Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts
, , , , , , ,

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN KALSIUM SECUKUPNYA


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteoporosis Boleh Dicegah


Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.



Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak. Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Namun, jika anda alah dengan susu atau produk tenusu, boleh cuba alternatif suplemen dari Shaklee. Ostematrix Shaklee lengkap dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong







Share:
Read More
, , , ,

INTERMITTENT FASTING (IF) DIET - KAEDAH DIET YANG SEMAKIN TRENDING

Dah macam-macam kaedah diet yang kaklong belajar. Yang terkini rupanya tentang diet dengan berpuasa atau dikenali juga sebagai Intermittent Fasting Diet (IF Diet).



Ada yang kata IF Diet ni sebagai sunnah sebab kita berpuasa. Puasa selain puasa yang wajib sememangnya sunnah. Tapi nak kata Fiet IF ni sebagai sunnah sepenuhnya mungkin tak kot. Sebab diikutkan jika berpuasa, ada waktu sahur, dan kita mula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ni definisi puasa sebenarnya.

Meh nak cerita apa sebenarnya Diet IF ni. Kaklong kongsikan dari Tuan Kevin Zahri ye

Apa dia Intermittent Fasting?


Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.


Jenis diet IF?


Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.

24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan.

5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.




Pada pendapat kaklong kalau korang rasa nak cuba buat IF diet ni memang boleh la sangat. Sebab kita pun dah biasa berpuasa siang hari kan. Cumanya walaupun dalam diet IF ni berpuasa lebih lama di waktu petang/ malam, pengambilan makanan ketika siang sangatlah memainkan peranan.

Pastikan kita ambil makanan sebenar (real food) dan cuba kurangkan makanan terproses. Biasanya dalam makanan terproses, bahagian makanan sebenar tu sangatlah sedikit. Kemudian, belajar kurangkan gula dan garam dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Jika kita buat diet ni untuk hanya kurus, memang rugi besar. Namun jika niat kita untuk lebih sihat, in shaa Allah kita akan memilih corak pemakanan yang lebih baik. Makanan bergoreng dan terendam minyak memang sedap namun, lemak yang makin menebal dalam badan tu lebih penting untuk diuruskan.


Jangan lupa, walaupun pemakanan menyumbang 80% dari diet harian, untuk kesihatan organ dalaman dan kecergasan, senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu amatlah efektif dalam sesi diet. Berat turun, badan lebih cergas.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, , , , , , ,

IBU HAMIL - PERUBAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA



Dapat tahu je hamil, perasaan teruja sebagai seorang bakal ibu tu pasti ada kan. Biasanya di awal kehamilan iaitu di trimester pertama (1-3 bulan) tak banyak perubahan fizikal yang nampak. Tapi kan, sebenarnya sistem tubuh kita bekerja dengan sangat aktif. Ini untuk memastikan yang tubuh badan kita bersedia secara fizikal dan emosional sepanjang tempoh kehamilan ini.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :

SERING BUANG AIR KECIL

Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini keraan pertumbuhan rahim yang menekan pundi kencing anda. Ia juga berlaku kerana perubahan hormon. Pastikan ibu hamil minum secukupnya. Dan pastikan juga kebersihan kawasan peribadi anda.

KONSTIPASI/ SEMBELIT 

Trimester pertama mungkin ada sedikit masalah sembelit pada ibu yang hamil. Peningkatan hormon progesterone menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Selain itu, kadangkala suplemen Zat Besi (iron) yang diberikan oleh doktor juga menyebabkan masalah sembelit. Najis juga akan lebih kehitaman kesan pengambilan zat besi. Pemakanan seimbang lengkap dengan sayur dan buah (sumber fiber) membantu masalah ini.

Selain itu, ibu hamil juga boleh menyapu Balm T Rub pada kawasan perut dan betis untuk melegakan masalah sembelit ini.



MORNING SICKNESS (LOYA & MUNTAH)

Loya dan mual di awal pagi atau kadangkala tak kira masa sangat lazim ditemui pada ibu yang di awal kehamilan. Punca loya atau mual adakala kerana bau atau reaksi terhadap sesuatu perkara. Kadangkala bau tumisan di dapur juga mengundang rasa loya dan mual ini.

