Showing posts with label slimming set. Show all posts
Showing posts with label slimming set. Show all posts
, , , ,

INTERMITTENT FASTING (IF) DIET - KAEDAH DIET YANG SEMAKIN TRENDING

Dah macam-macam kaedah diet yang kaklong belajar. Yang terkini rupanya tentang diet dengan berpuasa atau dikenali juga sebagai Intermittent Fasting Diet (IF Diet).



Ada yang kata IF Diet ni sebagai sunnah sebab kita berpuasa. Puasa selain puasa yang wajib sememangnya sunnah. Tapi nak kata Fiet IF ni sebagai sunnah sepenuhnya mungkin tak kot. Sebab diikutkan jika berpuasa, ada waktu sahur, dan kita mula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ni definisi puasa sebenarnya.

Meh nak cerita apa sebenarnya Diet IF ni. Kaklong kongsikan dari Tuan Kevin Zahri ye

Apa dia Intermittent Fasting?


Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.


Jenis diet IF?


Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.

16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.

24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan.

5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.




Pada pendapat kaklong kalau korang rasa nak cuba buat IF diet ni memang boleh la sangat. Sebab kita pun dah biasa berpuasa siang hari kan. Cumanya walaupun dalam diet IF ni berpuasa lebih lama di waktu petang/ malam, pengambilan makanan ketika siang sangatlah memainkan peranan.

Pastikan kita ambil makanan sebenar (real food) dan cuba kurangkan makanan terproses. Biasanya dalam makanan terproses, bahagian makanan sebenar tu sangatlah sedikit. Kemudian, belajar kurangkan gula dan garam dalam makanan dan minuman yang kita ambil.

Jika kita buat diet ni untuk hanya kurus, memang rugi besar. Namun jika niat kita untuk lebih sihat, in shaa Allah kita akan memilih corak pemakanan yang lebih baik. Makanan bergoreng dan terendam minyak memang sedap namun, lemak yang makin menebal dalam badan tu lebih penting untuk diuruskan.


Jangan lupa, walaupun pemakanan menyumbang 80% dari diet harian, untuk kesihatan organ dalaman dan kecergasan, senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu amatlah efektif dalam sesi diet. Berat turun, badan lebih cergas.


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
, ,

CINCH SHAKE - MANFAAT & FAEDAH

Salam sayang

Korang biasa dengar kan MEAL REPLACEMENT. Meal replacement ni biasanya adalah minuman soya yang berfungsi untuk menggantikan meal utama (biasanya diambil sebagai sarapan atau makan malam)

Di Shaklee terdapat sejenis Meal Replacer iaitu CINCH SHAKE


Image result for kelebihan cinch shaklee

Dalam setiap hidangan Cinch Shake Mix Shaklee, korang akan memperolehi 24 garam protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein).

Protein secara asasnya digunakan untuk membina otot, dan otot lah menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga membantu menahan lapar, dan ini secara tidak langsung boleh mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

LEUCINE – sumber protein utama yang penting di dalam Cinch Shake Mix Shaklee untuk keperluan tubuh kita. Leucine membantu meningkatkan jisim otot dan mengelakkan berlakunya geleber terutama di kawasan lengan, perut dan paha.

Cinch Shake ni menghalang kehilangan otot di samping melindungi otot dan metabolisme. Selain itu, ia meningkatkan kehilangan lemak dan mengelakkan kesan diet "yo-yo". Yang pastinya, pengambilan Cinch Shake mengurangkan inci yang korang tak inginkan.

Faedah utama Cinch Shake Mix Shaklee: 

  • Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut 
  • Indeks glisemik – 22; sesuai untuk pengidap kencing manis 
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine – asid amino 
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan 
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa berpuas dan kenyang. 
  • Tinggi kandungan serat – 6gm serat setiap hidangan 
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting 
  • Penggunaan soya bebas GMO 
  • Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis

 Lain-lain manfaat Cinch Shake Mix Shaklee :

  • Membakar lemak dan mengekalkan otot 
  • Cepat mengurangkan lemak badan 
  • Minuman pengurusan berat badan yang berkesan

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , ,

BERPUASA dengan LECITHIN

Salam sayang

Bulan puasa yang lepas, selain dari mengikuti kelas GengFitKC secara online, kak long masih meneruskan pengambilan SET KURUS SHAKLEE.

