Posts

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN KALSIUM SECUKUPNYA

Image
Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteopor…

ALAHAN MAKANAN PADA BAYI

Image
Keluarga kaklong ada sejarah alahan makanan. Adik yang kedua sangat alah terhadap telur puyuh. Setiap kali dia makan telur puyuh, muka dan badan akan bengkak-bengkak. Amik masa gak nak pulih seperti sedia kala. Ini berterusan sehingga dia mula bersekolah.

Tapi macamana kita nak tahu adakah kita berisiko untuk alah terhadap makanan atau tidak? Jemput baca sedikit perkongsian di bawah. Sumber tulisan ini adalah dari Baby Centre


Apa itu alahan makanan? Alahan makanan ialah apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi anda mempunyai reaksi buruk terhadap protein dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan, dan cuba untuk melawannya dengan menghasilkan antibodi.

Jika bayi anda mengalami alahan makanan, kemungkinan besar dia akan menunjukkan simptom-simptomnya beberapa minit sahaja selepas memakan makanan tersebut.

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi? Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia…

SEJARAH BALM TASNEEM NATUREL

Image
Hai semua


Buat pembaca baru, kak long ucapkan selamat datang ke blog kak long yang berkisar mengenai kesihatan anak-anak serta serba sedikit ilmu parenting. Dan yang paling utama tentulah kisah BALM TASNEEM NATUREL ni kan.

Okay hari ni kaklong nak cerita sikit sejarah BALM TASNEEM NATUREL.



Balm Tasneem Naturel baru mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi 2019 adalah tahun ketiga Tasneem Naturel beroperasi dengan sistem yang bagus dan lebih sistematik. Jualan setakat ini sudah mencecah melebihi 200k unit balm. Alhamdulillah. 

Maksudnya apa? Maksudnya WUJUD PERMINTAAN YANG TINGGI.
Ikut sejarah, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder TASNEEM NATUREL (TN) dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih TERJAMIN DARI SUDUT KEBERSIHAN. 
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masa…

INTERMITTENT FASTING (IF) DIET - KAEDAH DIET YANG SEMAKIN TRENDING

Image
Dah macam-macam kaedah diet yang kaklong belajar. Yang terkini rupanya tentang diet dengan berpuasa atau dikenali juga sebagai Intermittent Fasting Diet (IF Diet).



Ada yang kata IF Diet ni sebagai sunnah sebab kita berpuasa. Puasa selain puasa yang wajib sememangnya sunnah. Tapi nak kata Fiet IF ni sebagai sunnah sepenuhnya mungkin tak kot. Sebab diikutkan jika berpuasa, ada waktu sahur, dan kita mula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ni definisi puasa sebenarnya.

Meh nak cerita apa sebenarnya Diet IF ni. Kaklong kongsikan dari Tuan Kevin Zahri ye

Apa dia Intermittent Fasting?
Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.


Jenis diet IF?
Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.
16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi…

IBU HAMIL - PERUBAHAN PADA TRIMESTER PERTAMA

Image
Dapat tahu je hamil, perasaan teruja sebagai seorang bakal ibu tu pasti ada kan. Biasanya di awal kehamilan iaitu di trimester pertama (1-3 bulan) tak banyak perubahan fizikal yang nampak. Tapi kan, sebenarnya sistem tubuh kita bekerja dengan sangat aktif. Ini untuk memastikan yang tubuh badan kita bersedia secara fizikal dan emosional sepanjang tempoh kehamilan ini.

Di bawah ni kaklong kongsikan beberapa perubahan yang mungkin berlaku pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :
SERING BUANG AIR KECIL Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini keraan pertumbuhan rahim yang menekan pundi kencing anda. Ia juga berlaku kerana perubahan hormon. Pastikan ibu hamil minum secukupnya. Dan pastikan juga kebersihan kawasan peribadi anda.

KONSTIPASI/ SEMBELIT  Trimester pertama mungkin ada sedikit masalah sembelit pada ibu yang hamil. Peningkatan hormon progesterone menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien. Selain itu, kadangkala suplemen …

KISAH ANAS ZIKRY - RHEUMATIC CARDITIS FIGHTER (SIRI 1)

Image
Salam sayang 

Maaf buat pembaca sekalian....Sebelum ni sibuk bebeno kak long mengaktifkan fb dan baru cuba-cuba berinstagram (walhal orang lain dah lama dah...)

Macam-macam nak cerita sebenarnya bermula April 2014 hingga ke hari ini. Nanti kak long susun baik-baik ceritanye ye.



Hari ni kak long nak share apa yang terjadi kepada kami sekeluarga bermula dari sebelum Ramadhan 2014 hingga ke saat ini...Untuk lebih spesifik sebenarnya ia lebih kepada kisah putera sulung kak long iaitu Anas Zikry.

Ia bermula 3 minggu sebelum puasa, Anas mengadu sakit-sakit di dada kiri. Pada mulanya kami menyangka ia pedih ulu hati. Sebab Anas ni ada kalanya tak nak makan jadi perutnya mudah masuk angin. Namun ia berulang pada sebelah malam...En suami terus membawa Anas ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.. Waktu malam, biasanya terus ke kecemasan... Kak long hanya tinggal di rumah bersama anak-anak lain... Apabila suami kak long balik, beliau cuma diberitahu yang tiada apa-apa pun yang terjadi, ubat yang…

BISNES vs MAKAN GAJI - REVIU BUKU RICH DAD POOR DAD

Image
Bisnes vs Makan gaji. Perdebatan yang tak pernah habis kan.

Apa yang hebatnya berbisnes ni? Apa orang makan gaji ni memang akan miskin ke sampai bila-bila? Itulah yang pernah kaklong terfikir beberapa tahun dahulu. Sehinggalah kaklong mula membaca buku Rich Dad Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki


Buku ni bukanlah buku bisnes sepenuhnya. Ia berkisar tentang bagaimana corak pemikiran mereka yang kaya dengan mereka yang berada dalam kelas pertengahan. Banyak ilmu asas kewangan yang diajar dalam buku ni.

Terdapat 9 bab keseluruhan dalam buku ini. Ia ditulis dengan menarik dan mudah difahami. Dalam setiap bab, Robert Kiyosaki menceritakan tentang bagaimana sejak kecil dia mula belajar celik kewangan dari Rich Dad. Ia juga mempelajari untuk tidak terjebak dengan Rat Race kesan ajaran ayah kandungnya Poor Dad.

Watak di dalam buku ini adalah tokoh di dalam keluarga Robert sendiri iaitu Poor Dad adalah ayah kandung Robert yang memiliki pendidikan tinggi tetapi sering mengalami masalah kewangan, …