Posts

Cara minum Cinch Teamix Shaklee

Image
Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Shaklee Malaysia

Shaklee memang ada menyediakan pelbagai jenis minuman yang berbentuk serbuk. Antaranya adalah ESP, Mealshake, Performance Drink, Cinch Shake dan juga Cinch Energy Teamix Shaklee

Namun antara yang di atas, Cinch Teamix ini lah yang paling senang dibancuh dan diminum.

Cinch Energy Teamix ini didatangkan di dalam kotak yang berisi 28 stick yang mana ia memudahkan untuk kita membawanya




Cinch Teamix ini bagaimana cara bancuhan?  Perlukan air panas?  Bolehkah dicampur dengan bahan-bahan lain?

Di bawah ini kak long kongsikan cara penyediaan Cinch Teamix ini ye:

Sediakan air sebanyak 6-8 oz. Boleh gunakan air panas atau air sejuk. Buka 1 sachet Cinch Teamix. Campurkan hingga sebati. Jika sukakan sejuk, boleh tambah ais ketul.
Di atas adalah penyediaan asas Cinch Teamix. Ia boleh divariasikan dengan:

i) Menambah titisan jus lemon atau hirisan lemon - jika sukakan masam
ii) Menambah madu atau gula perang - kak long tidak menggunakan gula putih untuk me…

Minum Teh untuk Tenaga dan Kurus?

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Shaklee Malaysia


Alhamdulillah. Baru sahaja selesai makan tengah hari. Perut sudah kenyang, mata pun mulalah mengantuk kan. Ish ish ish mana boleh jadi macam ni. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat

Teringat tentang Cinch Teamix. Kak long pun ambil 1 sachet cinch tea dan bancuh bersama air sejuk dan jus lemon. Nyaman sungguh rasa tekak. Mata pun bolehlah dibuka seluas-luasnya ye.

Cinch Teamix ini adalah sejenis serbuk hasil campuran proprietari 3 jenis teh iaitu teh merah, teh putih dan teh hijau matcha. Cinch Teamix ini mengandungi unsur TAURINA yang:

 Tinggi antioksidan
 Meningkatkan tenaga
 Meningkatkan metabolisme

Sangat digalakkan pada mereka yang ingin mendapat tubuh badan yang langsing dan sihat. Yang penting Cinch Teamix ini tanpa perasa, pemanis dan pewarna tiruan.
Cinch Tea ini boleh diambil sejuk atau panas. Tidak perlu ditambah dengan gula. Jika inginkan sedikit kemanisan (sebab rasa teh ini memang agak tawar) boleh ditambah dengan mad…

Kelas Euphoria Leader Build Leaders (LBL) 2

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Nur Adha Mansor




Ini entri tertunggak sebenarnya. Pada bulan Februari 2017 yang lalu, lebih tepatnya tarikh 19 Februari, bertempat di Hotel Sri Petaling, Kumpulan Euphoria di bawah bimbingan Kak Norita (bonda bisnes kak long) telah mengadakan Kelas Leader Build Leader Module 2. Kelas tersebut bermula jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang.

Secara dasarnya dalam kelas ini, kami pengedar sah Shaklee di bawah Grup Euphoria telah diajar
- Bagaimana sebagai seorang SID ingin mengembangkan organisasi?
- Bagaimana menjadi leader yang berkesan?
- Apakan tugasan seorang leader dan apa yang perlu leader uruskan dalam memastikan organisasi semakin mantap.
- Apakah profil seorang leader.

Kelas ini sangat menarik sebab kadangkala kita tidak tahu teknik sebenar dalam menguruskan organisasi bisnes kita. Selain dari belajar teknik-teknik di atas, kami turut dibekalkan dengan nota yang boleh dirujuk apabila pulang ke rumah. Kami turut diajar bagaimana henda…

Alahan Protein Susu Lembu

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google


Sekarang ini, banyak iklan di televisyen yang mempromosikan susu yang berasaskan soya. Kenapa? Kerana ada di antara bayi dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU. Ingin tahu lebih lanjut mengenai alahan ini? Jemput baca perkongsian di bawah ye.