Apa yang kak long ambil? Memandangkan kak long masih menyusukan seorang bayi berusia 10 bulan ketika itu, maka pengambilan CINCH sangat tidak digalakkan. Maka solusinya adalah dengan mengambil ESP (Soy protein).

Selain itu, tanpa gagal setiap hari sebelum bersahur kak long akan mengambil 6 biji LECITHIN. Kak long ambil Lecithin ni sebagai usaha untuk menurunkan peratusan lemak badan serta mengurangkan lemak di bahagian bawah kulit.

Bagaimana LECITHIN ni bertindak?

Related image

LECITHIN juga dikenali sebagai PENGEMULSI SEMULAJADI. Ia mempunyai kesan untuk melekat pada lemak. Lecithin membolehkan lemak "terapung" di dalam darah dan sekaligus mengelakkan ia daripada melekat pada permukaan membran.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com



Share:
Read More
, , , ,

Pengambilan SET KURUS SHAKLEE

Salam sayang 

Sebelum ni kak long dah kongsikan SET KURUS SHAKLEE kan...

Ada yang bertanya, perlukah ambil setiap satu seperti yang dicadangkan.... Secara personal kak long akan katakan ia perlu. Kenapa?

Sebab setiap langkah yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk memastikan produk yang diambil berkesan.

Di bawah ni kak long berikan cara PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE 


Hari 1 - Hari 3

Langkah detox perlu dilakukan. Ini untuk memastikan selepas ini, proses penyingkiran lemak dan penyerapan vitamin berlaku dengan efisien
Ambil 3 biji Alfalfa sebelum sarapan (peringatan: Maksimum Alfalfa boleh diambil 10 biji namaun untuk peringkat awal mulakan dengan dos yang rendah)
atau Ambil 4 biji herblax sebelum tidur

Hari 4 dan seterusnya

Ambil 3 biji Alfalfa sebelum sarapan (peringatan: Maksimum Alfalfa boleh diambil 10 biji namaun untuk peringkat awal mulakan dengan dos yang rendah)
Ambil Lecithin 3 biji selepas makan tengahari
Ambil Lecithin 3 biji selepas makan malam
** Jika anda mengambil Cinch Shake; Sarapan dan Makan Malam anda boleh diganti dengan pengambilan 2 scoop Cinch Shake
Cinch Shake bertindak sebagai meal replacer

Setiap hujung minggu

Ambil 4 biji herblax sebelum tidur


Diharapkan cara-cara di atas membantu anda dalam menjalani diet dengan lebih berkesan.

Ada yang nak mencuba SET KURUS SHAKLE???

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970
Share:
Read More
, ,

Testimoni PERUT BUNCIT

Salam sayang 

Hari ni kak long nak kongsikan satu testimoni hebat dari seorang sahabat Shaklee kak long iaitu Mariana




Mantap kan... Selepas 3 bulan mengamalkan OMEGA GUARD secara konsisten, perut suami beliau dari tahap ke-2 buncit telah kembali flat seperti asal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum kita mengetahui bagaimana OMEGA GUARD membantu, jom kita kenal dengan lemak di bahagian perut. Lemak yang terdapat di bahagian perut dipanggil lemak visceral (boleh rujuk gambar di bawah)



Lemak visceral adalah lemak yang berbahaya kerana ia merupakan salah satu penyebab kepada sakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar serta diabetes jenis 2.

Lemak visceral ada tahap-tahap tertentu iaitu:

1- 4 ~ Bagus
5-8 ~ Sihat
9-12 ~ Buruk
13 - 59 ~ Berjaga-jaga

Kenapa penting untuk kita tahu tahap lemak visceral kita?

Semakin rendah tahap lemak visceral kita, semakin stabil pengeluaran hormon insulin dan sekaligus mengurangkan risiko kencing manis (Diabetes jenis 2)

Jadi, Bagaimana OMEGA GUARD membantu proses pembuangan lemak visceral?


OMEGA GUARD = OMEGA 3 = MINYAK IKAN

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More
, , , ,

Testimoni ESP

Kalau semalam kita dah tau kelebihan ESP... maka hari ini, kak long nak berkongsi testimoni ESP pula dengan kawan-kawan di luar sana.

i) TESTIMONI DIET


ii) TESTIMONI IBU MENYUSU


Seeing is believing kan... Jadi anda di luar sana..sempena HARGA RUNTUH ESP ni janganlah lepaskan peluang... Inilah masanya nak mencuba ESP SHAKLEE...

