Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
, , ,

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF



Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.


1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3.Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.



4.Sediakan satu kotak didalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan RM 1 sekurang-kurangkan. Apabila akhir bulan, ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.

5.Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.

6.Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang mengguna Al Quran tersebut.


7.Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

8.Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.

9.Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.


10.Tunjukkan perasaan gembira dan berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa yang tulus untuk mereka.

11.Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita walaupun kesalahannya besar.

Semoga dengan cara yang kreatif ni lebih banyak janaan amal jariah boleh kita bawa buat bekalan ke sana.

Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.

Share:
Read More
,

5 PESANAN IMAM SYAFIE


Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.


Share:
Read More

Pencuri Masa

Pencuri hati oppps pencuri masa
Seperti selalu, setiap pagi, kitorang dalam grup besar SHC akan terima amanat dari Master.
Tajuk ni tajuk pagi tadi. Pencuri Masa.

Image result for pencuri masa

Selalu tak kita beralasan yang kita TAK CUKUP MASA? Rasanya korang tau tak siapa yang CURI MASA korang tu?
Orang yang bisnes online ni, pencuri dia bukan orang lain tapi diri dia sendiri. Eh eh eh senangnya cakap.

Okay,meh kaklong sebutkan 3 perkara yang memang korang biasa je buat setiap hari. Tak sedar yang sebenarnya ia dah pun mengganggu produktiviti korang.

Image result for grup fb
a) Sejenis yang suka lepak kat grup-grup fb. Rasa tak best kalau tak lepak kat grup tu. Grup tu bagus dah. Tapi yang menjadi punca bila kita tak letakkan had masa selama mana nak duduk kat grup tu. Tu yang sedar tak sedar dok balas2 komen kat grup sampai berejam

Image result for berita viral
b) Sejenis yang suka baca berita viral sekali dengan komen. Wei, baca berita tu bagus dah. Tapi bab2 komen tu rasanya boleh je skip baca. Kekadang disebabkan komen2 tu jugalah dalam tak sedar kita terjebak dengan alfitnatun.
Lagi satu, kekadang berita kat medsos ni tajuk je gempak tapi isinya alahai. Lebih baiklah korang baca buku yang lebih membantu tingkatkan tahap pemikiran kita.

Image result for fb

c) Sejenis yang suka skrol fesbuk. Bagus sebab rajin komen dan like. Naikkan engagement katanya. Tapi post sendiri tak buat. Acaner tu. Adalah lebih baik kalau korang buat post korang siap2, pastu tetapkan masa gak berapa lama nak kita skrol.
Lebih banyak masa kita skrol fb tu, banyak la juga masa terbuang kan. Lebih baik korang buat ayat cair meleleh korang untuk pikat hati customer.

Jadi rasanya korang nak buat lagi tak mende ni? Jangan kata kaklong tak habaq naaaa


Kaklong
Cuba jadikan fesbuk tempat menyebarkan yang baik-baik sahaja
Share:
Read More

Tazkirah Jumaat

Salam sayang

9 Rahsia Rezeki Mencurah-Curah Yang Ramai Orang Tak Buat.
.
Tolong paksakan diri untuk buat 9 perkara di bawah ini setiap hari, InshaaALLAH anda akan mendapat hasil yang sangat dahsyat!

1. 1000x istighfar dengan penuh kusyuk terutama ketika di waktu pagi atau sedang memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes.
.
2. 1000x selawat kepada Nabi Muhammad saw dengan penuh kusyuk. Ambil hati kekasih ALLAH dan berdoa.
.
3. 5000x zikir kepada ALLAH SWT, antara amalan terbaik untuk berzikir ialah dengan menyebut nama “Ya ALLAH”.
.
4. Solat Dhuha 4 rakaat dan baca 7x doa dhuha dengan penuh keyakinan kepada ALLAH SWT. Hayati doa ini.
.
5. Bacakan 3 Al-Fatihah untuk diri sendiri, mak ayah dan khusus untuk orang khas yang anda nak bacakan (contoh mentor atau guru anda)
.
6. 3x baca surah Al-Ikhlas umpama khatam 30 juzuk Al-Quran dan paling dahsyat anda telah bina 1 istana di syurga! SubhanaALLAH.
.
7. Bacakan doa atau Al-Fatihah kepada 7 orang yang anda tak kenal. Tengah makan di kedai doakan pada orang yang duduk di meja sebelah.
.
8. Sentiasa buatkan orang terharu dan ucapkan terima kasih. Belanja orang makan, komen facebook orang dan bagi semangat.
.
9. Sucikan diri pagi dan malam dengan sebut 7 kesyukuran yang anda dah dapat atau anda nak dapatkan. Buat dulu ‘syukur in advance’
.
Paling penting, wajib buat setiap hari dan anda lihat sendiri keajaiban yang tak di sangka-sangka ALLAH hadiahkan. Baiknya ALLAH kan. 😊
.
Semoga bermanfaat. Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang. Salam Jumaat.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Redha Allah dalam Sedekah - Pengedar Shaklee Manjung

Salam sayang



Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

Allah SWT, *"Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda."* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.

