Posts

Showing posts with the label penyusuan

Kekal Bertenaga Ketika Menyusu - RahsiaSihat.com

Image
Salam sayang

Selalu ke kan kita dengar ibu menyusu ni senang letih apabila menyusukan baby. Memang kak long setuju pernyataan ni 100%. Sangat meletihkan dan melelahkan. Namun untuk kebaikan permata hati kita ibu ni sanggup berkorban kan.


Kan bawah ni antara tips yang korang boleh amalkan untuk mengurangkan keletihan tu tadi.

1. Makan hidangan lengkap dari semua kumpulan makanan.

Karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran yang berserat adalah sumber untuk tenaga yang berpanjangan. Ibu menyusu ni perlukan ekstra kalori yang membolehkan penyusuan berjalan dengan lebih baik. Namun kadangkala mereka mengambil makanan sekadar mengikut selera tanpa meneliti sama ada hidangan tersebut lengkap dengan nutrisi atau tidak.

Biasakan mengambil makanan mengikut waktu supaya sistem badan kita berfungsi dengan seoptimum mungkin. Skip waktu makan utama sangat tidak digalakkan kerana ia menyebabkan sistem badan menghantar signal yang silap pada badan. Penghasilan susu pun boleh …

LECITHIN KURANGKAN BENGKAK SUSU DISEBABKAN GS

Salam sayang 

Rentetan dari perkongsian kak long tentang Green Smoothies yang lepas. Sebenarnya kak long tak sedar pun yang GS ni boleh jadi milk booster. Sebab biasanya bila kak long ambil ESP setiap hari pun tiada masalah bengkak susu.
Namun sebaliknya terjadi selepas kak long mula mengamalkan GS ni. Hari pertama kak long rasa biasa je dan mek Hana pun menyusu seperti biasa. Masuk hari ketiga, kak long dah rasa kelainan. Hana mula mengelak minum susu pada bahagian kanan. Dan rasa berdenyut-denyut dah mula. Menjelang petang, rasa berdenyut dah mula sakit. Masa ni sakit masih boleh bertahan dan kak long masih terus menyusukan Hana pada kedua-dua belah. Bila malam, belah kanan semakin sakit dan Hana menolak untuk menyusu pada belah kanan. Memikirkan yang kak long berpuasa, pelbagai usaha luaran kak long lakukan seperti mengurut dengan sikat, tuaman panas dan tuaman sejuk. Masih bengkak susu tidak mahu surut.
Satu benda yang tak seronok bila bengkak susu ni selain sakit adalah, pengal…

Diet Ibu Hamil

Image
Salam sayang 

Ibu hamil dan menyusu lazimnya dimomokkan dengan kata-kata...
Kena makan lebih sebab nak bagi pada baby tu

Sebenarnya untuk ibu hamil dan menyusu, penambahan kalori sehari adalah antara 300-500 kalori sahaja, tak banyak mana pun. Namun dek kerana kata-kata kat atas tu, maka kita pun beria lah makan lebih... Kadang-kadang yang kita makan tu tak ada banyak nutrisi pun.

Tu yang bahayanya sebab kita kena ingat apa jua yang dimakan oleh ibu yang hamil dan menyusu akan diserap oleh baby. Ibu yang bijak pasti memilih makanan yang baik-baik untuk bayi mereka.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang turut menyumbang kepada risiko kesihatan baik untuk ibu malah juga baby. Kencing manis ketika hamil, tekanan darah tinggi serta bacaan hemoglobin darah rendah antara penyakit yang kerap kali ditempuhi oleh ibu hamil.




Gambar kat atas ni adalah sebagai panduan untuk ibu-ibu hamil di luar sana nak merancang menu mereka. Ini sebenarnya untuk tumbesaran baby dalam kandungan juga. Jadi ibu…

Apa Milk Booster Anda

Image
Salam sayang 
Tengok tajuk pun dah tahu apa topik kak long hari ni kan
Korang semua tahu ke apa itu MILK BOOSTER?  Secara ringkasnya...milk booster adalah penggalak susu... 
Penting ke milk booster ni sebenarnya... Biasanya ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka pasti mempunyai milk booster mereka sendiri. 