Jangan risau ye, perubahan ini hanya sementara. Hormon progesteron dan estrogen serta prolaktin dalam badan ibu hamil sedang cuba menyesuaikan diri dengan sistem badan.  Atasilah dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap. Ada juga yang mengambil buah sitrus untuk kurangkan rasa loya. Mengunyah chewable vitamin C juga membantu mengatasi masalah loya ini.

MERASA LELAH

Lebih penat berbanding biasa. Ia adalah perkara yang normal. Ini kerana tubuh ibu hamil bekerja secara aktif untuk menyesuaikan fizikal dan emosi dalam menempuh tempoh 40 minggu kehamilan ini.

Kekadang terjadinya perubahan pada pola tidur ibu hamil. Namun apa yang penting, ibu hamil perlu dapatkan istirehat yang cukup.


SAKIT KEPALA 

Ibu hamil mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih kerap berbanding biasa. Ini boleh terjadi kesan dari mula, keletihan, cuaca terlalu panas mahupun tertekan dengan hal kerja mahupun hal rumahtangga.

Yang lebih penting di saat ini adalah rehat yang cukup. Pengambilan makanan yang seimbang juga memainkan peranan. Jika perlu, boleh dapatkan suplemen kesihatan dari klinik mahupun farmasi.

Namun jika sakit kepala berlaku kerap dan semakin teruk, terus ke doktor. Ia mungkin tanda tekanan darah meningkat (simptom pre-eklampsia).

KEJANG PERUT

Pada trimester awal ini, ada masanya kawasan perut tu akan rasa kejang. Macam kena senggugut lebih kurang gitu. Kejang perut ini berlaku kerana adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim di mana otot dan ligament merenggang untuk menyokong rahim.

Jika perut kejang dan disertai perdarahan vagina, jangan berlengah untuk ke hospital. Tanda kejang perut dan pendarahan ini adalah salah satu tanda keguguran.


EMOSIONAL

Pada trimester awal kehamilan ini juga terjadi mempengaruhi emosional menjadi tak stabil, hal ini kerana adanya perubahan hormon dan juga rasa tanggung jawab baru sebagai seorang calon ibu.

Ibu hamil perlu untuk mencari waktu untuk diri anda sendiri, bicarakanlah perasaan anda kepada
orang terdekat atau doktor anda. Dan untungnya, tubuh pada akhirnya secara bertahap dapat beradaptasi terhadap perubahan hormonal ini sehingga membuat hidup lebih indah buat anda.

Jika rasa masih moody atau resah, boleh cuba sapukan Balm Calmtime. Bauan dari lavender dan chamomile berupaya memberi ketenangan pada perasaan ibu hamil.

PENINGKATAN BERAT BADAN

Biasanya di awal kehamilan, baju dan seluar biasa ni masih boleh dipakai. Tapi pada akhir trimester pertama ini, akan ada sedikit perubahan terutamanya bab nak zip seluar atau kain. Eh ni bukan kerana buncit tau. Tapi rahim ibu hamil sedang berkembang dan menyediakan ruang untuk janin membesar.

Hormon estrogen yang menyokong pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air.

Ibu-ibu hamil di luar sana jangan risau-risau. Banyakkan berehat dan enjoy perjalanan 40 minggu ni. Saat yang sangat mendamaikan hati.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.




Share:
Read More
, , , ,

AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL



Biasanya masa hamil ni, ibu hamil memang mudah diserang dengan demam, selsema dan batuk. Ibu hamil adalah antara mereka yang dikategorikan sebagai golongan berimuniti rendah. Oleh sebab itu, mereka ni mudah diserang dengan pelbagai penyakit berjangkit.

Antara yang biasa diberikan oleh doktor kepada ibu hamil yang batuk adalah pemberian LOZENGES. Namun adakah ia sesuai sebenarnya diambil oleh ibu yang hamil?