Kitab *Mukasyafatul Qulub*, karya *Imam Al-Ghazali*.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More

Kaitan Surah Al Kahfi dan Dajjal

Salam sayang

*SURAH AL KAHFI*

Dari Perspektif, Pencerapan dan Pencerahan secara santai...

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca / mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebutkan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-Kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah / iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!

Dah mula nampak perkaitan surah al-Kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah -
Bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat...

Fitnah harta -
Mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati / akhirat...

Fitnah ilmu -
Kena tawadhu' / rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir...

Fitnah kekuasaan -
Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah...

Tapi ada yang lagi mind blowing...

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah *DAKWAH!* 😱

Tak percaya? Hehe.

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini. In Shaa Allah, aamiin

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.
Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pun zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain!

Tak gituuwwww...

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Sumber :
Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

Untuk Renungan

Salam sayang

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut
#copypaste
#Allah sebaik-baik perancang
#Allah sebaik-baik pelindung

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com

Share:
Read More

TIPS menawan 7 GUNUNG

Salam sayang 

MasyaAllah betapa kerdil diri ini dalam mengejar harta dunia dan akhirat. Walauoun bagaimanapun, kita doa semoga setiap amalan kita mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya..insyaallah.

*Sekadar peringat buat diri sendiri*

Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Diterima Allah – Imam Ghazali

Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat

Dosa kepada Allah:

-meninggalkan yang wajib
-mengerjakan yang haram

Dosa pada makhluk

-menganiaya diri mereka
-menganiaya harta meeka
-menganiaya ahli keluarga mereka
-menganiaya agama mereka

2) Gunung Ilmu
Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul

Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta

Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati

3) Gunung Penghalang Ibadah

Dunia – hendaklah zuhud

Manusia – hendaklah diasingkan

Syaitan – hendaklah diperangi

Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah

4) Gunung Perintang Ibadah

Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah

Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah

Qada – hendaklah redha

Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah

Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka

Roja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga

6) Gunung Pencatat Ibadah

Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah

Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya

7) Gunung Syukur

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadam mentaati Allah yang mengkurniakannya.

>> Jika KITA telah melepasi 7 Gunung Ini, kejayaan demi kejayaan akan datang mengejar KITA..insyaallah

Kredit 


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
Share:
Read More

ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI

Alhamdulillah diberi keizinan dariNya untuk meneruskan hidup dan terus berjuang dalam mencari keredhaanNya...

Kak long satu artikel dari blog ini dan kak long sangat suka dengan apa yang disampaikan sebab apa yang kita perolehi dalam hidup ini hakikatnya bukan milik kita sendiri sahaja... Jadi HIDUP DENGAN LUAR BIASA!! Bagaimana? HIDUP DENGAN MEMBERI...IA LEBIH BERMAKNA...

Di bawah ini diberikan beberapa contoh:

KEDEKUT ILMU

Tidak kira samada kita bekerja makan gaji , peniaga atau pelajar, apabila diminta share tentang ilmu yang diperolehi , dua situasi ini selalunya akan timbul :

1) Jika mengajar , jangan di ajar 100% dari apa yang kita tahu. Simpan sedikit utk diri sendiri. Rationalnya , bimbang jika orang yang diajar itu akan lebih mahir dari kita, akan lebih cekap dari kita dan lebih maju dari kita. Bukankah hidup ini mesti berlumba, siapa yang pandai dan cekap dia akan lebih maju! Jika yang diajar lebih maju dari kita maka kita akan tertinggal di belakang sebab dia dah ambil ilmu kita! dan yang lebih dahsyat bila punya perasaan kesumat…”aku bersusah payah belajar, bertahun bersengkang mata siang malam, berabis duit beribu utk dapatkan ilmu ni…ingat senang2 aku nak kongsi dengan engko?

2) Jika mengajar, ajarlah sampai orang tu faham dan pandai.

Kita hidup kat dunia cuma sementara, akhirat adalah matlamat kita !

“Apabila mati seseorang anak Adam itu, putuslah hubungannya dengan dunia kecuali ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak yang solih".

Ikhlaskan hati dan Ajarlah …kerana cuma Allah Maha Mengetahui, dan berdoa mudah2an anak cucu cicit kita juga nanti akan bertemu dengan guru seperti “kita yang mengajar dengan ikhlas”.

Tidak ada ruginya kerana;

Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

JIKA DI AMANAHKAN DENGAN KERJA, BERILAH YANG TERBAIK

Penceramah memberikan contoh cerita, mungkin kita pernah mendengarnya, tapi tak mengapa, sesuatu yg boleh membina jati diri boleh didengar lagi berulang kali !

Seorang tukang rumah yang sudah bekerja 20 tahun, akhirnya berjaya mengumpul pengalaman, rangkaian clients dan wang yang secukupnya utk dia memulakan perniagaan sendiri.

Tukang rumah poi jumpa dengan bos bagi menghantarkan notis utk berhenti kerja.