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More
, , , , , ,

TURUN 8KG dalam masa SEBULAN

Wah..sejak naik cuti raya ni...galak kak long bercerita tentang program PENURUNAN BERAT BADAN...

Sebenarnya teruja bebeno ni sebab kak long sendiri mengalami KENAIKAN BERAT sejak bulan PUASA lagi...orang lain bulan puasa turun, tapi kak long bulan puasa, naik berat...macamana tu ye...

Ni semua gara-gara tak boleh tinggal nasi walau sebutir pada bulan puasa yang lepas... biasanya kak long akan pastikan kak long makan nasi sekali sahaja (memadai masa sahur)...tapi yang berlaku sebaliknya...kak long bantai amik nasi 2-3 kali (berbuka, bermoreh dan lain-lain waktu sebelum tidur)... kemudian lepas amik nasi..baring-baring dan terus tidur...nah hasilnya...ukuran badan mula la lari...bukan senang nak kejor yeop...

Jadi selepas raya ni, aim kak long nak pakai baju-baju raya tahun-tahun lepas (baju muat tapi tang kain hmmmm...) Oleh sebab itulah kak long nak berkongsi dengan korang semua testimoni kawan-kawan kak long yang dah berjaya menurunkan berat badan mereka dengan DIET ATKINS + VITAMIN SHAKLEE...



Nampak gayanya...ATKINS kak long perlu dilakukan secepat mungkin... Jom kita berDIET ATKINS + PUASA + SUPLEMEN SHAKLEE... Moga-moga raya haji nanti, baju-baju lama dapat dipakai semula.. Amin...

Korang-korang semua, jom ler kita KURUS DAN SIHAT.... 

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , , , ,

HILANG 23KG >>>> Diet Atkins + SHAKLEE

Kembali bertugas seperti biasa selepas seminggu bercuti dengan kerja-kerja rutin...

Almaklum bila bercuti ni (raya atau tak) dan berada di kampung pula... memang agak lari la jadual waktu nyer kan...rasa-rasa kak long..kawan-kawan kat luar sana pun macam tu juga kan...

Kak long teruja hari ni nak mencoretkan sedikit pengalaman seorang rakan biz kak long...

Beliau memulakan misi LOSS WEIGHT ni bermula dari bulan Mei 2012 dan sehingga Julai 2012, beliau telah kehilangan 23KG...banyak tu kan...

Jadi apa yang beliau amalkan ye..

Beliau amalkan DIET ATKINS iaitu sejenis diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat..hanya 20gm - 50gm karbohidrat sahaja yang dibenarkan... Untuk mereka yang obes, diet atkins sememangnya sesuai.. kak long pernah mencuba diet atkins ni selama 2 minggu dan sememangnya ia diet yang mudah dan berat sangat mudah turun... (namun jika anda mempunyai risiko penyakit metabolisme, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari doktor dulu ye...)

Selain dari itu, untuk memastikan keperluan nutrien beliau dipenuhi, beliau terus mengamalkan suplemen Shaklee


Sebenarnya suplemen yang kak Nadia ambil bukan sekadar membantu pembakaran lemak malah ia membantu merendahkan paras kolesterol yang tinggi, menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat, memastikan kitaran hormon yang lebih teratur... 

Ambil suplemen bukan untuk kurus semata tetapi untuk kesihatan di masa akan datang...

Sebab itulah kak long sangat mengesyorkan kalian mengambil Shaklee, kerana ia meningkatkan taraf kesihatan anda di masa hadapan..

Ada lagi seorang teman yang turut mengamalkan DIET ATKINS bersama-sama SHAKLEE... nantikan testimoni beliau ye...

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , , , ,

Cerita kak long dan DIET

Sebelum ni kak long pernah share dengan korang kan macamana pembakaran lemak dengan OMEGA oleh salah seorang pelanggan kak N...