Apa itu ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

Alahan protein susu lembu merupakan alahaan yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah tindakbalas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan lalu ia mencetuskan tindak balas alergi/ alahan.

Terdapat 5-8% kanak-kanak di seluruh dunia yang mengalami alahan protein susu lembu. Masalah ini berterusan sehingga mereka melalui peringkat remaja. Statistik menunjukkan 1.0-17.5% kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak prasekolah dan 1.0-13.5% adalah kanak-kanak berusia 5-16 tahun.

Bagaimana kita boleh men…

Aktiviti Cuti Sekolah

Image
Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Al-Baghdadi Cawangan Seri Manjung




Alhamdulillah. Selesai sudah program anak-anak bersama dengan Al-Baghdadi Seri Manjung. Jumaat lepas adalah hari terakhir Anas dan Muaz mengikuti kem sempena cuti sekolah anjuran Al-Baghdadi Seri Manjung.

Ini kali pertama kak long menghantar anak-anak mengikuti kem sebegini. Sebelum ini, masa mereka banyak dihabiskan di rumah sahaja. Niat awal kak long adalah untuk mengurangkan kebergantungan anak-anak daripada gajet serta untuk mereka mengisi masa lapang. Di samping mengurangkan lah aktiviti pertengkaran dan pergaduhan di rumah :). Alhamdulillah, ada kesan positif yang lain pula sepanjang mereka mengikuti program ini.

Antara kesan positif yang kak long boleh nampak adalah jika sebelum ini, Anas terutamanya agak liat untuk disuruh bersolat, namun sejak menghadiri kem ini, kak long dan encik suami kurang bising-bising menyuruh solat. Seakan faham, sebaik sahaja azan berkumandang, Anas terus mengajak adik-adik (…

BENGKAK JANTUNG

Salam sayang 

Sejak 2 minggu yang lalu, Anas batuk-batuk dan sakit-sakit badan. Berulang ke doktor beberapa kali dan kemuncaknya bila dia mengadu sakit dada.

Disebabkan Anas ni memang ada menghidap Rheumatoid carditis maka kami terus menuju ke kecemasan. Anas diperiksa dengan terperinci termasuk melakukan x-ray dan echocardiogram. Alhamdulillah ketika menerima keputusannya tiada apa yang serius dan doktor menjangkakan yang batuk menyebabkan dada Anas sakit. Kami dibekalkan dengan ubat batuk dan demam sahaja.

Itu cerita 20 Februari yang lalu.

Tiada banyak perubahan selepas lawatan ke kecemasan hari tu. Anas masih mengadu sakit badan dan masih tidak boleh tidur berbaring. Beberapa bantal harus diletakkan di bahagian belakang supaya dia lebih selesa. Keadaan ini mengingatkan kami apa yang terjadi 2 tahun lepas.

Sejujurnya hati kak long ada sedikit resah. Dan ia terbukti apabila kami membawa Anas ke pemeriksaan rutin bersama Pakar Pediatrik, Dr Khairi di Hospital Manjung semalam.

Sekali…

Ibu Vitamin

Image
Salam sayang-sayang kak long

Kak long teringat kata-kata seorang SID Shaklee yang telahpun lama bersama Shaklee dan mengamalkan Shaklee.

Kata beliau " Amalkanlah vitamin apa pun tapi jangan tinggalkan IBU VITAMIN ni... Iaitu ESP (Protein)"

Mula-mula kak long agak blur lah juga tapi bila buka semula nota lama-lama dan tengok semula kandungan serta fungsi ESP ni maka wajarlah ia digelar IBU VITAMIN

Apa Kelebihan ESP Shaklee? Ia mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif dan hanya memilih soya yang berkualiti tinggi sahaja.Kacang soya yang digunakan adalah mengandungi NON GMO (non genetically modified organism) di mana ia diproses menggunakan suhu yang rendah.Setiap satu tin Soy Isolate Protein Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan tahan lama.Satu-satunya produk di pasaran yang mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.Sangat sesuai bagi pesakit kencing manis kerana kandungan Ind…