Posts

RAWATAN BATUK SEMULAJADI DENGAN BUAH NANAS

Image
Batuk antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan lama, pesakit akan rasa kurang selesa dan persekitaran turut akan terganggu. 
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca batuk Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenzaJangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)AlahanAsmaMerokokPenyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerjaAsid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipangg…

BUAH BETIK - KHASIAT DAN KEBAIKANNYA (SIRI 2)

Image
Tengah hari tadi korang tentu dah baca jenis-jenis betik yang ada di Malaysia kan. Jadi petang ni kaklong nak kongsikan pula apa kebaikan dan khasiat buah betik pada kita. Pengambilan buah betik 1-3 kali seminggu sangat bagus untuk sistem tubuh badan kita.

Betik ni boleh diambil dengan salad buah-buahan, atau dalam masakan lain. Malah betik ni boleh digunakan secara langsung pada kulit (buat masker/ pupur).

Terbaik untuk kecantikan kulit
Betik baik untuk kulit samada dimakan atau digunakan di luaran.Anda boleh gunakan betik sebagai masker untuk muka. Ia membantu untuk menghilangkan jerawat dan membuka liang yang tersumbat. Ia juga bertindak menghilangkan sel-sel mati serta memberikan kulit muka segar dan lembap.

Mencegah serangan jantung Betik kaya dengan serat dan mampu merendahkan tahap kolesterol. Ia mengandungi enzim yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol, yang dapat mencegah serangan jantung.

Awet Muda
Antioksidan dalam betik membantu dalam mengawal penuaan pramatang. …

BUAH BETIK - PENUH KHASIAT DAN KEBAIKAN (SIRI 1)

Image
Kenal tak si oren ni? Nampak menyelerakan kan? Inilah buah betik. Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae dan genus carica. Korang tau tak betik ni sebenarnya buah import tau. Betik ni berasal dari Mexico Selatan. Dek kerana suhu dan iklim kita di Asia Tenggara ni hampir menyamai tempat asalnya iaitu beriklim tropika, maka mudahlah ia tumbuh di sini.

Masa kecik dulu, ayah kaklong rajin beli betik. Pilihan kami adalah Betik Exotica. Rupanya betik ni banyak jenis tau. Nak tau tak jenis-jenis betik?

Jenis-jenis betik Sunrise Solo

Pokok varieti jenis ini tinggi apabila berbuah. Mempunyai kulit buah yang licin,berbintik-bintik dan berwarna hijau kekuningan apabila masak.

Betik Subang 6

Subang 6 adalah kultivar yang berpotensi untuk diproses dan ditinkan kerana warna isinya menarik serta saiz buahnya seragam.Ia juga boleh dimakan segar dan tidak mudah patah. Testur buahnya juga bagus dan berwarna merah terang dan isinya kurang manis. Betik sitiawan
 Kulitnya berwarna jingga kekuningan den…

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN KALSIUM SECUKUPNYA

Image
Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteopor…

ALAHAN MAKANAN PADA BAYI

Image
Keluarga kaklong ada sejarah alahan makanan. Adik yang kedua sangat alah terhadap telur puyuh. Setiap kali dia makan telur puyuh, muka dan badan akan bengkak-bengkak. Amik masa gak nak pulih seperti sedia kala. Ini berterusan sehingga dia mula bersekolah.

Tapi macamana kita nak tahu adakah kita berisiko untuk alah terhadap makanan atau tidak? Jemput baca sedikit perkongsian di bawah. Sumber tulisan ini adalah dari Baby Centre


Apa itu alahan makanan? Alahan makanan ialah apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi anda mempunyai reaksi buruk terhadap protein dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan, dan cuba untuk melawannya dengan menghasilkan antibodi.

Jika bayi anda mengalami alahan makanan, kemungkinan besar dia akan menunjukkan simptom-simptomnya beberapa minit sahaja selepas memakan makanan tersebut.

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi? Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia…

SEJARAH BALM TASNEEM NATUREL

Image
Hai semua


Buat pembaca baru, kak long ucapkan selamat datang ke blog kak long yang berkisar mengenai kesihatan anak-anak serta serba sedikit ilmu parenting. Dan yang paling utama tentulah kisah BALM TASNEEM NATUREL ni kan.

Okay hari ni kaklong nak cerita sikit sejarah BALM TASNEEM NATUREL.



Balm Tasneem Naturel baru mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi 2019 adalah tahun ketiga Tasneem Naturel beroperasi dengan sistem yang bagus dan lebih sistematik. Jualan setakat ini sudah mencecah melebihi 200k unit balm. Alhamdulillah. 

Maksudnya apa? Maksudnya WUJUD PERMINTAAN YANG TINGGI.
Ikut sejarah, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder TASNEEM NATUREL (TN) dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih TERJAMIN DARI SUDUT KEBERSIHAN. 
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masa…

INTERMITTENT FASTING (IF) DIET - KAEDAH DIET YANG SEMAKIN TRENDING

Image
Dah macam-macam kaedah diet yang kaklong belajar. Yang terkini rupanya tentang diet dengan berpuasa atau dikenali juga sebagai Intermittent Fasting Diet (IF Diet).



Ada yang kata IF Diet ni sebagai sunnah sebab kita berpuasa. Puasa selain puasa yang wajib sememangnya sunnah. Tapi nak kata Fiet IF ni sebagai sunnah sepenuhnya mungkin tak kot. Sebab diikutkan jika berpuasa, ada waktu sahur, dan kita mula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ni definisi puasa sebenarnya.

Meh nak cerita apa sebenarnya Diet IF ni. Kaklong kongsikan dari Tuan Kevin Zahri ye

Apa dia Intermittent Fasting?
Diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Tapi berbeza dengan amalan puasa Ramadhan, diet IF benarkan anda minum air kosong atau sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa semasa “berpuasa”.


Jenis diet IF?
Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.
16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi…