangkitan yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak dan remaja, namun orang dewasa pun boleh menghidapinya.  Bila kita mula dijangkit tonsillitis ia mungkin berasa sakit dan tidak menyenangkan, namun kebiasannya ia tidak serius. 

PUNCA

Tonsilitis biasanya disebabkan oleh serangan virus. Namun adakalanya ia juga disebabkan oleh jangkitan bakteria dari species Streptococcus sp.

KENAPA Kanak-kanak mudah dijangkiti tonsilitis?

Kanak-kanak dari usia 5-15 tahun merupakan antara mereka yang berisiko dan mudah dijangkiti tonsilitis ini. Ini kerana pada jarak umur inilah, sistem imuniti mereka sedang berkembang dan menjadi lengkap menjelang usia remaja. Tambahan pula pada usia ini, mereka sudah mula bersekolah dan lebih terdedah pada persekitaran luar. Oleh itu, jangkitan virus seperti ini sangat mudah sekali terkena pada mereka.

CARA MENGATASI

Di Shaklee, terdapat beberapa vitamin khusus untuk kanak-kanak. Vitamin-vitamin ini diformulasikan khusus untuk mereka dan ada di antara vitamin ini boleh diambil sejak usia 1 tahun. 

Gambarajah di bawah merupakan SET VITAMIN KANAK-KANAK. Set ini membantu membina ketahanan sistem imuniti kanak-kanak. Ia menjadi perisai dalam diri kanak-kanak dari mudah terkena sebarang jangkitan virus mahupun bakteria.

SET VITAMIN KANAK-KANAK ini mengandungi 
i) Chewable Vita-C
ii) Omega Guard
iii) Vitalea for Kids
iv) Mealshake
Image result for set kanak-kanak shaklee

Sebaik-baiknya untuk mendapatkan perlindungan penuh, Set ini perlu diambil sepenuhnya. Untuk konsultasi lebih terperinci mengenai set ini boleh hubungi



Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, , , , ,

Suplemen yang Sesuai untuk ARTHRITIS...

Semalam selepas kak long publish artikel berkaitan osteoporosis, arthritis dan rheumatism..kak long menerima beberapa pertanyaan berkaitan suplemen Shaklee yang membantu dalam proses baikpulih..

Secara ringkasnya..

Set EU FOUR PACK yang kak long perkenalkan kepada kalian adalah set yang paling sesuai...Ia adalah set asas yang mengandungi Vitalea (Multivitamin dengan formula zat besi), B-kompleks, vitamin c dan Ostematrix...

Selain dari itu..jika ada yang menghidap arthritis termasuk Rheumatoid Arthritis..boleh tambahkan OMEGAGUARD dan ESP dalam senarai suplemen yang wajib..Omega ni bertindak sebagai anti radang dan memang sangat sesuai...ESP (energizing Soy Protein) pula bertindak dalam mebantu pembentukan sel baru yang sihat..

Manakala untuk penghidap gout pula...kak long suka jika anda dapat menambah Fibre Plan Unflavoured dan Performance Drink sebagai suplemen wajib..mengapa Fibre? Gout adalah disebabkan oleh kandungan asid urik yang tinggi dan berkumpul pada sendi-sendi..Fibre membantu menyerap dan menyingkirkan lebihan asid urik keluar dari sistem badan..Performance Drink pula memastikan badan mempunyai kadar elektrolit yang cukup serta memastikan kadar gula seimbang dalam darah...

Jadi jika ada di luar sana yang menghidap mana-mana yang di atas..kalian digalakkan untuk mengambil suplemen Shaklee seperti yang kak long cadangkan....Selain dari bergantung kepada ubat semata-mata...tak salah kalau kita memperbaiki sistem badan dengan suplemen...lebih semulajadi dan lebih sihat...

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
,

Terima kasih kepada Mommy Lyna untuk list yang beliau ‘compile’ kan di bawah ini. Walaubagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini bahawa, senarai ini sekadar cadangan sahaja, sila dapatkan nasihat dari pakar atas penyakit serius yang anda hidapi. Pastikan sebarang rawatan yang anda jalani mendapat kebenaran dan pengesahan doktor.

Penyakit dan Vitamin A-K

by Mommy Lyna
Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin&mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius.
Alergi
  • Vita-C
  • B Complex
  • Alfalfa
    • ketiga2 vitamin di atas termasuk dalam Set Allergy (Set G)
  • Garlic Complex
Alzheimer
  • Vita-E Complex
  • B Complex
  • Omega Guard
  • Garlic
Anemia
  • B Complex
  • Vita-Lea
  • Vita-C
    • Ketiga2 vitamin di atas termasuk dalam Set Optimum (Set A)
Arthristis
  • Vita-Lea
  • Ostematrix
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • Peppermint-Ginger
Batu hempedu
  • Peppermint-Ginger
  • Lecithin
  • Vita-C
  • Vita-E
Bronkitis dan pneumonia
  • Carotomax
  • Vita-C
  • Vita-E
    • (ACE)
  • Zinc
  • Garlic
Buasir
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Ostematrix
Carpal tunnel
  • Vita-Lea
  • B complex
  • Vita-C
    • Set A
Cirit-birit
  • B Complex
  • Garlic
  • Performance Drink
Darah tinggi
  • Set A
  • Garlic
  • Fibre Plan Unflavoured
  • Vita-E
Diabetes
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-C
Ekzema
  • B Complex
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • GLA Complex
  • Zinc
Fibrocystic breast
  • ACE
  • GLA Complex
  • B Complex
Gout
  • Set A
  • Zinc
Insomnia
  • Ostematrix
  • B Complex
Jangkitan telinga
  • Vita C
  • Zinc
  • Garlic
Jerawat
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
    • Votamin2 di atas terkandung dalam set D
  • Zinc Complex
  • GLA Complex
Kanser
  • Vivix
  • ACE
  • Garlic
  • Ostematrix
  • B complex
  • Fibe Plan Unflavoured
Katarak
  • ACE
  • B Complex
  • Zinc
Kelemumur
  • B Complex
  • Zinc
Kencing kotor
  • Vita-C
  • Zinc
  • Garlic
  • Alfalfa
Kesuburan
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc
  • GLA Complex
Sumber asal : Penyakit dan Vitamin A-K


credit

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Sila email di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970.
Share:
Read More