Posts

Suplemen Ketika Berpuasa

Image
Syaaban berbaki 14 hari sahaja... Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah..

Apa persiapan anda semua di luar sana? Hutang puasa dah habis bayar ke  hehehehe..

Bagaimana pula dengan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang dah mula nak belajar berpuasa ye.. Tentu sibuk mencari resipi yang boleh membantu si anak untuk terus bertahan sepanjang hari berpuasa.. Atau ibu-ibu di luar sana mencari suplemen yang sesuai ketika berpuasa?

Pilihan kak long tentulah TIGA BERADIK "TRIPPLE GEM"...

Apa yang ada dalam TRIPPLE GEM?

ESP ~ Isolated Protein Soy
Kelebihan:
Membekalkan tenaga yang berterusan Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah Dihasilkan dari soya non-GMO
** Sangat sesuai ketika berpuasa sebab ia membantu kita melaksanakan tugasan seharian dengan lebih baik... berpuasa tak bermaksud perlu kelihatan letih sepanjang hari kan... Ia juga membantu masalah Gastrik/ pedih ulu hati yang sentiasa melanda ketika musim-musim puasa**
PD ~ Performance Drink
Kelebihan:
Menstabilkan kandungan glukosa…

Malam Nisfu Syaaban

Image
Malam tadi merupakan antara malam yang ditungu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia... Antara malam yang mustajab doanya.. Antara malam penuh rahmat dan keampunan... Apakah malam itu... Itulah dia MALAM NISFU SYAABAN

artikel ini kak long petik dari www.hikmah.org.my.
Selamat membaca
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MALAM NISFU SYAABAN

Seronok Berpantang

Berpantang?

Apa yang seronoknya berpantang ye... Bila sebut je tempoh berpantang pasti ramai yang berkerut-kerut dahi... Kebanyakkan antara kita mengaitkan BERPANTANG dengan IBU BERSALIN..

Pastinya ia benar... Ibu-ibu yang baru lepas bersalin pasti melalui tempoh berpantang dari 40 hingga 44 hari malah ada yan berpantang sehingga 100 hari..

Bagaimana dengan kak long... Kak long mengamalkan tempoh berpantang selama 40 hari..

Apa yang dibuat sepanjang 40 hari tu ye?

Ini antara perkara-perkara yang biasanya dilakukan oleh ibu yang menjalani waktu berpantang termasuk kak long:

1) Berurut - dalam mingu pertama dan biasanya ada urut penamat/ urut balas pada penghujung waktu berpantang. Yang ni kak long mulakan sebaik sahaja pulang dari hospital.

2) Bertangas/ bertungku - ada yang buat pada minggu pertama sahaja tetapi ada yang buat sepanjang waktu berpantang. Kak long bertungku dengan tungku moden seawal hari kedua, dua kali sehari iaitu pagi dan petang... Badan rasa lebih ringan dan berten…

NurHanis Raudhah

Alhamdulillah...hari ni genap seminggu permata hati pengarang jantung kak long dan keluarga dilahirkan..
NURHANIS RAUDHAH
Nur - Cahaya Hanis - Berani Raudhah - Taman
Syukur!!!

BULAN NI BULAN MEALSHAKES!!! Pastikan ANDA TIDAK KETINGGALAN!

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Hati Emas Seorang Pemandu Teksi

Kisah yang kak long nak kongsikan dengan kalian ni sebenarnya banyak membuka mata hati kak long tentang hakikat sebenar kehidupan serta tujuan kehidupan itu sendiri.

Kehidupan seharian yang kita lalui acapkali disibukkan dengan urusan-urusan dunia yang sememangnya tidak akan habis. Dan kita sering terlepas pandang betapa kuatnya keterikatan antara urusan dunia dengan tujuan hidup kita di akhirat kelak.

Semoga kisah ini juga membawa sahabat-sahabat serta pembaca blog kak long menelusuri kembali apa yang telah dan bakal kita lalui.

Dengan kedatangan bulan Rejab ini, kak long doakan agar ia membuka lembaran baru yang lebih baik buat kita semua.

HATI SEORANG PEMANDU TEKSI…

Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.
“Kenapa …

Adab Rasulullah Ketika Makan

Image
Kita asyik cari cara diet yang sesuai tapi kita mungkin terlupa bahawa Rasulullah S.A.W telah tunjukkan cara diet kepada kita mengikut syariat Islam.

Apa kata kalau kita try cara diet Rasulullah. InsyaAllah ada hikmah.

1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Dari 'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu k…

PERSIAPAN UNTUK BABY - 2ND SERIES

Semalam kak long bercerita tentang persiapan kak long nak menyambut baby ke-3 ni kan... Hari ni kak long nak share pula apa persiapan bagi mereka yang nak menyambut kelahiran sulung... Macam kak long, banyak yang kak long guna semula dari abang-abang (Anas & Muaz) jadi bajet mungkin agak rendah berbanding mereka yang menunggu kelahiran pertama...

So ini antara senarai semak yang anda perlu sediakan ye bakal-bakal ibu di luar sana:

Kak long olahkan sedikit dari artikel Pa&Ma.

Pakaian bayi
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Kain bedung
Topi
Lampin
Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
Tisu basah
Alas atau pelapik untuk menukar lampin
Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
Besen mandi bayi
Tuala mandi
Tuala muka
Cecair mandian
Syampu

Set penjagaan bayi
Losen bayi Minyak bayi
Bedak bayi
Sikat atau berus rambut
Minyak tel…