Bos meminta dia menangguhkan hasrat hati, sehinggalah satu projek menyiapkan sebuah rumah yang telah dirancang sebelum ini dapat disudahkan. Jangkamasa yang ditetapkan bagi menyiapkan rumah itu adalah 3 bulan.

Memandangkan si tukang rumah telah lama bekerja maka, dia tak sampai hati nak menghampakan permintaan bosnya tu….walaupun ini bermakna, hasratnya utk membuka perniagaan sendiri tertangguh kerana terpaksa bekerja lagi utk tempoh masa 3 bulan bagi menyiapkan rumah tersebut!

Si tukang rumah menjalankan kerja yang diamanahkan:
Dia ingin menyudahkan rumah itu dalam masa 1 bulan...supaya dapat memulakan perniagaannya dengan cepat;
Disebabkan kegopohan membuat kerja, si tukang rumah tidak menggunakan segala kepakarannya bagi mencapai “sijil piawaian ISO”sebagaimana yang sepatutnya …yang penting rumah itu dpt disiapkan dengan cepat.

Rumah itu siap dalam jangkamasa 1 bulan dan si tukang rumah memanggil bosnya utk membuat penyerahan kunci.
Bosnya datang dengan membuat sedikit jadual ringan. Bos dengan senang hati mengatakan bahawa rumah itu adalah “surprise gift” yg diberikan oleh syarikat bagi menghargai jasa baik si tukang rumah yang dah berpuluh tahun bekerja di syarikatnya dengan begitu cemerlang!Dan mendoakan si tukang rumah berjaya dalam bisnes yang akan dimulakannya nanti!

Terlopong…si tukang rumah…kalaulah dia tahu dari awal rumah itu akan menjadi miliknya, sudah tentu rumah itu akan dibuat dengan menggunakan segala kepakarannya yang ada…tak delah alakadar dan cacamarba aje!

Semoga bermanfaat !

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

Pengedar Sah Shaklee Anda
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

KELEBIHAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Hari ni merupakan hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Syukur sebab bulan Zulhijjah kali ni jatuh pada bulan Oktober...kenapa? Sebab kak long dilahirkan pada 11 Zulhijjah bersamaan dengan 20 Oktober...jadi tahun
ni dapat meraikan ulang tahun kelahiran hampir serentak..

Tapi bukan itu yang kak long nak kongsikan... Kita umunya tau yang Bulan Zulhijjah adalah antara bulan haji dan pada bulan Zulhijjah inilah kita akan merayakan EidulAdha..

Sepertimana Syawal yang mempunyai Eidul Fitri dan kelebihan 10 hari terakhir Ramadhan...begitu juga dengan Zulhijjah yang mempunyai 10 hari awalnya...

Ada apa dgn 10 awal Zulhijjah ???

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).

Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Antara amalan-amalan yg dianjurkan pada hari-hari tersebut:

1.berpuasa terutama pd hari Arafah (9 Zulhijjah) sbgaimana sabda Rasulullah (Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Riwayat Imam Muslim)
2.Takbir, Tahlil, Tahmid kpd Allah
3.bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa
4.Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat

Jadi di kesempatan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan kita...semoga Zulhijjah tahun ini memberi lebih banyak kesan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya... InsyaAllah...

Berminat nak mencuba produk Shaklee? Hubungi saya ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

Kelebihan BERTAHAJJUD...

Antara hobi kak long adalah melayari laman web...suka berkunjung ke laman web yang memberi pelbagai ilmu dan motivasi yang secara tak langsung memberi kak long cas-cas positif...

Dan pagi ni, dalam melayari internet..kak long bertemu dengan satu artikel berkaitan TAHAJJUD... Artikel ni dipetik dari keratan akhbar Harian Metro... Jadi kak long nak berkongsi artikel ini dengan u olls kat luar sana...

credit to Harian Metro & Teratak Indah


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Susunan Oleh : Hashim Ahmad
Harian Metro : 10 Oktiber 2008


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. 

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)


Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.


KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.





Semoga ia menjadi peringatan buat kak long serta u olls semua... Selamat beramal!!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com
Share:
Read More

Jenis-jenis Cinta...

Di pagi yang hening ni kak long nak berkongsi satu artikel berkaitan cinta...


LIMA JENIS CINTA
Lima jenis cinta adalah seperti berikut:

PERTAMA: Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.

KEDUA: Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. InsyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.

Adapun perkara yang dikasihi Allah swt dalam hadis adalah seperti berikut:

“ Seseiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.”

Hadis sahih Bukhari (2443)

Allah swt berfirman dalam hadis qudsi:

“ Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (6137)

KETIGA: Menyintai sesuatu kerana Allah swt.

Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”

Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.

Nabi saw juga bersabda:

“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”

Hadis riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya.

KEEMPAT: Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah

Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”

Ayat 165 surah al-Baqarah

KELIMA: Cinta yang semula jadi.
Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

Ayat 14 surah Ali Imran

Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”

Firman Allah swt:

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi."

Ayat 9 surah al-Munafiqun.



Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Share:
Read More