Milk booster ni boleh berunsur ubatan atau vitamin mahupun makanan biasa... 
Kenapa kak long kata makanan biasa? 
Contohnya...kak long suka makan durian..setiap kali kak long makan durian, mesti susu akan banyak terhasil... Maka milk booster kak long adalah DURIAN Tetapi kak long tak suka manggis, katakan en suami beli dan paksa kak long makan....kak long makan tapi susu yang terhasil macam biasa je...Jadi manggis bukan milk booster kak long
Korang tahu tak yang penyusuan ni bukan sahaja berkaitan susu banyak atau sikit tetapi ia berkaitan dengan 2 jenis hormon iaitu hormon Oksitosin & Prolaktin. Nak tahu hubungkait keduanya...boleh rujuk gambar di bawah... Kredit buat cik Tuty



Milk Booster dalam Penyusuan

Image
Salam sayang 
Begitu lama kak long tak bercerita tentang penyusuan ye... Takpe hari  ni kita buat throwback sikit zaman penyusuan Muaz 

Setiap pagi inilah rutin kak long.. Menyusun botol-botol susu yang berisi 4oz setiap satu buat bekalan si comel Muaz ke rumah pengasuh 
Penyusuan bukan perjalanan yang mudah namun ia boleh dijayakan oleh setiap ibu asalkan punya iltizam dan semangat yang kuat
Penyusuan susu ibu buat diri kak long bermula dari anak kedua iaitu Muaz... Letih lesu, rasa dingin dengan suami serta lelah mengepam tapi hasilnya sedikit sangat mengecewakan kak long... 
Join grup sokongan di FB membuka sedikit cahaya dan bermulalah episod mencari MILK BOOSTER.. Pelbagai makanan dan produk dicuba...namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Perjalanan penyusuan kak long bersama Shaklee bermula dengan bertemunya kak long dengan www.anakkuwiraku.com milik kak Norita Idris. 
Letih mencuba pelbagai produk milk booster, kak long nekad mencuba VITAMIN aka SUPLEMEN. Bermula denga…

Berpuasa dan menyusukan

Image
Salam sayang

Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti mucul jua.. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... Bagaimana hari pertama berpuasa semalam?

Kak long dah melalui beberaapa fasa berpuasa sehingga ke hari ini. Ini termasuklah fasa hamil ketika berpuasa, berpantang dan berpuasa serta menyusukan dan berpuasa.

Antara yang sangat mencabar adalah apabila melalui fasa penyusuan dan berpuasa (pada pengalaman kak long). Seorang ibu perlu menyediakan bukan setakat persediaan dirinya namun untuk bayi yang bakal disusukan.

Setiap bayi mempunyai pola penyusuan yang berbeza. Berdasarkan pengalaman kak long ketika menyusukan Muaz dan Hanis, kedua-dua mereka sangat berbeza. Muaz biasanya akan menyusu setiap 3 jam sekali atau sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Senang sebab jadual Muaz lebih teratur dan sebagai ibu kak long lebih bersedia.

Namun sebaliknya untuk Hanis. Hanis menyusu dengan lebih kerap.. Boleh dikatakan setiap jam pasti akan datang dan menyusu 10-15 minit setiap sesi. Pertama kali k…

SET MENYUSU TAK BANYAKKAN SUSU?

Ye BETUL!!!
Pengambilan SET MENYUSU tidak membanyakkan susu ibu...TETAPI ia membantu:
~ Mengekalkan kesihatan si ibu sepanjang perjalanan penyusuan  (bila ibu sihat, tentu baby juga sihat kan....) ~ Membantu memberi ketenangan kepada ibu dalam menyusukan bayi mereka ~ Memberi tenaga untuk si ibu terus menyusukan bayi serta melaukan tugasan harian
Jadi macamana nak banyakkan susu???
~ Pengepaman atau penyusuan dilakukan at least 3 jam sekali  (lebih kerap lebih bagus) ~ Buat jadual yang tetap supaya ibu mudah monitor bila sepatutnya pam ~ Minum air kosong/ air masak 3 liter sehari  (komposisi susu ibu terdiri daripada air jadi si ibu perlu minum air kosong yang cukup untuk memastikan susu dihasilkan dengan lebih banyak) ~ Melakukan power pumping jika jadual pengepaman berterabur (PP sebaiknya dilakukan pada waktu malam sebab hormon prolaktin lebih tinggi pada waktu malam) ~ Amalkan bacaan Surah Hujurat dan Zikir Ya Matin buat yang beragama Islam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak long nak kongsi sikit p…

Bakar Kalori ketika Menyusu

Image
Syukur Alhamdulillah, untuk bayi ketiga ni pun, kak long diberi kekuatan dan keazaman untuk terus menyusukan sehingga 2 tahun hendaknya.

Mujur ketika hamil, berat kak long tidak naik terlalu banyak, maka urusan pengurangan berat badan tidaklah menjadi agenda utama kak long.. Apa yang penting dan lebih utama, misi penyusuan susu ibu adalah untuk mek Hanis Raudhah...

