Posts

Showing posts with the label tazkirah

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

Image
Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.

1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3…

5 PESANAN IMAM SYAFIE

Image
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

Pencuri Masa

Image
Pencuri hati oppps pencuri masa Seperti selalu, setiap pagi, kitorang dalam grup besar SHC akan terima amanat dari Master. Tajuk ni tajuk pagi tadi. Pencuri Masa.

Selalu tak kita beralasan yang kita TAK CUKUP MASA? Rasanya korang tau tak siapa yang CURI MASA korang tu? Orang yang bisnes online ni, pencuri dia bukan orang lain tapi diri dia sendiri. Eh eh eh senangnya cakap.
Okay,meh kaklong sebutkan 3 perkara yang memang korang biasa je buat setiap hari. Tak sedar yang sebenarnya ia dah pun mengganggu produktiviti korang.

Tazkirah Jumaat

Salam sayang

9 Rahsia Rezeki Mencurah-Curah Yang Ramai Orang Tak Buat.
.
Tolong paksakan diri untuk buat 9 perkara di bawah ini setiap hari, InshaaALLAH anda akan mendapat hasil yang sangat dahsyat!

1. 1000x istighfar dengan penuh kusyuk terutama ketika di waktu pagi atau sedang memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes.
.
2. 1000x selawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk. Ambil hati kekasih ALLAH dan berdoa.
.
3. 5000x zikir kepada ALLAH SWT, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya ALLAH”.
.
4. Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7x doa dhuha dengan penuh keyakinan kepada ALLAH SWT. Hayati doa ini.
.
5. Bacakan 3 Al-Fatihah untuk diri sendiri, mak ayah dan khusus untuk orang khas yang anda nak bacakan (contoh mentor atau guru anda)
.
6. 3x baca surah Al-Ikhlas umpama khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dahsyat anda telah bina 1 istana di syurga! SubhanaALLAH.
.
7. Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang anda tak kenal. Tengah makan di kedai d…

Redha Allah dalam Sedekah - Pengedar Shaklee Manjung

Image
Salam sayang



Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

Allah SWT, *"Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda."* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dg…

Kaitan Surah Al Kahfi dan Dajjal

Salam sayang

*SURAH AL KAHFI*

Dari Perspektif, Pencerapan dan Pencerahan secara santai...

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca / mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebutkan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-Kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah / iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!

Untuk Renungan

Salam sayang

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang …

TIPS menawan 7 GUNUNG

Salam sayang 

MasyaAllah betapa kerdil diri ini dalam mengejar harta dunia dan akhirat. Walauoun bagaimanapun, kita doa semoga setiap amalan kita mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya..insyaallah.

*Sekadar peringat buat diri sendiri*

Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Diterima Allah – Imam Ghazali

Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat

Dosa kepada Allah:

-meninggalkan yang wajib
-mengerjakan yang haram

Dosa pada makhluk

-menganiaya diri mereka
-menganiaya harta meeka
-menganiaya ahli keluarga mereka
-menganiaya agama mereka

2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul

Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta

Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati

3) Gunung Penghalang Ibadah

Dunia – hendaklah zuhud

Manusia – hendaklah diasingkan

Syaitan – hendaklah diperangi

Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah

4) Gun…

ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI

Alhamdulillah diberi keizinan dariNya untuk meneruskan hidup dan terus berjuang dalam mencari keredhaanNya...

Kak long satu artikel dari blog ini dan kak long sangat suka dengan apa yang disampaikan sebab apa yang kita perolehi dalam hidup ini hakikatnya bukan milik kita sendiri sahaja... Jadi HIDUP DENGAN LUAR BIASA!! Bagaimana? HIDUP DENGAN MEMBERI...IA LEBIH BERMAKNA...

Di bawah ini diberikan beberapa contoh:

KEDEKUT ILMU

Tidak kira samada kita bekerja makan gaji , peniaga atau pelajar, apabila diminta share tentang ilmu yang diperolehi , dua situasi ini selalunya akan timbul :

1) Jika mengajar , jangan di ajar 100% dari apa yang kita tahu. Simpan sedikit utk diri sendiri. Rationalnya , bimbang jika orang yang diajar itu akan lebih mahir dari kita, akan lebih cekap dari kita dan lebih maju dari kita. Bukankah hidup ini mesti berlumba, siapa yang pandai dan cekap dia akan lebih maju! Jika yang diajar lebih maju dari kita maka kita akan tertinggal di belakang sebab dia dah ambil ilmu kit…

KELEBIHAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Syukur sebab bulan Zulhijjah kali ni jatuh pada bulan Oktober...kenapa? Sebab kak long dilahirkan pada 11 Zulhijjah bersamaan dengan 20 Oktober...jadi tahun
ni dapat meraikan ulang tahun kelahiran hampir serentak..