Meh kita baca sedikit kupasan dari Dr Zubaidi Ahmad berhubung perkara ini.

Lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.

Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.

Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah selamat digunakan untuk wanita yang hamil, namun saya mencadangkan agar mengambilnya secara berhati-hati kerana belum belum ada kajian klinikal terhadap keselamatan lozenges ini apabila diambil oleh wanita yang hamil.

Pengunaan lozenges ini boleh diambil setiap 2-3 jam sekali dengan maksimal 12 tablet dalam masa 24 jam.

Saya lebih mencadangkan agar wanita yang hamil mengambil air kosong yang secukupnya, menggunakan madu di awal pagi dan sebelum tidur, dan mengelakkan diri bercampur suasana yang ramai orang. Boleh gunakan pelindung hidung dan mulut.



Memang banyak alternatif di luar sana yang selamat dicuba oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah batuk. Jika tadi Dr Zubaidi memberi pendapat tentang lozenges untuk rawatan dalaman, apa kata ibu hamil di luar sana cuba pula Balm CF Rub sebagai alternatif sapuan luaran.

Kandungan minyak pati tumbuhan seperti tea tree dan eucalyptus sememangnya dipercayai sangat membantu masalah batuk, selsema dan flu ni.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.



Share:
Read More
, , , , ,

TANDA SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BAGI IBU HAMIL


Selesema biasanya disebabkan oleh alahan. Ia hanya setakat selsema dan mungkin batuk saja.

Selsema yang disebabkan oleh virus selalunya lebih teruk. Ia bermula dengan demam, sakit badan, keletihan, kemudian diikuti dengan bersin, selesema, termasuk hidung berair dan tersumbat, sakit tekak, batuk, demam dan rasa seram sejuk.

Apa yang penting ialah selsema yang disebabkan oleh virus menyebabkan seorang wanita hamil itu menjadi lemah dan mengalami demam.



Mereka mungkin mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.

Antaranya:

1. Kesukaran bernafas, dan sesak nafas

2. Lendir / hingus berdarah

3.Rasa sakit di dada atau abdomen

4. Rasa pening, dan sakit kepala

5. Merasa pergerakan bayi dalam rahem sangat kurang

6. Demam panas yang tinggi dan tidak turun dengan ubat paracetamol

Jika mengalami gejala di bawah, harus dapatkan pemeriksaan yang cepat.
Share:
Read More
,

INGIN MENDAPATKAN VITAMIN SHAKLEE DI MANJUNG DAN SEKITAR? - Pengedar Shaklee Manjung


Alhamdullillah tanpa sedar Shaklee inilah bisnes yang mudah kaklong buat selama beberapa tahun kebelakangan ini. Sejak dari kaklong masih bekerja sehinggalah sekarang bergelar ibu bekerja dari rumah.

Kaklong menyediakan beberapa produk 'hot item' seperti ESP Shaklee, vitamin kecantikan seperti Vitamin C dan Vitamin E , Vivix Shaklee, Nutriferon dan beberapa vitamin laku keras lagi yang memang sentiasa dicari oleh pengamal supplement.



Kaklong adalah Pengedar Bebas Shaklee di Manjung, Perak dan saya merupakan bisnes partner leader kaklong yang lebih dikenali dengan nama Norita Idris atau Kak N. Blog Kak N menjadi rujukan ramai pengedar Shaklee dan juga pengamal supplement termasuklah kaklong.





Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee kawasan Sitiawan, Manjung dan Lumut atau ingin menjadi ahli Shaklee boleh hubungi kaklong di talian di bawah ye.

Jangan risau, kaklong turut mencari bisnes partner dari negeri lain untuk bersama berkembang dan berjaya. Adakah anda orang yang kaklong cari? 


Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970

Share:
Read More
, , ,

PELUANG TERBAIK BUAT YANG BUKAN AHLI!

Salam sayang 

Bulan ni Shaklee buat offer kaw-kaw untuk mereka yang bukan ahli.


Sponsoring Program


Menarik kan!

Ni kak long bagi cerita terang-terang ye apa manfaat amik ENROLLMENT PROGRAM ni.

