Posts

JADUAL IMUNISASI BAYI 2018

Image
Kaklong nak kongsikan jadual imunisasi bayi yang terkini (2018) untuk rujukan para pembaca.


Nota: BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.Kesemua yang di atas boleh didapati di klinik kesihatan, klinik desa mahupun hospital berhampiran.
Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.


KEPERLUAN TIDUR ANAK

Image
Kita selalu risaukan anak-anak kecil yang 5 tahun ke bawah tak nak tidur siang kan. Tapi betul ke memang ada keperluan untuk mereka tidur siang. Jemput baca artikel yang kaklong dah terjemahkan ye.



Berapa lamakah tidur diperlukan?

Kanak-kanak memerlukan jumlah tidur yang berbeza mengikut umur mereka dan disarankan agar anda mengikut panduan yang diberi di bawah untuk memastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya:

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam

Bayi baru lahir lazimnya tidur selama 2-4 jam terus menerus bagi jumlah 15-18 jam sehari. Pada peringkat ini anda boleh menjangka corak tidur anda sendiri akan terganggu apabila corak tidur bayi baru lahir anda tidak mengikut kitaran siang/malam seperti biasa.

1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam

Sekitar umur 6 minggu, bayi anda akan mula membentuk corak tidur yang lebih tetap. Dia mungkin tidur di antara 4-6 jam dan lebih lama pada sebelah malam.

4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 ja…

RAWATAN BATUK SEMULAJADI DENGAN BUAH NANAS

Image
Batuk antara penyakit yang mudah berjangkit. Baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dan biasanya batuk antara penyakit yang agak lama mengambil masa untuk sembuh. Jika dibiarkan lama, pesakit akan rasa kurang selesa dan persekitaran turut akan terganggu. 
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi punca batuk Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenzaJangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)AlahanAsmaMerokokPenyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerjaAsid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipangg…

BUAH BETIK - KHASIAT DAN KEBAIKANNYA (SIRI 2)

Image
Tengah hari tadi korang tentu dah baca jenis-jenis betik yang ada di Malaysia kan. Jadi petang ni kaklong nak kongsikan pula apa kebaikan dan khasiat buah betik pada kita. Pengambilan buah betik 1-3 kali seminggu sangat bagus untuk sistem tubuh badan kita.

Betik ni boleh diambil dengan salad buah-buahan, atau dalam masakan lain. Malah betik ni boleh digunakan secara langsung pada kulit (buat masker/ pupur).

Terbaik untuk kecantikan kulit
Betik baik untuk kulit samada dimakan atau digunakan di luaran.Anda boleh gunakan betik sebagai masker untuk muka. Ia membantu untuk menghilangkan jerawat dan membuka liang yang tersumbat. Ia juga bertindak menghilangkan sel-sel mati serta memberikan kulit muka segar dan lembap.

Mencegah serangan jantung Betik kaya dengan serat dan mampu merendahkan tahap kolesterol. Ia mengandungi enzim yang membantu mencegah pengoksidaan kolesterol, yang dapat mencegah serangan jantung.

Awet Muda
Antioksidan dalam betik membantu dalam mengawal penuaan pramatang. …

BUAH BETIK - PENUH KHASIAT DAN KEBAIKAN (SIRI 1)

Image
Kenal tak si oren ni? Nampak menyelerakan kan? Inilah buah betik. Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae dan genus carica. Korang tau tak betik ni sebenarnya buah import tau. Betik ni berasal dari Mexico Selatan. Dek kerana suhu dan iklim kita di Asia Tenggara ni hampir menyamai tempat asalnya iaitu beriklim tropika, maka mudahlah ia tumbuh di sini.

Masa kecik dulu, ayah kaklong rajin beli betik. Pilihan kami adalah Betik Exotica. Rupanya betik ni banyak jenis tau. Nak tau tak jenis-jenis betik?

Jenis-jenis betik Sunrise Solo

Pokok varieti jenis ini tinggi apabila berbuah. Mempunyai kulit buah yang licin,berbintik-bintik dan berwarna hijau kekuningan apabila masak.

Betik Subang 6

Subang 6 adalah kultivar yang berpotensi untuk diproses dan ditinkan kerana warna isinya menarik serta saiz buahnya seragam.Ia juga boleh dimakan segar dan tidak mudah patah. Testur buahnya juga bagus dan berwarna merah terang dan isinya kurang manis. Betik sitiawan
 Kulitnya berwarna jingga kekuningan den…

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN KALSIUM SECUKUPNYA

Image
Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteopor…

ALAHAN MAKANAN PADA BAYI

Image
Keluarga kaklong ada sejarah alahan makanan. Adik yang kedua sangat alah terhadap telur puyuh. Setiap kali dia makan telur puyuh, muka dan badan akan bengkak-bengkak. Amik masa gak nak pulih seperti sedia kala. Ini berterusan sehingga dia mula bersekolah.

Tapi macamana kita nak tahu adakah kita berisiko untuk alah terhadap makanan atau tidak? Jemput baca sedikit perkongsian di bawah. Sumber tulisan ini adalah dari Baby Centre


Apa itu alahan makanan? Alahan makanan ialah apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi anda mempunyai reaksi buruk terhadap protein dalam makanan yang biasanya tidak membahayakan, dan cuba untuk melawannya dengan menghasilkan antibodi.

Jika bayi anda mengalami alahan makanan, kemungkinan besar dia akan menunjukkan simptom-simptomnya beberapa minit sahaja selepas memakan makanan tersebut.

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi? Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia…