Posts

Showing posts with the label set kehamilan

Persediaan Untuk Hamil

Image
Bila kita bercakap pasal kehamilan, kadang-kala ia tidak dirancang ala orang kata accident gitu. Tetapi sebaik-baiknya seseorang ibu yang ingin mengandung (kali pertama mahupun yang berikutnya) haruslah membuat persediaan awal terutama dari segi kesihatan tubuh badan ibu sendiri.

Wanita yang ingin hamil harus memastikan tubuh badannya cukup dengan nutrien. Darahnya cukup kandungan zat besi dan hemoglobin. Tiada masalah kesihatan seperti kencing manis mahupun darah tinggi. Kesemua ini penting untuk memastikan si ibu tadi sihat dan selamat untuk mengandung serta janin yang dikandung sihat dan sempurna.

Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum sesuatu kehamilan dirancang, seseorang yang bergelar ibu perlu mengambil vitamin di bawah dengan secukupnya.

👶 Asid folik

Asid folik penting kerana ia membantu pembentukan sistem saraf serta melindungi bayi daripada kecacatan tiub neural seperti spina bifida
Sebaiknya pengambilan asid folik sebanyak 400 mikrogram diperlukan ketika kehamilan dirancang dan dit…

Diet Ibu Hamil

Image
Salam sayang 

Ibu hamil dan menyusu lazimnya dimomokkan dengan kata-kata...
Kena makan lebih sebab nak bagi pada baby tu

Sebenarnya untuk ibu hamil dan menyusu, penambahan kalori sehari adalah antara 300-500 kalori sahaja, tak banyak mana pun. Namun dek kerana kata-kata kat atas tu, maka kita pun beria lah makan lebih... Kadang-kadang yang kita makan tu tak ada banyak nutrisi pun.

Tu yang bahayanya sebab kita kena ingat apa jua yang dimakan oleh ibu yang hamil dan menyusu akan diserap oleh baby. Ibu yang bijak pasti memilih makanan yang baik-baik untuk bayi mereka.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang turut menyumbang kepada risiko kesihatan baik untuk ibu malah juga baby. Kencing manis ketika hamil, tekanan darah tinggi serta bacaan hemoglobin darah rendah antara penyakit yang kerap kali ditempuhi oleh ibu hamil.




Gambar kat atas ni adalah sebagai panduan untuk ibu-ibu hamil di luar sana nak merancang menu mereka. Ini sebenarnya untuk tumbesaran baby dalam kandungan juga. Jadi ibu…

VITALEA & VITAMIN C ~ SERASI BERSAMA

Salam sayang 

Tajuk ala ala lagu Nurul & Ajai dolu dolu je kan

Sebenarnya memang betul pun tajuk tu... VITALEA & VITAMIN C memang SERASI BERSAMA

Kenapa kak long kata macam tu

Sebabnya VITALEA SHAKLEE ni diformulasikan bersama-sama dengan IRON @ ZAT BESI. Biasanya kalau ibu-ibu yang hamil bila kita pergi check up, antara vitamin wajib yang diberi adalah PIL IRON/ FERROUS

Penyerapan ZAT BESI ke dalam sel tubuh kita sangat efisien apabila diambil BERSAMA-SAMA ASCORBIC ACID @ VITAMIN C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi sepenuhnya ke dalam sel

Semasa hamil, ZAT BESI adalah salah satu nutrien penting. Ini kerana:
Zat besi membantu otot ibu dan juga perkembangan bayi.Ia boleh mengawal daripada anemia di mana sel darah merah terlalu kecil ataupun bilangannya sedikit. Sel darah ini penting untuk mengangkut oksigen untuk ibu dan bayi.Zat besi juga boleh mengelakkan kelahiran pra matang dan kurang berat badan. Ini juga antara sebab mengapa VITALEA dan VITAMIN C terdapat dalam SET HA…

KESAN AMBIL VITAMIN KETIKA HAMIL

Image
Salam sayang buat semua pembaca setia kak long

Kak long percaya masih ada lagi ibu-ibu hamil yang di luar sana sekadar mengambil vitamin klinik ketika pemeriksaan rutin namun vitamin tersebut tidak dimakan. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan adalah VITAMIN PENYEBAB BAYI BESAR.

Benarkah?


Sebenarnya, saiz bayi tidak dipengaruhi oleh pengambilan vitamin namun ia lebih dipengaruhi oleh tabiat pemakanan si ibu serta faktor keturunan.
Alhamdulillah, dalam keempat-empat kehamilan (satu keguguran), kak long memastikan yang kak long mengambil vitamin yang dibekalkan. Sebelum mengenali Shaklee, vitamin percuma yang diberikan oleh pihak klinik tetap kak long ambil.
Sebenarnya banyak kesan buruk jika si ibu yang hamil tadi tidak cukup nutrien untuk dibekalkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kandungan asid folik ibu tidak dapat menampung keperluan asid folik bayi, kecacatan spina bifida mungkin sekali terjadi. Asid folik penting dalam pembentukan saraf dan neuron bayi dalam kandungan…

Kekal BERTENAGA sepanjang KEHAMILAN

Image
Alhamdulillah, 2013 kini mula menjengah.. Seperti mana insan-insan lain, kak long turut mempunyai resolusi baru bagi tahun 2013.. apa dia..biarlah ia menjadi rahsia...hehehe....(Insya Allah jika resolusi ini tercapai, pasti kak long akan berkongsi dengan u olls ye..)

Dan hari ni kandungan kak long dah memasuki minggu ke-16, syukur. Setakat ini, kak long tiada mengalami masalah yang besar-besar kecuali ketika demam dan hampir lelah beberapa minggu yang lalu. Dan doa kak long agar kesihatan ini terus berpanjangan sehingga tibanya waktu bersalin kelak. Hamil kali ni agak berbeza selera kak long, masa kandungan pertama dan kedua, kak long tak terasa langsung nak makan segala mak nenek asam ke atau buah-buahan yang masam namun tidak pada kehamilan kali ini. Buah epal hijau serta Vitamin C Chewable Shaklee adalah pengubat rasa masam kak long..sekali sekala ada gak makan asam tapi tak leh diamalkan selalu..tak elok..


Kebanyakan ibu-ibu yang hamil seringkali merasa mual dan loya-loya di awal k…