Tapi bukan itu yang kak long nak kongsikan... Kita umunya tau yang Bulan Zulhijjah adalah antara bulan haji dan pada bulan Zulhijjah inilah kita akan merayakan EidulAdha..

Sepertimana Syawal yang mempunyai Eidul Fitri dan kelebihan 10 hari terakhir Ramadhan...begitu juga dengan Zulhijjah yang mempunyai 10 hari awalnya...

Ada apa dgn 10 awal Zulhijjah ???

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

Imam al Bukhari…

Kelebihan BERTAHAJJUD...

Image
Antara hobi kak long adalah melayari laman web...suka berkunjung ke laman web yang memberi pelbagai ilmu dan motivasi yang secara tak langsung memberi kak long cas-cas positif...

Dan pagi ni, dalam melayari internet..kak long bertemu dengan satu artikel berkaitan TAHAJJUD... Artikel ni dipetik dari keratan akhbar Harian Metro... Jadi kak long nak berkongsi artikel ini dengan u olls kat luar sana...

credit to Harian Metro & Teratak Indah


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Susunan Oleh : Hashim Ahmad
Harian Metro : 10 Oktiber 2008

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. 

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bu…

Jenis-jenis Cinta...

Image
Di pagi yang hening ni kak long nak berkongsi satu artikel berkaitan cinta...

Sedekah dan jadi kaya...

Salam Khamis buat semua...maaf ye agak lambat mengupdate blog hari ni...

Hari ni kak long rasa sangat ceria...dah mind set sebelum tidur malam pagi dan bila bangun Alhamdulillah rasa bersemangat dan nak senyum je memanjang...Itulah rahsia minda jika kita explore akan bertemu dengan pelbagai keajaiban...

Kak long nak berbicara bab sedekah..pagi tadi dengar di IKIm FM bab sedekah...then tadi ber blogwalking ada juga baca bab sedekah dan kaya ni...heheheh apa pendapat korang ye....

Pada kak long secara peribadi ...kak long memang nak jadi jutawan...Idola kak long sekarang ni adalah Syed Mukhtar Bukhary....antara langkah yang beliau ambil semasa mula bekerja ialah dengan memastikan sebahagian duit gaji beliau disedekahkan ke mereka yang memerlukan....dan hasilnya yang kita boleh lihat sekarang...beliau antara Jutawan Melayu di Malaysia....jadi jom mulakan dari sekarang....tak perlu banyak...tapi yang penting berterusan...

kak long suka dengan apa yang adik Aqif ni buat....beliau simpan RM…

Wanita...Jangan Gantikan Nikmat Kepada Kekufuran

Kak long menerima satu emel dari sahabat berkaitan WANITA...betapa berharganya WANITA di sisi ISLAM...



Wanita : Jangan Gantikan Nikmat Allah Dengan Kekufuran  Wanita menurut pelbagai agama dan bangsa: 1. YUNANI Kedudukan wanita pada masa ini hanyalah sebagai budak suruhan dan pelayan. Wanita bebas dalam arus syahwat dan nafsu hewani dengan menjadi pelacur. Akhirnya mereka mendapat tempat yang tinggi dan mulia di mana dibuat dongeng menjadi 'Dewa Cinta.' Mereka memandang rendah pada hubungan suami isteri hingga mereka bebas memilih lelaki yang ingin digaulinya secara terang-terangan tanpa perkahwinan. 2. ROMAWI Lelaki mempunyai hak sepenuhnya terhadap isterinya hingga tahap berhak membunuh isterinya sendiri. Akhirnya para wanita pada zaman ini berani menyeret lelaki ke dalam arus perbuatan keji dan dosa. Mereka memandang baik tentang novel-novel porno. Urusan cerai menjadi sesuatu yang mudah hingga wanita zaman ini pernah menikah dengan lelaki sebanyak bilangan umurnya tanpa rasa be…