MANFAAT 1

 Tapi bila korang beli 2 botol, korang dah boleh dapat HARGA AHLI tau. 
Sebabnya pembelian 2 VIVIX korang dah  LAYAK FREE MEMBERSHIP.
Dah jimat RM79.50 beb. Duit dapur seminggu tu.

MANFAAT 2

HARGA AHLI untuk VIVIX adalah 20% lebih murah
Hah cuba kira, cun wei kalau beli HARGA AHLI.
Yang bestnya lagi kan, BELI 2 BOTOL VIVIX ni dapat lagi diskaun 5% dari jumlah harga sebenar.
Yang ni je dah kira jimat RM200++
Giler la wei. Siapa je yang pernah bagi diskaun macam ni.

MANFAAT 3

Pembelian VIVIX disertakan dengan PENGHANTARAN PERCUMA
Perghhh memang tak masuk dek akal kan. Beli barang tapi tak payah bayar kos penghantaran.
Dah jimat lagi RM10.60. Lepas lah 1 set Snack Plate KFC kan.

MANFAAT 4

Beli 2 VIVIX dah layak dapat BONUS BULANAN
Berapa pulak tu? Dalam lingkungan RM35-40. Tambahan duit tu.

So cuba korang kira dari MANFAAT 1 hingga MANFAAT 4
Berapa banyak korang boleh JIMAT?

Banyak kan. 
Jadi tak sia-sialah sebenarnya jadi AHLI dengan 2 VIVIX.

Eh dah buat keputusan tu jangan lupa

CONTACT KAK LONG >>> 019-7987970
atau
EMEL >>> nuradhamansor@yahoo.com


Share:
Read More
, ,

PROMOSI SEHARI JE

Salam sayang 


Wahhh! Memang seronok lah!

Nak tau kenapa tak? 16 Sepetember ni, sempena Hari Malaysia, Shaklee memberi peluang untuk LUCKY DIP

Kat cawangan, akan ada acara seperti Pemeriksaan Kesihatan Percuma (yang ni best sebab ada Karada Scan sekali). Kemudian akan ada siri Ceramah Kesihatan dan juga beberapa aktiviti kanak-kanak.

Sesiapa yang ada masa dan berminat nak kenal dengan lebih dekat lagi Shaklee, korang dipersilakan hadir ke mana-mana cawangan terdekat korang.

Ibu Pejabat

Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Kuala Lumpur

No 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Johor

14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek,
81100 Johor Bahru.

Kelantan

319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.

Perak

32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh

Penang

No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sabah

Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu

Jika ada yang berminat untuk mencuba SET VITAMIN SHAKLEE, 
 boleh hubungi nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

SHAKLEE SENTIASA SELAMAT - RahsiaSihat.com

Salam sayang 

Memang banyak dan pelbagai jenis suplemen yang ada di Malaysia ni. Tapi sejauh mana suplemen itu selamat untuk diambil.

Shaklee SENTIASA SELAMAT

Setiap produk yang dihasilkan dari Shaklee adalah dari bahan semula jadi dan paling tulen.

Produk Shaklee juga bebas dari sebarang penambahan bahan tiruan, perisa, pengawet mahupun bahan kimia berbahaya

Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.
350 Ujian bagi setiap kandungan | 23,000 Ujian Keaslian dan Keselamatan setiap tahun | 100,000 Ujian Kualiti Produk setiap tahun















Dah semak bahan dalam produk yang sedang anda gunakan? Kalau belum, sebaiknya anda semak. Sebab kita nak guna produk yang bukan sahaja berkesan tapi juga selamat


Berminat menjadi ahli Shaklee dan mencuba produk?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970 
nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

HARGA BARU SHAKLEE

Salam sayang 

Antara produk Shaklee yang berubah harga bermula 1 Mei 2017.

