Posts

Showing posts with the label susu ibu

Bakar Kalori ketika Menyusu

Image
Syukur Alhamdulillah, untuk bayi ketiga ni pun, kak long diberi kekuatan dan keazaman untuk terus menyusukan sehingga 2 tahun hendaknya.

Mujur ketika hamil, berat kak long tidak naik terlalu banyak, maka urusan pengurangan berat badan tidaklah menjadi agenda utama kak long.. Apa yang penting dan lebih utama, misi penyusuan susu ibu adalah untuk mek Hanis Raudhah...

Namun, kak long tak nafikan ramai ibu yg mengandung mengidamkan untuk mendapat semua berat sebelum hamil sebaik sahaja mereka melalui tempoh berpantang.

Senang sahaja jika anda tahu caranya... Dan yang lebih mudah adalah dengan PENYUSUAN SUSU IBU secara eksklusif untuk 6 bulan pertama. Kenapa kak long kata ia mudah dengan penyusuan susu ibu?
Sebab... Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!

Teruja tak??? Wah, kak long sendiri teruja bila membaca mengenai fakta ini. Senang je kan, cuma susukan bayi atau lakukan pengepaman secara berjadual, maka kalori ibu ni akan terbakar dan mudahlah untuk kita kembali ke be…

UNIKNYA PENYUSUAN SUSU IBU

Image
Salam sayang

Setiap bayi mempunyai keunikan mereka tersendiri

Begitu juga dengan penyusuan mereka. Ada yang suka menyusu sekaligus dan terus tidur sehingga 2-3 jam sebelum ke sesi kedua (yang ni stail minum Abang Muaz). Ada pula yang minum runcit-runcit (ibarat kata ibu kak long)..stail yang minum runcit-runcit ni macam baby Hanis.

Apakah stail yang terbaik untuk bayi anda.. Pada kak long, selagi kak long terdaya, kak long hanya menurut "cue" dari baby tu sendiri. Namun tiada masalah jika kita nak menetapkan masa sebab baby sangat mudah dibentuk.

Selain dari itu, kuantiti penyusuan juga berbeza bagi setiap bayi. Contohnya, bayi A mungkin hanya minum 3oz untuk satu sesi tetapi memerlukan 24 oz sehari ) iaitu 8 sesi penyusuan. Manakala bayi B mungkin minum sehingga 5 oz tetapi memadai 15 oz sehari. Jadi sebagai ibu, kita perlu tahu berapa kadar yang sesuai buat bayi kita.

Ada kalanya ibu-ibu yang menyusukan bayi ni agak mudah risau terutamanya jika stok susu mereka mula berkur…

Terpaksa Mencari Deep Freezer

Image
Membaca satu testimoni dari seorang rakan yang mencuba produk Shaklee membuatkan saya terharu...

Beliau tak mengambil set yang kami sediakan..namun beliau mengambil vitamin mengikut apa yang beliau perlukan iaitu kalsium atau di Shaklee ia dikenali sebagai OSTEMATRIX dan juga soy protein..Energizing Soy Protein Shaklee...

12keISTIMEWAan SUSU IBU

Image
12 sebab kenapa anda harus berikan anak anda susu ibu Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadiSusu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kumanKandungan nutrien yang seimbangSusu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-biritnajis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem ususSusu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan…

Info Tambahan Berkaitan Pembuangan Najis Bayi

Image
Seperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini  what goes is must come out. Secara asasnya semua orang perlu berak. Walau pun topik berak ni sedikit menjijikkan sampai ada orang yang tak sanggup tengok najis sendiri atau tak sanggup nak cuci punggung anak sendiri sebab geli. Perkara seperti kekerapan normal, warna najis dan tahap kesihatan bayi adalah antara perkara penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa.



Peringkat awal kelahiran - Enam bulan pertama

Pada minggu pertama kelahiran, bayi akan mengeluarkan najis melekit berwarna hijau gelap sebanyak 4 hingga 5 kali. Ia adalah merupakan najis yang terkumpul sepanjang sembilan bulan bayi berada dalam kandungan ibunya. Ia mengandungi sejenis bahan yang dipanggil mecomium. Kolustrum dalam susu ibu membantu menolak mecomium keluar dari usus bayi. Lebih cepat dan kerap bayi disusukan, lebih cepat mecomium keluar melalui najis bayi tersebut. Mecomium yang terkumpul dan lambat dikeluarkan boleh menyebabkan jaundis. Oleh itu, …

Hasil Setelah Berusaha - Bukan Vitamin Sahaja Untuk Membanyakkan Susu

Image
Bila lihat gambar ini, pasti ramai ibu2 diluar sana yang teruja. Ini ialah hasil perahan susu ibu kepada Aiman dan Thoriq....Puan Hanisah Salleh.

Bila melihat hasilnya soalan yang lazimnya orang tanya....

" Wah banyaknya. Makan apa boleh dapat banyak ni?"

Pada sesetengah  ibu baru yang belum faham konsep penyusuan, mereka mengandaikan susuibu itu banyak seperti air paip ...terus mencurah-curah begitu sahaja dengan melalui pemakanan.

Si ibu yang makan seperti orang lain juga akan menjawab..."saya makan macam biasa sama macam kalian juga cuma saya amalkan makan vitamin."

Maka si ibu baru tadi pun terus membeli apa jua jenis vitamin si ibu ini makan tanpa banyak tanya. Tapi selepas 4 minggu makan, hasil susunya masih sama. Maka si ibu baru ini terus menyalahkan produk vitamin tersebut dengan mengatakan produk ini tidak bagus dan tidak berkesan. Walhal puncanya adalah si ibu baru ini tidak bertanya dengan selanjutnya.............


Sepatutnya soalan yang seharusnya…

Tips Penyusuan Ketika Berpuasa

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.
Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 
Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.
(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari. (2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran (3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder (4) Minum air secukupnya (5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng. (6) Minum shake kurma yan…

Bila Bayi Tidak Membuang Seperti Biasa

Image
Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi percuma.


Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi sa…

Gerak Gempur Ramadhan!!!

Image
sumber: MommaMia
Gerak Gempur EBM Ramadhan... InsyaAllah sesama kita berusaha... sesiapa yang berminat ayuh sesama kita bergempur!!!

Dalam usaha menyusukan bayi tidah semudah abc, 123... yer. Anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun, InsyaAllah.
Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan... Seterusnya bergantung kepada USAHA + MINDSET + DOA. Selamat mencuba!!

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi…

Kenapa Susu Saya Kurang?

Image
kredit


PUNCA :

Kurang meyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran. Seperti yang kita tahu, setelah baby dilahirkan kita kena menyusukan dia selepas 1jam. Ini bertujuan untuk meransang penghasilan susu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu. Purata kekerapan baby yang baru lahir menyusu ialah 8 – 12 kali sehari. Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1jam 30 minit hingga 2jam sekali baby nak susu. Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu.Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil!
·Kekeliruan puting dan Hisapan tidak betul Masalah kekeliruan putting juga menjadi punca kenapa susu kita kurang. Bila baby dah di biasakan dengan puting botol susu, maka baby akan mengalami masalah kekeliruan. Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana baby tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu tu dengan sendirinya akan keluar. Hisapan tidak bet…

Teknik memerah susu

Image
Credit cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/ dan AnakkuWiraku.Com

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu.Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan seles…