Posts

Showing posts with the label wanita

KESAN AMBIL VITAMIN KETIKA HAMIL

Image
Salam sayang buat semua pembaca setia kak long

Kak long percaya masih ada lagi ibu-ibu hamil yang di luar sana sekadar mengambil vitamin klinik ketika pemeriksaan rutin namun vitamin tersebut tidak dimakan. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan adalah VITAMIN PENYEBAB BAYI BESAR.

Benarkah?


Sebenarnya, saiz bayi tidak dipengaruhi oleh pengambilan vitamin namun ia lebih dipengaruhi oleh tabiat pemakanan si ibu serta faktor keturunan.
Alhamdulillah, dalam keempat-empat kehamilan (satu keguguran), kak long memastikan yang kak long mengambil vitamin yang dibekalkan. Sebelum mengenali Shaklee, vitamin percuma yang diberikan oleh pihak klinik tetap kak long ambil.
Sebenarnya banyak kesan buruk jika si ibu yang hamil tadi tidak cukup nutrien untuk dibekalkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kandungan asid folik ibu tidak dapat menampung keperluan asid folik bayi, kecacatan spina bifida mungkin sekali terjadi. Asid folik penting dalam pembentukan saraf dan neuron bayi dalam kandungan…

PCOS - PUNCA PERIOD TIDAK STABIL

Image
Salam sayang 

Hari ni kak long nak cerita sikit masalah PCOS. PCOS ni antara masalah yang sering mengganggu kesuburan seseoarang wanita

´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. 
Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. 
Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
Siapa yang sering menghadapi masalah PCOS? Wanita yang gem…