1. Herbal blend
2. Alfalfa (S)
3. B Complex
4. Herblax
5. Garlic
6. Lecithin
7. Peppermint
8. Hair Prosante Spray
9. Basic H
10. Soft Fabric
11. Nutriwhite Make Up Remover
12. Nutriwhite Cleanser
13. Nutriwhite Toner
14. Alfalfa (L)
15. Carotomax
16. ESP
17. Mealshake
18. Vitamin C
19. Vitamin E
20. Vita Lea
21. Cinch Shake
22. Balancing Moisturizer
23. Hydrating Cleansing Lotion
24. Hydrating Toner
25. Purifying Gel
26. Purifying Toner
27. Repleshing Conditioner
28. Revitalizing Shampoo
29. Fresh Laundry
30. Filter
31. Housing Kit
32. Water Pitcher

Di sini kak long sertakan sekali HARGA RUNCIT UNTUK SETIAP VITAMIN mengikut harga terkini






Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
,

HQ Shaklee yang Baru!

Salam sayang 

Buat semua pembaca setia rahsiasihat.com ini, kak long nak beritahu yang bermula 25 April 2017 (iaitu Selasa hadapan), HQ Shaklee tidak lagi beroperasi dari The Pinnacle Sunway. 

Sepanjang kak long berShaklee, ini adalah kali ketiga Home Office Shaklee berpindah. Sebelum ini, HQ Shaklee beroperasi dari Empire Tower Subang. Pada 25 Ogos 2014, HQ Shaklee meneruskan operasi di tempat baharu iaitu di Sunway Pinnacle sehingga ke hari ini.

Memilih tarikh 25 April 2017, sekali lagi HQ Shaklee berhijrah ke tempat yang baru.

Alamat terbaharu HQ Shaklee:
Level 2,  Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway

Jadi selepas ini, jangan pula ke Pinnacle Sunway ye. Tandakan siap-siap alamat baru HQ Shaklee ni dalam waze anda :)



Ingat Shaklee Ingat Kak Long

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Kelas Euphoria Leader Build Leaders (LBL) 2

Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Nur Adha Mansor




Ini entri tertunggak sebenarnya. Pada bulan Februari 2017 yang lalu, lebih tepatnya tarikh 19 Februari, bertempat di Hotel Sri Petaling, Kumpulan Euphoria di bawah bimbingan Kak Norita (bonda bisnes kak long) telah mengadakan Kelas Leader Build Leader Module 2. Kelas tersebut bermula jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang.

Secara dasarnya dalam kelas ini, kami pengedar sah Shaklee di bawah Grup Euphoria telah diajar
- Bagaimana sebagai seorang SID ingin mengembangkan organisasi?
- Bagaimana menjadi leader yang berkesan?
- Apakan tugasan seorang leader dan apa yang perlu leader uruskan dalam memastikan organisasi semakin mantap.
- Apakah profil seorang leader.

Kelas ini sangat menarik sebab kadangkala kita tidak tahu teknik sebenar dalam menguruskan organisasi bisnes kita. Selain dari belajar teknik-teknik di atas, kami turut dibekalkan dengan nota yang boleh dirujuk apabila pulang ke rumah. Kami turut diajar bagaimana hendak mengenalpasti keistimewaan produk Shaklee supaya mudahlah memberi konsultasi apabila berurusniaga dengan pihak pelanggan nanti.

Kak N turut menekankan fungsi seorang SID yang bergelar isteri. Walau apa jua bidang pun kita ceburi, jangan sekali-kali kita lupakan tugas utama sebagai isteri dan ibu. Redha suami paling penting kerana itulah kunci kejayaan kita dalam kehidupan. Redha suami membawa kepada keredhaan Allah kan. Sebab dalam hidup ini kita kumpulkan untuk pelaburan akhirat kelak. Sia-sia sahaja jika kita hanya ingin berjaya semata di dunia namun muflis di akhirat.

Alhamdulillah kak long dipertemukan dengan Grup Euphoria ini. Banyak membimbing dan mendidik agar keseimbangan dunia dan akhirat sama dititikberatkan. Doakan agar kumpulan SuriJutawan kak long berjaya dan In shaa Allah ilmu yang diperolehi dalam kelas ini dapat dipraktikkan.

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More