Posts

Showing posts with the label tasneem manjung

SEMBELIT - MASALAH KEBANYAKAN ORANG TERMASUK BAYI

Image
Dalam seminggu berapa kerap agaknya kalian membuang air besar? Setiap hari? Jika jawapannya setiap hari maka kalian boleh dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai usus yang sihat.



Setiap hari kita pasti akan makan sekurangnya 3 kali sehari dan minum air sekurangnya 2 liter. Makanan dan minuman ini akan diproses dan dicernakan di dalam usus kecil kita. Fungsi usus besar pula ialah menyerap semua bahan yang ada di dalam usus terutama air. Dalam sehari, usus besar menyerap kira-kira sembilan hingga 10 liter air bersama makanan pepejal dan sebagainya yang sudah dicernakan.

Daripada jumlah keseluruhan makanan dan minuman yang diambil, 90 hingga 95 peratus air diserap oleh usus besar dan yang tinggal akan keluar sebagai najis iaitu kira-kira 100 hingga 200 gram setiap hari. Najis biasanya terdiri dari serat atau fiber yang tidak boleh diproses serta bahan-bahan asing lain yang tidak dapat diserap oleh badan.


Menurut Pakar Runding Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan…

BALM SLEEPTIME - UNTUK ANAK SUSAH TIDUR DAN TAK LENA

Image
Bayi memerlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk sentiasa berasa sihat dan gembira. Anak-anak yang tidak cukup tidur akan sentiasa meragam dan serba tidak kena. Ibu-ibu juga akan keletihan demi melayan kerenah anak.
Sleep time membantu masalah anak-anak yang ada masalah tidur sekejap-kejap, tidur mudah terjaga. Bantu anak tidur lebih lena dan bangun dengan mood ceria.
Di Tasneem Naturel kami hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan balm. Dengan ini, ia selamat digunakan untuk bayi dan juga seisi keluarga.
Bagaimana Sleeptime Balm membantu anak tidur lena? Setiap unit sleep time balm mempunyai pati minyak


Cedarwood
Minyak pati Cedarwood adalah antara bahan yang terkandung di dalam Balm SleepTime dari Tasneem Naturel.

Apa fungsinya? Ia membantu merangsang dan seterusnya meningkatkan hormon tidur yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Hormon tersebut dipanggil ‘melatonin’. Apabila tingkat hormon melatonin ini semakin banyak, ia menyebabkan rasa mengantuk da…

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

Image
Biasakan dengan "ANAK NAKAL".

Pada kak long, kanak-kanak yang nakal adalah mereka yang kreatif dan bijak. Tapi adakala kenakalan mereka menyebabkan ibu atau ayah mula "naik angin". Jadi Kak long nak kongsikan beberapa tips untuk menangani anak-anak yang nakal ni




Tips 1 ~ Pergi ke arah mereka Biasanya kita cenderung untuk menjerit jika kita ternampak mereka melakukan perkara yang salah. Apa kata kita ubah dengan bergerak ke arah mereka, bercakap-cakap dengan lembut dan memberitahu perkara yang mereka lakukan adalah satu kesalaha

Tips 2 ~ Selalu mengulang nasihat Lazimnya kita beri nasihat jika dah buat salah... Bila jadi macam ni, ia disalah anggap sebagai membebel. Jadi selepas ini, sentiasa menasihati mereka walaupun ketika mereka sedang bergembira. Malah ia lebih baik kerana lebih mudah diterima dan dipatuhi


Tips 3 ~ Bercerita Selalu bercerita dengan anak-anak, terutamanya kisah-kisah teladan mampu membuat mereka berfikir dan mengurangkan darjah kenakalan mereka

IKHTIAR SELAIN UBAT UNTUK ANAK YANG SAKIT

Image
Salam sayang 



Pagi Jumaat lepas, masa kak long bawa si kecil Hana ke klinik ( demam selsema) ramai sungguh ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Dari sekecil bayi hinggalah yang berusia 12 tahun. Kebanyakan daripada mereka menghidapi demam, batuk dan selesema.

Kak long suka nak kongsikan apa yang boleh kita ibu bapa lakukan ketika anak-anak kita sakitselain dari berjumpa doktor.



i) Antara petua atau pesanan yang pernah guru kak long berikan adalah dengan bersedekah atas nama si anak yang sakit itu. Hikmah bersedekah ni kan salah satunya adalah membentengkan diri dari segala macam kecelakaan, jadi semoga dengan niat sedekah itu, kesihatan anak kita bertambah baik



ii) Membaca dan mensedekahkan Surah Yaasiin serta Al-Waqiah buat mereka. Dengan bacaan surah-surah ini, ia membantu meniupkan semangat yang positif kepada roh kita sekaligus ia membantu dalam menentang/ melawan sakit yang mereka hadapi



iii) Membuat solat hajat untuk mereka. Doa ibu dan ayah terutamanya ibu adalah doa yang …

KEPERLUAN TIDUR ANAK

Image
Kita selalu risaukan anak-anak kecil yang 5 tahun ke bawah tak nak tidur siang kan. Tapi betul ke memang ada keperluan untuk mereka tidur siang. Jemput baca artikel yang kaklong dah terjemahkan ye.



Berapa lamakah tidur diperlukan?

Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam

Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.

1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.

4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 ja…

RAWATAN BATUK SEMULAJADI DENGAN BUAH NANAS

Image
Batuk antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan lama, pesakit akan rasa kurang selesa dan persekitaran turut akan terganggu. 
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca batuk Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenzaJangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)AlahanAsmaMerokokPenyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerjaAsid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipangg…

SEJARAH BALM TASNEEM NATUREL

Image
Hai semua


Buat pembaca baru, kak long ucapkan selamat datang ke blog kak long yang berkisar mengenai kesihatan anak-anak serta serba sedikit ilmu parenting. Dan yang paling utama tentulah kisah BALM TASNEEM NATUREL ni kan.

Okay hari ni kaklong nak cerita sikit sejarah BALM TASNEEM NATUREL.



Balm Tasneem Naturel baru mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi 2019 adalah tahun ketiga Tasneem Naturel beroperasi dengan sistem yang bagus dan lebih sistematik. Jualan setakat ini sudah mencecah melebihi 200k unit balm. Alhamdulillah. 

Maksudnya apa? Maksudnya WUJUD PERMINTAAN YANG TINGGI.
Ikut sejarah, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder TASNEEM NATUREL (TN) dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih TERJAMIN DARI SUDUT KEBERSIHAN. 
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masa…

IBU HAMIL - PERUBAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA

Image
Dapat tahu je hamil, perasaan teruja sebagai seorang bakal ibu tu pasti ada kan. Biasanya di awal kehamilan iaitu di trimester pertama (1-3 bulan) tak banyak perubahan fizikal yang nampak. Tapi kan, sebenarnya sistem tubuh kita bekerja dengan sangat aktif. Ini untuk memastikan yang tubuh badan kita bersedia secara fizikal dan emosional sepanjang tempoh kehamilan ini.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :
SERING BUANG AIR KECIL Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini keraan pertumbuhan rahim yang menekan pundi kencing anda. Ia juga berlaku kerana perubahan hormon. Pastikan ibu hamil minum secukupnya. Dan pastikan juga kebersihan kawasan peribadi anda.

KONSTIPASI/ SEMBELIT  Trimester pertama mungkin ada sedikit masalah sembelit pada ibu yang hamil. Peningkatan hormon progesterone menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Selain itu, kadangkala suplemen …