Posts

Showing posts with the label sendi

10 FAKTA TENTANG TULANG SIHAT DAN KUAT

Image
Salam sayang 

Kak long nak berkongsi mengenai TULANG pula hari ini dengan korang.



Fakta-fakta Mengejutkan Tentang Tulang Sihat
Kebanyakan mereka yang dah berusia 40an ke atas mudah didiagnos dengan masalah kurangnya ketumpatan tulang di usia. Tapi ada beberapa kejutan yang tersembunyi di dalam tulang dan sebenarnya apa yang kita amalkan di masa muda dapat mempengaruhi keadaan tulang kita apabila berusia kelak.

10 fakta tentang tulang sihat 1. Tulang itu hidup Tulang mungkin nampak keras seperti batu, tetapi sebenarnya tulang itu hidup. Sekelompok sel yang disebut osteoblas, terus-menerus membuat tulang baru. Selain itu juga ada sekelompok sel yang disebut osteoklas, yang berfungsi memusnahkan tulang.

Proses pemusnahan dan penghasilan tulang baru disebut sebagai remodeling tulang. Tulang boleh merosot disebabkan ketidakseimbangan antara kemusnahan dan penghasilan tulang baru ketika usia semakin meningkat.

2. Menabung pembentukan tulang dari usia muda Bermain, olahraga, mengangkat beba…

Amal Omega 3 untuk Kesihatan Sendi

Image
Salam sayang 



Kerap kali bila usia dah menginjak ke lewat 40an, mulalah terasa sengal di sana sini, sakit di sana sini. Kerapkali juga sukar nak bangun setelah duduk lama, atau lenguh sendi bila duduk bersila.

Tapi sebenarnya perkara di atas ni, boleh dihindari jika kita mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Ini kerana, diet yang sihat dan seimbang pasti mengandungi nutrien seperti Omega 3 yang memang sangat diperlukan oleh sendi kita.

Bagaimana Omega 3 ni boleh membantu menyihatkan sendi?

Pada setiap sendi kita (malah seluruh tubuh kita) mempunyai enzim tertentu yang bertindakbalas. Untuk masalah sendi yang sakit ini, apabila enzim tertentu bertindak dengan kartilaj dan menyebabkan kartilaj pada sendi menjadi haus. Jadi sendi bergeser dan menyebabkan keradangan. EPA dan DHA di dalam Omega 3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan menurunkan kadar penghasilan enzim tersebut.

Jika kita yang sihat ni, mengambil Omega 3, ia sangat bagus kerana Omega 3 ini akan diserap ke dalam…