Jadi kali ni kak long nak share pula cerita kak long berdiet dan bakar lemak dengan OMEGA pulak...kisahnya, kak long ni tak pernah terfikir pun nak berdiet sebab diri terasa badan ni ok dan bila timbang berat, takde la jauh sangat naiknya...tapi satu hari ni, mak kak long datang la melawat kak long kat perak ni...perkara pertama yang dia tanya...KENAPA kak long MAKIN BESAR?? Pergh..bila mak sendiri dah sound kan...

Then kak long try la beberapa seluar yg memang kak long jarang pakai...hua..rasa nak menitik air mata..tak muat dah..rasa-rasanya beberapa bulan lepas, seluar-seluar ni masih boleh dipakai dengan selesa...

Maka...bermulalah pencarian kak long berkaitan diet...1st sekali kak long try diet atkins..

Diet atkins ni...diet karbohidrat, kak long dah lama tau pasal diet ni...diet atkins ni tidak membenarkan pengamalnya mengambil karbohidrat lebih dari 20gram. Makanan yang boleh diambil adalah protein dan sayur-sayuran berdaun hijau. Buah-buahan tidak digalakkan kerana buah mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi...

kak long try diet ni 3 hari tetapi pada hari ketiga kak long diserang gastrik dan doktor menasihatkan agar kak long stop segala diet...tapi kak long ni degil..instead of terus stop diet, kak long masih berdiet tetapi mengurangkan pengambilan nasi. Kalau sebelum ni, kak long ambil nasi sebagai sarapan, makan tengahari dan makan malam...maka kali ni, kak long ambil nasi 1 hari sahaja sama ada pagi atau tengah hari...Malam kak long sekadar ambil roti bersama lauk dan sayur. Selain tu, kak long turut mengamalkan suplemen SHAKLEE tentunya...OMEGA dan ALFALFA...

Omega kak long ambil 3 biji selepas lunch dan alfalfa 2 biji. Untuk minum petang, kak long ambil beberapa potong buah-buahan. Sebelum tu, kak long tak makan buah, tapi bila tak makan buah, kak long rasa selera makan meningkat....jadi kak long adakan tea break dgn mengambil buah-buahan. Alhamdulillah, selera makan berkurang dan memang rasa haus sahaja sepanjang hari. Kak long tetap mengambil dinner tetapi dengan portion yang lebih kecil...Lupa pula, setiap hujung minggu, kak long pastikan kak long ambil herblax untuk proses detox sistem pencernaan..

Mesti korang tertanya-tanya..HASILNYA??? Hasil yang sangat best dan kak long pasti kalau kak long berterusan mengambilnya, kak long boleh dapat semula berat masa anak dara dan yang paling penting, ukuran pinggang kak long berkurang 3 inci selepas 2 minggu...

Sekarang ni dah masuk bulan Rejab, jadi kak long tak berdiet tetapi kak long menggantikannya dengan berpuasa sunat...InsyaAllah, selain dari nak mendapat berat dan ukuran badan yang diidamkan, sistem pencernaan kita juga jadi lebih sihat dan bersedia untuk Ramadhan...dan yang paling utama mendapat pahala dan redhaNya...InsyaAllah...

Jadi kalau korang nak cuba basic slimming set ni...boleh hubungi kak long di nombor tertera di bawah..
Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , , ,

Bakar lemak dengan SHAKLEE OMEGAGUARD


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
sumber: Shaklee website


Hari ni kak long nak kongsi pengalaman seorang pelanggan rakan biz kak long merangkap sifu kak long selepas pengambilan OmegaGuard Shaklee


Berat badan turun dengan Shaklee OmegaGuard (Testimoni Pengguna)**

“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.
 

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.
 

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.
 

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.
 

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!
 

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplementsemata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.”  Kredit : AnakkuWiraku


Bakar lemak jahat dengan lemak baik...

Itulah sebenarnya yang berlaku apabila Omega diambil...



Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasukLEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan.Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet. Sumber : Livestrong & Tuty


Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , ,

SHAPE UP PROGRAMME ~ Set Yang HOT, HOTTER & HOTTEST

Tajuk kat atas tentu membuatkan korang tertanya-tanya kan...Set apa yang HOT, HOTTER & HOTTEST tu ye...

Tak lain tak bukan...SET PENGURANGAN BERAT BADAN alias SLIMMING SET...

Wah..bila menulis mengenai SLIMMING SET ni tentu ramai yang tertanya-tanya..ada ke produk Shaklee yang membantu dalam pengawalan berat badan...Jawapannya..ADA!

