Posts

Showing posts with the label permainan

JIGSAW PUZZLE - AKTIVITI ANAK KECIL

Image
Biasanya kita buntu kan apa permainan yang boleh dibelikan untuk si kecil kita.
Kekadang tu rasa macam membazir pun ada. Tapi sebenarnya dalam bermain, anak-anak sedang belajar sesuatu juga. Antara permainan yang kita boleh hadiahkan buat anak kecil kita adalah JIGSAW PUZZLE. 

Kaklong nak kongsikan 5 kebaikan bermain permainan JIGSAW PUZZLE ni
5 manfaat permainan jigsaw puzzle. 1. Penyelesaian masalah. Sepanjang tempoh menyiapkan jigsaw puzzle, anak-anak akan belajar berfikir dan menyusun strategi untuk menyelesaikan set tersebut. Proses ini melibatkan proses penyelesaian masalah. Bagaimana nak letakkan kepingan demi kepingan yang sesuai dan tersusun. Latihan sebegini secara tak langsung boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.


2. Koordinasi tangan dan mata. Ketika memegang setiap kepingan. Mata memerhati bentuk kepingan puzzle dan tangan cuba meletak pada tempat yang betul. Proses 'trial and error' yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak pergerakan tangan…