Tuesday, May 2, 2017

NUTRIFERON & HERBAL CREAM - USAHA UNTUK CHICKEN POX

Salam sayang 

2 minggu lepas, Anas telah dijangkiti "cengkering" atau biasanya orang panggil chicken pox. Risau lah juga kak long ni memandangkan banyak acara bakal berlangsung pada hujung bulan 4.

Seperti biasa, kak long ke klinik dahulu untuk mengambil cuti sakit Anas. Dapat 10 hari tu, maknanya 10 hari lah dia di rumah bersama adik-adiknya yang lain (berpotensi besar untuk dijangkiti). Doktor sekadar memberi ubat demam jika Anas demam kemudian. Tiada ubat sapu mahupun ubat gatal.

Mengikut petua ibu kak long, kalau ada anak-anak yang dijangkiti campak atau cengkering ini, minumkan dengan air kelapa supaya semua biji-biji merah ini keluar. Jadi misi pertama adalah mencari air kelapa muda terlebih dahulu. Alhamdulillah, memang mudah untuk mencari air kelapa muda dan dapat penggerai yang faham untuk tujuan perubatan, maka sebungkus air kelapa tulen (tanpa gula dan ais) kami beli untuk Anas.

Image result for herbal blend shaklee

Balik sahaja ke rumah, kak long minta Anas minum air kelapa itu tadi dan kak long sapukan dengan HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM di tempat yang tumbuh biji-biji merah itu. Dulu-dulu, ibu kak long akan menggiling daun cermai untuk dijadikan alas tidur serta bedak. Tetapi nampaknya sukar nak mencari daun cermai itu sekarang. Penggantinya adalah HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM ini sahaja.

Image result for nutriferon shaklee

Setiap hari kak long pastikan Anas mengambil 2 sachet NUTRIFERON untuk meingkatkan antibodinya selain dari menggunakan HERBAL BLEND CREAM.

Alhamdulillah dalam masa 10 hari, Anas sembuh sepenuhnya dan tiada parut-parut hodoh pada badan atau anggota yang lain. Anas memang gembira sebab dia boleh maintain handsome katanyA.

Tetapi dalam diam rupa-rupanya 2 puteri ini hari ini dijangkiti juga dengan cengkering. Nampaknya sesi melumur HERBAL BLEND CREAM ini berterusan lagi. Mujur kak long dah simpan stok awal-awal, syukur.

Jika ada ibu-ibu di luar sana yang anak mereka dijangkiti dengan campak atau cengkering/ chicken pox, boleh mencuba NUTRIFERON (sebagai perisai dalaman) dan HERBAL BLEND CREAM (krim luaran).


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970