Dalam Shaklee..Ia lebih dikenali dengan SHAPE-UP PROGRAMME..

Apa yang terkandung di dalam SHAPE-UP PROGRAMME...

i) Lecithin ~ Bertindak sebagai emulsifier..lemak dalam badan akan dicairkan dan membentuk 'bile' yang memudahkan proses pembuangan dilakukan



ii) Herblax ~ Bertindak sebagai agen detox di bahagian usus...Mengandungi daun senna yang digunakan sejak zaman dahulu sebagai julap semulajadi



iii) Cinch Shake Mix ~ Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. 


iv) Cinch Energy Tea Mix ~ satu campuran teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun). Taurina, kajian secara meluas untuk meningkatkan ketahanan badan dan tenaga. Pilihan yang terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh.


Pengambilan yang konsisten dan mengikut jadual yang betul akan membantu anda mendapatkan kembali berat badan dengan BMI yang lebih sihat.

Semua testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
,

Seronok Bila dah KURUS...dari 34 ke 29!!!

Wah..baca tajuk macam tak ingat je ye...bukan apa...kak long sangat teruja dengan satu testimoni dari seorang teman....sebelum kita membaca lebih lanjut..jom kita tengok gambar di bawah ye...


Mesti ada yang teruja kan..kalau kalian teruja..kak long apatah lagi...

Menurut Pn Hasmah..si empunya badan, berat beliau mula naik sejak beliau melahirkan anak kedua...memandangkan beliau menyusukan bayi sepenuhnya, maka beliau tidak mengamalkan apa-apa diet...selera beliau bertambah-tambah dan tanpa disedari, berat beliau turut naik berkali ganda...Yang paling menyedihkan beliau adalah...seluar jeans beliau yang bersaiz 34 inci tidak boleh lagi dipakai....

Dengan berbekalkan nekad dan azam, beliau mula merangka langkah-langkah untuk beliau kembali kurus...jadi korang nak tau tak apa yang Pn Hasmah ni amalkan sehingga berat beliau boleh turun....jom teruskan baca...

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood(No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skippingdan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;

Kak long percaya ramai yang berkobar-kobar nak menjadi seperti teman kak long, Pn Hasmah ni ye...antara pesanan beliau pada sesiapa yang menguruskan badan yelah...

Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je.

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat.

Anda inginkan bantuan suplement Shaklee dalam program diet anda, boleh teruskan Pembacaan anda ke

Ingin harga yang istimewa, boleh hubungi kak long ye...



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More

Set Slimming

Set slimming di bawah bukan untuk ibu yang menyusu....

Pakej ini terdiri daripada:
Lecithin
Ostematrix
Fiber
Performance Drink

Sila hubungi saya secara personal di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019 798 7970 atau PM di Facebook untuk mendapatkan panduan pemakanan apabila anda membuat belian set ini daripada saya.





Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More
, , , ,

3 set asas pengurusan berat badan

credit


Lately, selain daripada set penyusuan, ramai juga yang bertanyakan saya set untuk kuruskan badan. So, entry kali ni saya share secara ringkas apa suplemen2 yang tubuh kita perlukan dan cadangan suplemen Shaklee.

Pertama : Detox

Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Utk detox ni, korang boleh mulakan dengan Herb Lax, sejenis mild laxatif daripada Shaklee. Utk ibu2 yang menyusukan anak, tak berapa recommend sangat la sebenarnya sebab risau efek kat baby (sesetengahnya). Jika anda gusar, tak perlu ambil Herb Lax pun takpe tapi pastikan anda konsisten dengan alfalfa/fiber k? Bagi yang lain, sangat recommended.

Kedua : Protein

Tahukah anda bahawa utk mengawal berat badan, pengambilan protein sebenarnya sangat penting? Protein bukan aje utk bina badan, bina muscle tau .. tetapi protein ni sebenarnyalah antara zat yang membantu up kan metabolisme tubuh anda, untuk perkembangan otot (yes of course), dan membantu kita rasa kenyang lebih lama. Lebih best lagi, protein juga mampu membakar kalori sehingga 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan bayi, jangan ambilk Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (extra tau sebab ESP ni membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Ketiga : Lecithin
Lecithin ni memang asasnya adalah 'fat emulsifier' atau bahasa mudahnya 'pancair lemak'. Lecithin ni apabila bergabung/bertemu dengan lemak akan membuat lemak2 tu 'pecah' dan dia akan 'melekat' pada lemak2 tu dan membawa lemak2 tu keluar dari badan dengan bantuan fiber.

