Posts

Showing posts with the label petua

RAWATAN BATUK SEMULAJADI DENGAN BUAH NANAS

Image
Batuk antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan lama, pesakit akan rasa kurang selesa dan persekitaran turut akan terganggu. 
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca batuk Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenzaJangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)AlahanAsmaMerokokPenyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerjaAsid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipangg…

Nanas Pelembut Daging - Pengedar Shaklee Manjung

Image
Salam sayang 

Korang yang selalu ke dapur tu kan, biasanya kalau masak daging mesti lama menunggu betul tak? Ni kaklong tanya mereka yang takde Noxxa hehe.

Tapikan sebenarnya tak perlu nak tunggu lama pun. Yang penting kita tahu kaedah yang mudah tapi berkesan untuk lembutkan daging ni

Kaklong memang suka kaedah ni dan memang terbukti pun.


Gunakan buah nanas. Tak perlu banyak, sepotong dua dah memadai. 
Caranya dengan mengisar nanas dan campurkan sekali di dalam periuk atau kuali yang mengandungi daging tu. Masukkan semasa daging baru dicampur. Gaulkan dan biar sebati. Masak seperti biasa.

Nak tahu kenapa nanas ni boleh lembutkan daging? 
Sebabnya nanas ni ada enzim bromelain.
Enzim inilah yang berfungsi untuk mengempukkan daging.

Kalau korang rajin kan, ada je sebenarnya serbuk bromelain ni dijual di pasaraya.

Tapi pada kaklong lebih mudah mencari nanas berbanding cari serbuk bromelain.

Korang cuba tau, dah cuba, boleh komen kat entri ni.


Jika ada yang berminat nak dapatkan SET PROMO ESP