Posts

TIPS BERSEDEKAH LEBIH KREATIF

Image
Harta yang dimakan makin lama pasti makin menyusut. Tapi bila diniatkan atas sedekah, in shaa Allah lebih menyubur dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Hidup kita tak lama mana pun kat atas bumi ini. Hanya sedekah jariah yang jadi talian hayat kelak di alam barzah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” ( Surah Al Hadid – Ayat 18)

Pagi ni kaklong nak kongsikan 11 tips yang kreatif untuk bersedekah. Tips ni kaklong perolehi dari zayan.com. Jom baca dan amalkan.

1. Letakkan ditingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang akan makan.

2.Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.

3…

BALM T RUB - PENYELESAI MASALAH KEMBUNG DAN SEMBELIT BAYI

Image
Balm T-Rub ni nama asalnya tummy time balm tapi sudah bertukar pada T-Rub balm kerana tuntutan kelulusan KKM yang tak boleh guna nama anggota badan atau nama penyakit. Untuk memudahkan, maka nama T-Rub telah dipilih.
Siapa yang boleh guna Balm T Rub ni? 🌸 anak yang sembelit, kembung perut, cirit birit dan sakit perut
🌸 ibu mengandung yang loya, sembelit & pedit ulu hati.
🌸 ibu yang bersalin & dalam pantang
🌸 Wanita yang ada masalah PMS/senggugut

Rupa-rupanya antara bahan utama dalam balm Trub ni bahan asas dalam masakan melayu kita je. Serai, bunga lawang, halia. Kat bawah ni kaklong senaraikan setiap bahan dan manfaatnya ye.
Serai Membantu tingkatkan sistem penghadaman, pembuangan air kecil dan mencegah pembentukan gas berlebihan dalam usus. Ia juga mengurangkan masalah usus.
Halia Meransang pengeluaran jus gastrik dan air liur yang membantu penghadaman. Membantu masalah kembung dan buang toksin dari badan.  Melegakan ketidakselesaan perut.
Bunga Lawang  Boleh mempercepatk…

5 PESANAN IMAM SYAFIE

Image
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

JADUAL IMUNISASI BAYI 2018

Image
Kaklong nak kongsikan jadual imunisasi bayi yang terkini (2018) untuk rujukan para pembaca.


Nota: BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.Kesemua yang di atas boleh didapati di klinik kesihatan, klinik desa mahupun hospital berhampiran.
Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi kaklong



Atau anda juga boleh klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.