So, itulah dia tiga suplemen asas yang tubuh kita perlukan dalam proses mengawal berat badan. Selain tu, senaman, amalan pemakanan yang betul, senaman yang konsisten juga penting.

Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya k :)




Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.
Share:
Read More
, , , ,

Testimoni ~ Berat turun 20kg dgn alfalfa, lecithin dan herb-lax

let the picture tells the story first.

~* credit to kak arnie


nah! macam mana? teruja tak? suplemen yang diambil oleh pengguna tersebut ialah :-
alfalfa (small 330 tabs) 
lecithin (180 tabs) 
herb lax (120 tabs)

Ingin tahu harga dan dapat tawaran istimewa dari kak long....boleh sms ke 0197987970 atau email ke nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More
,

Nak Kurus...Camne Tu?


Ramai kawan-kawan yang bertanya pada saya, SHAKLEE ada produk nak kuruskan badan tak?

oh! tentulah ada! tapi, sebelum bercerita pasal program kuruskan badan bersama SHAKLEE ni, jom kita semak tips ringkas nak kuruskan badan ni ok?

1. tetapkan matlamat kawan-kawan untuk kurangkan berat badan secara perlahan-lahan. dicadangkan penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg seminggu.

2. elakkan penggunaan ubat-ubatan yang kononnya boleh menguruskan badan. tetapi, untuk tujuan menjaga otot, kawan-kawan boleh mengambil makanan tambahan seperti Cinch Shake SHAKLEE yang berfungsi untuk mengawal rasa lapar di samping membakar kalori, tanpa membuatkan otot tubuh menjadi lembik!



3. amalkan pemakanan rendah kalori namun tinggi nutrien untuk mendapatkan zat yang cukup untuk tubuh kawan-kawan. juga, please kurangkan mengambil makanan dan minuman yang manis-manis (yang banyak gula)




4. banyakkan makan buah-buahan dan meratah sayur-sayuran ok. buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin kepada tubuh, di samping tu melancarkan sistem penghadaman juga kerana mengandungi fiber (serat).

5. banyakkan minum air kosong untuk membuang toksin dalam tubuh, melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kita dari nak makan benda bukan-bukan yang menyumbang kepada kegagalan program menguruskan badan ye.



6. bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali. paling malas, rajin-rajin turun naik tangga masa kat ofis. atau kalau ofis tinggi sangat, park kereta jauh-jauh dari ofis. jangan malas bergerak!



7. elakkan mengambil kudapan di antara waktu makan lagi-lagi yang manis-manis tu, macam kek, coklat, aiskrim. kalau lapar, gantikan dengan biskut cracker Jacobs tu ke (sedap pun!) dengan low fat milk, atau ratah buah @ sayur

8. seboleh-bolehnya ada jadual makan yang tetap. breakfast jangan skip - PENTING!

9. jangan makan di depan tv sebab kawan-kawan akan tend to eat more (tak perasan!)



10. makan dalam pinggan yang kecil. so kalau penuh pun, portion makanan tu masih dalam kuantiti yang kecil ;-)




11. sibukkan diri so takdelah otak tu dok fikir makan.

12. dapatkan rehat yang cukup, tidur yang berkualiti.


next! - Weight Management Program Bersama SHAKLEE (^_^)


Share:
Read More
,

Kurus...Tapi Silap Langkah?


Anda sedang dalam program MENGURUSKAN BADAN? Jika YA, saya WAJIBKAN anda membuat checklist di bawah ini. Pastikan anda TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA di bawah ini sekiranya anda mahu program anda berjaya.
  1. Terlampau ghairah mengira kalori.
  2. Tidak minum air yang mencukupi.
  3. Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.
  4. Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
  5. Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.
  6. Tidak merancang dengan betul program diet.
  7. Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.
  8. Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
  9. Mengabaikan sarapan pagi.
  10. Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet.