Namun, kak long tak nafikan ramai ibu yg mengandung mengidamkan untuk mendapat semua berat sebelum hamil sebaik sahaja mereka melalui tempoh berpantang.

Senang sahaja jika anda tahu caranya... Dan yang lebih mudah adalah dengan PENYUSUAN SUSU IBU secara eksklusif untuk 6 bulan pertama. Kenapa kak long kata ia mudah dengan penyusuan susu ibu?
Sebab... Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!

Teruja tak??? Wah, kak long sendiri teruja bila membaca mengenai fakta ini. Senang je kan, cuma susukan bayi atau lakukan pengepaman secara berjadual, maka kalori ibu ni akan terbakar dan mudahlah untuk kita kembali ke be…

UNIKNYA PENYUSUAN SUSU IBU

Image
Salam sayang

Setiap bayi mempunyai keunikan mereka tersendiri

Begitu juga dengan penyusuan mereka. Ada yang suka menyusu sekaligus dan terus tidur sehingga 2-3 jam sebelum ke sesi kedua (yang ni stail minum Abang Muaz). Ada pula yang minum runcit-runcit (ibarat kata ibu kak long)..stail yang minum runcit-runcit ni macam baby Hanis.

Apakah stail yang terbaik untuk bayi anda.. Pada kak long, selagi kak long terdaya, kak long hanya menurut "cue" dari baby tu sendiri. Namun tiada masalah jika kita nak menetapkan masa sebab baby sangat mudah dibentuk.

Selain dari itu, kuantiti penyusuan juga berbeza bagi setiap bayi. Contohnya, bayi A mungkin hanya minum 3oz untuk satu sesi tetapi memerlukan 24 oz sehari ) iaitu 8 sesi penyusuan. Manakala bayi B mungkin minum sehingga 5 oz tetapi memadai 15 oz sehari. Jadi sebagai ibu, kita perlu tahu berapa kadar yang sesuai buat bayi kita.

Ada kalanya ibu-ibu yang menyusukan bayi ni agak mudah risau terutamanya jika stok susu mereka mula berkur…

Bila KAUM BAPA turut MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU

Image
Salam penuh takzim buat semua pembaca www.rahsiasihat.com

Penyusuan bayi atau breastfeeding kini bukan sahaja merupakan satu trend masakini namun penyusuan susu ibu ini di dalam Islam sememangnya telah tertulis sebagai salah satu hak si anak yang perlu dipenuhi oleh ibu dan bapa. Justeru itu, tidak mustahillah jika begitu banyak grup/ kumpulan penyokong penyusuan susu ibu ini ditubuhkan di seluruh dunia (bukan di Malaysia sahaja tau).

Dan dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia bukan sahaja melibatkan ibu itu sendiri bersama-sama bayinya namun sokongan ahli keluarga terdekat terutamanya SUAMI sangat membantu dalam memastikan PENYUSUAN SUSU IBU LENGKAP UNTUK TEMPOH 2 TAHUN.

Alhamdulillah, sejak hamil anak kedua lagi, kak long dah menanamkan azam untuk menyusukan sendiri. Syukur, niat yang pada mulanya sekadar untuk mengecilkan perbelanjaan rumah akhirnya berjaya direalisasikan selengkapnya sehingga usia Muaz 2 tahun. Dan kak long sangat bertuah kerana kedua-dua belah keluarga (keluarga…

Pengalaman Berharga sepanjang Penyusuan Muaz...

Lama kak long tak menulis mengenai penyusuan kan...

Kak long suka nak share dengan korang arini apa yang kak long rasa selepas melalui tempoh 2 tahun penyusuan Muaz...kak long masih menyusukan Muaz sehingga sekarang walaupun Muaz sudah berusia 2 tahun 5 bulan...extended breastfeeding gitu...

Antara yang paling ketara kak long rasai sepanjang penyusuan adalah IKATAN antara kak long dengan Muaz sangat kuat...walau di mana kak long berada (kerja outstation ke training ke..) Muaz takkan boleh tido tanpa mendengar suara kak long terlebih dahulu...Dan soalan yang sering bermain-main di bibir Muaz..Bu mana Bu?...

Muaz juga seorang kanak-kanak yang tidak cerewet dari segi makanan....apa jua yang kak long makan, dia akan makan juga..except yang pedas-pedas la...sangat mudah nak beri Muaz makan kerana Muaz mudah terbuka selera....mungkin ini juga salah satu kesan dari penyusuan sebab kak long memang makan apa jua tanpa terlalu berpantang...jadi dari bayi, Muaz telah merasa segala macam makanan …