Kepada anda yang berminat mahu kurus bersama SHAKLEE, antara cadangan suplemen ialah:
A. Sedang menyusukan anak
  1. SET B (Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa)
  2. Lecithin
  3. Energizing Soy Protein (ESP)
B. Tidak menyusukan anak
  1. Cinch Shake ( ada tiga flavour iaitu Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte)
  2. Lecithin
** Ini adalah asas, anda boleh menambah (mengikut keperluan):
  • Herb Lax
  • Fiber Plan Unflavored (dalam bentuk serbuk)
Walaubagaimanapun, anda perlu mendapatkan panduan/ jadual pemakanan yang betul dan tepat untuk cadangan suplemen di atas. Sebagaimana ibu-ibu yang menyusu telah mendapat hasil optimum dengan TIPS EKSLUSIF GBS, begitulah juga dengan program diet bersama SHAKLEE. Konsepnya ialah anda perlu mendapatkan cara makan yang betul dan tepat, serta mematuhi prinsip-prinsip asas yang diberikan. InsyaALLAH.

Boleh hubungi saya untuk info lanjut.




Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.
Share:
Read More
, , , , , , , , ,

SHAKLEE & SLIMMING SET



Sejak balik dari mengikut suami outstation, saya dapat merasakan badan saya tambah berisi. Walaupun bila ditimbang naik +- 1kg tp bila tengok cermin nampak muka tembam ja. Perut pun ke depan lebey, cam pregnant berapa bulan tah. Oh tidak, sudahlah weekend ni ada award night untuk pencapaian dalam Shaklee. Jadi, kalau sebelum ni saya hanya mengambil vitalea, lecithin dan alfalfa untuk tujuan menjaga berat badan, kini saya up lagi.

Dalam program slimming/detox set terdiri dari herb lax, lecithin dan alfalfa. Ketiga-tiga ini membantu dalam proses percernaan dan detox. Jadi saya pun tambah herb lax dalam senarai supplement saya. 

Untuk membantu diet saya juga, saya akan displinkan diri mengambil cinch shake mix dan energizing soy protein. Sebenarnya cinch shake mix dan herb lax tak disarankan untuk ibu menyusu anak kerana khuatir anak akan cirit birit. Namun, dari pemerhatian saya, anak saya yang berusia 15 bulan tu, tak ada mendapat kesan-kesan sampingan dari slimming series yang saya baru mulakan ini.

Fungsi Cinch Shake Mix bukan sekadar memberi rasa kenyang. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi leusina ini akan membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Ini bermakna, hasilnya nanti badan akan berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Namun, untuk ibu menyusu di luar sana, jika ada kekhuatiran boleh ambil energizing soy protein untuk menggantikan cinch shake mix. Saya sendiri telah mengalami kesan positif dengan pengambilan ESP secara teratur semasa Ramadhan tahun lepas. Memang time raya tu, rasa best dan orang perasan perubahan diri yang kembali maintain selepas melahirkan anak kedua.

Ramai yang bertanya tentang Shaklee slimming series. Sebernanya Shaklee weight management mengajurkan Cinch sebagai solution. Namun, kami memberikan pilihan yang lain bergantung kepada budget dan situasi anda.

Antara produk yang membantu dalam program diet adalah seperti
-Cinch Shaklee Mix
-Cinch Energy Tea Mix
-Energizing Soy Protein
-Lecithin
-Alfalfa
-Herb Lax
-Fiber
-Vitalea


Banyakkan? Bukan semua anda perlu ambil. Ia bergantung kepada keadaan kesihatan dan berat anda juga. Antara senario dan cadangan supplement seperti:

Jika anda tidak gemuk, cuma sekadar nak maintain berat badan ideal, saya mengesyorkan

  • Alfalfa, Vitalea dan Lecithin.
Jika anda sudah agak berusia, mengalami pertambahan berat badan yang serius, berisiko untuk diabetis dan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, cadangan saya

  • Alfalfa, Fiber dan Herb Lax
  • Tambahan Vitalea dan Lecitin jika berkemampuan
Jika anda nak kurangkan berat badan tapi sukar mengawal nafsu

  • Lecithin dan Cinch Shake Mix
Jika anda ibu menyusu dan hendak kurangkan berat badan, pilihan yang ada mengikut budget

  • Set B
  • Set B + ESP
  • Set B + ESP + Lecithin
Kalau anda tak ada masalah budget, silalah beli semua senarai di atas. :D. 

kredit to ida

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Sila email di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970.
Share:
Read More